Friday, November 5, 2010
Selamat Menjadi Tetamu Allah Yg Paling Istimewa
CDM Kartini dan CDM Kamaruddin...
Selamat mengerjakan fardu haji
Selamat menjadi tetamu Allah yang paling istimewa
Dipermudahkan segala urusan
Selamat pergi dan kembali
Mudah-mudahan pengembaraan rohani ini
Mampu mencetus rasa rindu yang berputik
Di antara hati insani dan bumi Makkah
Lantas berkembang sisipan sentuhan nurani yg akan dikongsi
Bersama anak didikmu di akademi ini
Agar perasaan cinta AL-Hub akan lestari dan abadi
Hingga ke Syurga Al Firdausi
Sekilas pandang
Adakah tempat lain yang lebih putih daripada Makkah
Bermula dari kesucian tanahnya
Sehinggalah putih dan sucinya
Pakaian ihram yang membaluti tubuhmu
Dan ketulusan hatimu ketika menjadi tetamuMu
Pergimu bukan sama
Dengan suasana romantika bergondola di Swiss
Atau syurga shopping di Beijing
Juga berbeda dengan keajaiban Eifel Tower Paris
Mahupun keriangan berfantasi di Disneyland
Sebagaimana yang kita kunjungi sebelum ini.
Selamat berangkat
Selamat kembali
Pergimu hanya membawa hati seputih salju
Menyerah diri kepada Dia semata-mata
Dia akan melayanimu sebagaimana yang kita damba
Dia akan menyusurimu sebagaimana yang kita mahu
Dia akan menghadiahimu haji yang mabrur
Salam kasih sayang
dari seluruh Warga AT 181
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.