Tetapkan matlamat. Senarai panjang impianku menyebabkan aku buat semuanya yang terbaik untuk diriku sendiri. |
Syukurlah...suami dan anak2 yang sangat memahamidan begitu banyak berkorban |
Anak2 didik di sekolah yang tetap menjadi keutamaanku sebagai seorang pendidik dan pentadbir. |
Ketika masih menyambung pengajian master di UPM dulu, aku mempunyai pelbagai watak yang berbeza. Agak menghairankan bila dikenangkan kembali waktu itu, yang ku tempuhi 12 tahun yang lalu. Setiap watak yang ku pegang berjaya dihayati dengan baik sekali.Entah dari mana kekuatan yang ku ambil.
Bayangkan...Pagi aku ke sekolah memikul watak sebagai guru dan juga pentadbir di sekolah menengah. Ada 80 orang guru serta 1200 orang pelajar sekolah waktu itu yang dibawah tanggungjawabku. Serentak itu aku menyandang watak paling murni sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak yang masih kecil waktu itu. Irah yang ketiga baru saja berusia tiga bulan, sementara yg sulung baru darjah dua sekolah rendah, sewaktu aku mendaftar masuk menyambung pengajian peringkat master dalam bidang Bahasa dan Linguistik di UPM. Kelasku di UPM banyak bertumpu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Baru berpindah ke Bandar Sg Buaya Rawang yang jaraknya dari UPM hampir 80 KM sehala. Ada waktu sampai malam masih tak tidur menyiapkan pelbagai kajian ilmiah. Hari lain aku masih buat tiusyen untuk mendapatkan wang tambahan di beberapa buah pusat tiusyen termasuk rumah ke rumah. Pada masa yang sama aku dan Dzul masih membuat pizza untuk dihantar ke kilang2 dan kantin2 berhampiran. Aku tak malu mencari rezeki walaupun banyak juga tohmahan yang aku dengar, maklum...aku penolong kanan sekolah. Sekali sekala watakku sebagai penggubah barang2 hantaran dan perkahwinan. Jika free, aku buka gerai jualan bunga dan hasil kreatif...aku meminatinya. Dulu sebuah bilik khas ku sediakan di rumah untuk ku jadikan bengkel ku bekerja membuat pelbagai hasil kraftangan. Hasilnya ku jual di kedai2 berhampiran atau dengan kawan2 baik. promosi mulut ke mulut turut membantu. Pada masa yang sama aku juga seorang leader (boleh tahan juga hebatnya...angkat bakul sendiri) dalam MLM Amway. Demo sana demo sini, meeting sana meeting sini, seminar sana seminar sini, pergi ambil stok dan hantar barang yang ditempah kepada customer lagi, untung bukan banyakpun...tapi aku seronok. Kebetulan waktu itu aku ketiadaan pembantu rumah selama 11 bulan sebelum ku dapatkan pembantu baru. Hanya Dzul yang banyak membantu.
Tetapi semuanya dapat ku lakonkan setiap watak yang dipegang dengan amat baik sekali. Tak pernah aku merungut, mendengus atau mengeluh kesal dengan segala yang ku lakukan waktu itu. Mengeluh kepenatan pun tak pernah. "Tak penat ke?" "Bila masa buat semua tu dalam satu waktu?". "Kesian anak2 you Faridah, you ni mata duitan sangat sampai anak2 sendiri terabai nanti!" Jiran2pun lain macam pandang aku terutama bila aku pulang lewat malam. Maklum waktu itu kebanyakan jiran orang Melayu kita. Setiap sindiran orang ku pekakkan telinga. Tak pernah ku hirau dengan semua itu apa lagi nak menghentikan apa yang ku yakini selama ini. Orang biasa tak mungkin mahu buat yang luar biasa, sebab itu hasilnya sama tetapi aku mahu buat yang luar biasa. Itu pilihan aku. Aku susah bukan orang nak tolong. Aku minta nak pinjam duit bukan orang nak bagi. Pada aku, masyarakat sekeliling belum mampu menjadi penyokong kepada kejayaan dalam masyarakat. Malahan mereka bersikap sinis melihat kejayaan orang lain.
Malahan aku bergembira dengan semua tugas dan tanggungjawabku waktu itu baik di rumah, di tempat kerja, di UPM, dalam jualan langsung dan yang lain2. Semuanya menggembirakan hatiku. Aku seronok, enjoy, gembira dan bahagia walaupun terlalu sibuk. Jauh sekali merasa tertekan dengan beban tugas yang tidak berhabisan. Juga tiada alasan yang pernah ku utarakan. Jadualku...bangun pagi tidur pagi. Barangkali inilah rahsianya bagaimana aku dapat melaksanakan segala tugas dengan amat baik sekali.
Anak2 tetap menjadi perhatianku. Tanggungjawab di sekolah adalah keutamaan bagiku. Aku bagi2 tugas dengan Dzul, dia pun sama2 sambung master di UPM bersamaku. Bila ada masa, kami bawa anak2 berjalan walaupun tak jauh. Cukuplah...sementara senang susah dahulu. Aku bersyukur kerana Aimi dan Adib memahaami kesibukan kami. "Jika aku, suami dan anak2 tak sanggup berkorban, tak mungkin akan senang kemudian hari". Biar susah sekejap tapi senangnya lama. Fikirku. Aku tidak mahu berterusan susah. Memang aku yakin, selepas susah pasti akan hadir senang.
Demikianlah rutin hidup kami dalam mencari kejayaan hidup. Pengalaman itu sesungguhnya sesuatu yang amat berharga. Tak ternilai. Salam kejayaan. Jumpa lagi di catatan akan datang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.