CDM Kartini, CDM Yan, CDM Shahrina dan warga AT 181.... mereka menguatkan semangat juang ku |
CDM Azlina masih baru lagi dalam AT 181. Setahun hingga lima tahun adalah proses membina. Bertahanlah untuk menuai hasilnya |
Naik CDM setahun tiga bulan selepas menceburi perniagaan ini. |
Ketika kami bermula lapan tahun lalu. Segalanya serba susah. Kami teruskan. Dan hari ini telah menikmati hasilnya. |
Malam tadi, ketika kami berada di Shah Alam Convention Center (SACC) bersama anak2, menemani mereka ke Program ESQ Kids, aku mendapat sms dari seorang DDM bertanya, "Kak, macam mana nak buat? Hampir semua downline dan rakan kongsi saya mati dan tak bergerak. Saya keseorangan dalam business ini sekarang. Saya rasa hilang semangat, buntu dan kecewa. Tetapi upline CDM saya sangat bagus, dia terus memberikan saya keyakinan."
Sebenarnya bukan dia seorang yang mengajukan soalan yang sama kepada aku. Jawapan ku "Teruskan perjuangan kita, anda tidak berseorangan dalam perjuangan ini, rapatlah dengan kami dan jangan sekali2 bersendirian serta menjauhi meeting."
Hidup ini ibarat sebuat bahtera yang belayar di lautan dalam yang bergelora dengan ombak dan gelombang sebagai penghalang pelayarannya. Begitu juga denganpelayaran kita di dalam AT 181. Bagi yang ingin terus hidup maju ke hadapan, kita perlu bersedia dilambung oleh ombak dan gelombang kehidupan itu sendiri. Hanya manusia gagah yang berani sahaja yang akan sanggup dilambung dan dihempas gelombang dalam perjuangan ini.
Nyawa2 ikan
Mati tak berkubur
Hilang tidak berbatu nesan
Koma dengan bantuan pernafasan
Bernafas dalam lumpur
Tersungkur di pintu syurga
Mati tak tutup mata
Itulah adalah gelaran yang diberi kepada downline atau rakan kongsi yang kian malap di laluan kerdipan bintang berkilauan. Saya umpamakan Hai O khususnya Akademi Taipan 181 sebagai lubuk kejayaan paling besar bagi sesiapa yang mengimpikan sebuah perubahan di dalam hidup ini. Lengkap lebuh raya yang tersedia di dalam akademi ini.
Aku bersyukur kepada Allah kerana terus memberikan ku kekuatan dan ketahanan untuk kekal setia dalam perniagaan ini walaupun terlalu banyak ranjau, onak dan duri serta laluan yang amat getir di sepanjang perjalanan ini. Aku tak mudah goyah dengan ujian demi ujian yang tak berhenti mengiringi perjuangan ini. Dikata, dihina, dicerca diherdik, dihalau, dibohongi, ditipu, dipermain2kan, ditertawakan, tak dipedulikan, dicabar, digertak, dimalukan dan difitnah adalah antara cabaran2 getir. tetapi syukurlah, entah dari mana sumber kekebalan yang menyelaputi diri aku dan dzul, sedikitpun tidak berbekas di hati kami. Telah ku "setting" bahawa inilah asam garam sebuah perjuangan mencari kejayaan. Ia tak akan diperolehi jika kita hanya berada di atas tilam nan empuk atau dihampari carpet merah. Perjuangan pasti dilalui dengan onak dan duri, susah dan payah.
Biar semua rakan kongsi mati tak bernyawa, seperti yang aku lalui pada tahun 2006 yang lalu tetapi aku teruskan perjuanganku. Selagi jantung ini masih berdenyut dan berdegup mengepam darah merah ke sekeliling tubuh badan, selagi itulah perjuangan hidup seperti berputarnya roda untuk bergerak menuju ke destinasinya. Putaran roda2 kehidupan akan lenyap dengan lenyapnya semangat untuk meneruskan perjuangan.
Impian yang besar, keyakinan yang mantap dan kepercayaan kepada diri ku sendiri menjadi kunci kesetiaan ku ketika menerima ujian getir dahulu. Ketika ujian hebat itu, pendapatanku jatuh menjunam. daripada puluhan ribu belasan ribu sehingga tinggal empat lima ribu sahaja. hidup mesti diteruskan, berpaling ke belakang tidak sekali, menyerah kalah apa lagi, kembali ke sekolah tentu tidak sama sekali. Teruskan perjuangan.
Aku hanya ada upline CDM Kartini dan CDM Kamaruddin sahaja ketika semua rakan kongsi ku mati dan tak mahu berniaga lagi. Dengan mereka ku bergerak, dengan mereka aku buat meeting, dengan mereka ku berbincang, dengan mereka aku pergi berjumpa mentor, dengan mereka berdua juga ku hadiri program2 Hai O.
Sama juga dengan anda, anda bertuah masih mempunyai uplinem masih mempunyai mentor, masih mempunyai CDM, masih ada Akademi Taipan 181. Cuma anda kehilangan excited dan semangat sahaja. Jangan jauh dengan kami, jangan menjauhi upline atau CDM anda ketika mana semua rakan kongsi anda menjauhi anda. Ingatlah, layang2 tidak akan naik dengan mengikut arus angin, tetapi layang2 hanya akan naik dengan melawan arus angin.
Ramai orang yang tewas kepada diri sendiri dan bukan tewas kepada ribut taufan di luar sana. Bukan juga kalah dengan tsunami, bukan tewas dengan puting beliung atau larva letupan gunung berapi dalam perjuangan ini.
Terlalu ramai yang hanya tewas kepada diri sendiri. Ramai yang merasa malas, hangat2 tahi ayam, merasa cukup dengan apa yang ada, terlalu cepat berpuas hati, tak berani menempuh cabaran, takut dengan kegagalan, tak ada impian, tak mahu keluar dari zon selesa, tak mahu ada tekanan, malas nak mencuba, tak mahu berusaha, mengharapkan kejayaan segera, takut tidak menentu, tak mahu berusaha, malas mencuba dan lain2. Ramai orang mati bukan kerana diserang harimau belang, atau dihempap gajah atau dibaham singa lapar tetapi ramai yang mati kerana virus, atau bakteria dan hama sehalus mikroorganisma di dalam badan sendiri.
Percayalah. Selepas pahit pasti ada manisnya. Selepas susah pasti ada senangnya. Selepas malam pasti akan muncul terang siangnya. Perjuangan kitapun demikian juga likunya. Jangan tewas dengan cabaran, jangan mengalah dengan ujian dan jangan undur dek kata caci hinaan orang. Tetapkan matlamat perjuangan anda. Bergurulah dengan mentor2 hebat yang ada di dalam AT 181. Apa pun ujian dan halangan, sebesar manapun pahit getirnya...telah aku lalui terlebih dahulu daripada anda. Masa sahaja yang berbeda. Jika aku berhenti dahulu, tak mungkin aku perolehi kesenangan dan kemewahan hidup seperti hari ini.Insyaallah, akan ku kongsikan satu demi satu lembaran pahit getir onak duri sepanjang lapan tahun bersama perniagaan ini dalam ruangan Meniti Puncak Jaya. Salam Perjuangan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.