Monday, November 8, 2010

Terima kasih kerana terus menemani saya dalam perjalanan ini

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan,
Sesungguhnya perubahan adalah amat perlu bagi setiap manusia. Hidup tidak boleh statik pada satu tahap sahaja. Hidup pada hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan hidup pada hari esok perlu lebih baik daripada hari ini. Jika kita tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik, kita akan ketinggalan ke belakang.

         Namun setiap perubahan yang dilakukan itu menuntut pengorbanan. Jadi di sinilah cara atau amalan tertentu perlu diketahui dalam menjana perubahan agar segala pengorbanan yang dilakukan tidak sia-sia.
         
        Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perubahan untuk kejayaan bagi hidup yang sedang kita lalui. Kita perlukan perubahan dan sentiasa menuju ke hadapan. Dalam proses ini, kejayaan adalah untuk semua orang tanpa mengira latar belakang anda, sama ada seorang suri rumah, ahli perniagaan, pelajar, pesara, penjual jagung rebus, tukang rumah, tukang gunting rambut, pemilik butik atau spa, kerani, pensyarah, pejuang MLM, pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja.

          Apa yang saya kongsikan dengan anda adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan, penelitian, menghadiri sesi ilmu, mendengar luahan, perkongsian dan sebagainya yang saya titipkan sepanjang pengalaman saya bersama Akademi Taipan selama lebih lapan tahun. Mudah-mudahan ia akan terus memberi kebaikan untuk anda dan untuk saya juga. Semoga kita terus dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Semoga terus berjaya dan bahagia.
         

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.