Showing posts with label Blog CDM Faridah. Show all posts
Showing posts with label Blog CDM Faridah. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Genap 2 Tahun

Salam bahagia.
Salam perjuangan.

Alhamdulillah.
5 September 2012 hari ni.
Genap dua tahun usia blog ni.
CDM FARIDAH MOHD ALI.
Terima kasih kepada semua pengikut setia.
Pembaca blog ni.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Aku tahu, ramai yg sentiasa ternanti2 entry baru setiap hari.
Jika dua tiga hari aku tak pos catatan baru, adalah yg akan sms.
"CDM, tak ada entry baru ke, senyap je".
Ini menguatkan semangat juang aku untuk terus menulis.
Terima kasih sekali lagi.

Bukan apa, hanya sebagai medium utk aku berkongsi suka duka dan jatuh bangun dalam perniagaan.
Berjaya dalam hidup dan berkongsi dengan orang lain.
Khususnya tentang Akademi Taipan Malaysia 181.
Jatuh bangun dalam industri MLM.

Aku kongsikan juga catatan perjalanan suka duka kehidupan ini termasuk
tentang keluarga, suami, anak2 dan kaum keluarga.
Semuanya aku rangkumkan.

Sebelum ni, aku tak pernah sentuh laptop.
PC pun tak ada, kecuali Dzul atau anak2 yang punya.
Buta lah kiranya aku ni.
Tetapi kemahuan tinggi.
Aku belajar sedikit demi sedikit.
Beli Toshiba ni dua tahun lepas dan aku mula godek2  sampai aku pandai.
Sekarang masih belajar lagi, maalum sentiasa ada ilmu terkini.

Ini antara pos2 yang popular gitu.
Mengikut ranking pembaca sendiri.
Boleh tengok jika suka.
Sebenarnya blog ni macam catatan peribadi je.
Ini semua aku buat utk rujukan aku sendiri.
Jika ada yang suka boleh baca, jika tak sukapun tak apa.
Sejumlah 414 post untuk tahun 2012.
Boleh tahan gak ya...sejumlah 47 059 yang melayari blog ni dalam tempoh dua tahun.
Wow...
Pageviews...168,120.

OK, semoga blog ni akan terus hidup selagi aku hidup.
jika dah tiada nanti, ia tetap menjadi rujukan untuk anak cucuku nanti.
Mana tau satu hari akan dibukukan.

Thursday, January 12, 2012

2012 Yang Meyakinkan

Salam.
Dah tengok bonus anda?
Berapa dapat?
Sikit atau banyak, kita wajib bersyukur.
Itulah rezeki pemberian Allah SWT.

Jika rasa nak lebih banyak, mak tiada cara lain.
Usahakanlah dgn lebih lagi.
Jika usaha kita sikit, maka sikitlah bonus kita.
Takkan mungkin, usaha kita sikita\ tapi boleh dapat banyak.

Jika  nak banyak, usaha pun kena banyak.
Tentulah nak banyak kan!
Tingkatkan usaha kita.
Lebih banyak berkongsi dgn org lain.
Lebih kerap berjumpa prospek anda.
Lebih rajin menelefon prospek dan customer.
Lebih banyak buat appointment.
Lebih banyak ajak prospek hadir kelas.

Insyaallah harapan aku tentunya yg terbaik utk anda semua.
Doa tak pernah lekang agar anda semua sama2 berjaya bersama kami.
Dan aku yakin, tahun baru 2012 lebih cerah sinarnya.
Lebih mudah perjalanannya.
Setelah pahit getir tahun 2011 berjaya kita semua harungi.
Syukurlah.

Dah mulai tahun ini, aku akan lebih aktif menggunakan
ruang blog, Fb dan website utk melebarkan jaringan
dan membina empayar perniagaanku.


Melangkah ke dunia tanpa sempadan dgn lebih meyakinkan.
Hanya di hujung jari sahaja.
Bagi anda...boleh hadir kelas malam ni.
Jam 8.45 malam di TTC 2, USJ 9.
Kita belajar tentang blog, internet dan FB.
Bagaimana menggunkannya dgn efektif.
Bagaimana menggunkannya dgn berkesan.
Semua tips akan dikongsikan dgn anda.

Jika berminat nak hadir, pun boleh. Anda dialu2kan.
Call me 016 2212181

Friday, January 6, 2012

Buat Blog? Bagaimana?

Sahabat Taipan
Warga Taipan.
Semua kena buat blog.
Promote business melalui blog dan FB.
Premium Beautiful khususnya.
Produk2 kecantikan...untuk kurus, untuk slim, untuk cantik
nampaknya lebih memikat hati pelanggan.

Nanti aku akan buat satu slot bagaimana nak buat blog.
Bukan aku yg present tapi org yg mahir dan pakar tentang business internet.
Sapa nak join?
Jom..mungkin ada sedikit bayaran.
Bukan untuk aku tetapi untuk speaker yg buat internet tu.
Tiada paksaan...sapa nak ikut jom follow.
Tunggu berita seterusnya.
Nanti aku akan war2kan.

Tuesday, January 3, 2012

Blog, Website, FB, Twitter

Salam sejahtera.
Salam bahagia.
Salam perjuangan.

Selamat Tahun baru 2012.
Dunia sudah berubah.
Business juga semakin hebat.
Strategi semakin canggih.

Internet semakin meluas.
Semua di hujung jari saja.

Aku terpanggil untuk mengajak rakan kongsi menggunakan strategi
yg semakin meluas ini.
Kena ubah cara.
kena tukar kaedah.
kena tiru cara org lain.
tra
Penggunaan internet semakin meluas.
Blog, fb, twitter, Mface dan lain2 semakin banyak.
Yg muda yg dewasa yg kanak2 pun dah pandai gunakan internet.
Apa salahnya kita tiru.
Takkan nak tengok saja.

Kita juga kena berubah.
Manfaatkan kemudahan yg ada.
Untuk berbusiness cara baru.
Melangkaui jangkaan dan cara biasa.

Apa lagi?
Tahun baru 2012 tahun lebih cemerlang untuk kita, andainya kita pandai memanfaatkan ruang niaga yg lebih besar terbentang di depan mata.
Ayuh...sahut cabaran tahun baru.
Untuk lebih ke depan.
Untuk lebih hebat.
Untuk lebih baik berbanding sebelumnya.
Bina website sendiri.
Buat blog.
Lebih aktif berFB untuk business.
Bukan sekadar melepaskan rasa duka atau gembira biasa
tetapi lebih kepada melebarluaskan sayap niaga.

Insyaallah, aku akan belajar dgn org yg lebih tahu.
Dan aku mahu menyeru rakan niaga di dlm AT 181, untuk turut sama
melangkah dgn cara baru yg lebih baik ini.
Jom...kita mulakan dgn nekad yg lebih kental.
Perbaharui semangat dan daya juang, bersedia untuk mengubah diri
jika kita mahu terus di puncak jaya.
Bersedia untuk menerokai cara2 dan ilmu baru
jika kekal berada di landasan jaya.


Cara lama kena upgrade.
Strategi lama kena baiki.
brulah kita sentiasa ke depan.

Masuk ke fasa baru.
Berpindah ke dunia baru.
Bukan beralih arah, cuma bertukar cara yg lebih sesuai dan
disukai ramai.

Yes...internet, blog, website, fb, twitter dll akan lebih
menyinari suasana niaga AT 181
selepas ini.

Thursday, December 29, 2011

Members(181)

Members (181)

Hari ini 29 Disember 2011.
Mula berblog Ogos 2010.

Suka2.
Menulis je.
Berkongsi.
Jika suka boleh join members.
Tak nak pun tak apa.

Yg dah join, TQ atas sokongan anda semua.
Ambillah yg baik dan bermanfaat sahaja.
Moga aku akan terus berkarya dan berkongsi di ruang blog ku ini.
Ia akan terus hidup selepas kematianku nanti.
Dah setahun lebih berblog.
Jadi blogger.
Mengasah bakat.
Dulu aku ni nak buka laptop pun tak reti.
Maklum,belajar di sekolah atap.

Tapi semangat mahu berjaya.
Tak reti belajar.
Tak tahu kenalah bertanya kepada yg tahu.
Tak pandai belajarlah dgn yg pandai.
Nak berjaya bergurulah dgn yg pandai.

Sekurang2nya aku mahu hari ini jadi lebih baik dari semalam.
Lebih baik dari minggu lepas.
Lebih baik dari bulan lepas.
Lebih baik dari tahun lepas.

Sekarang, kalau tak buka internet sehari terasa macam tempang hidup.
Mesti buka walau sebentar cuma.
Macam mengaji Quran, kalau tak baca rasa tak sempurna hidup sehari.
Mesti baca setiap hari walaupun sehalaman saja.

Thursday, December 1, 2011

Sila Layari...http://faridahmohdali.blogspot.com/





Selamat Datang
ke blog ini
http://faridahmohdali.blogspot.com/


Jadilah follower
Boleh buka tap2 hari.
Blog ini untuk aku sendiri.
Juga untuk anda yg suka melayarinya.
Suka2 kongsi pengalaman


Memuatkan pengalaman jatuh bangun dlm MLM.
Motivasi, perkongsian, suka duka.
Juga kisah2 keluarga. Pasal binatang pun ada...Si Tuah.
Pasal makhluk halus pun ada gak...semut la, nyamuk la, anai2 la
buat pengajaran utk diri sendiri.
Juga perjalananku setiap hari ke sana ke mari membina perniagaan ini.
Juga kisah2 kejayaan org lain.
Kehebatan org lain yg boleh dicontohi dan diikuti.


Setiap hari aku hupdate
Setiap hari aku catat enrty baru
Setiap hari aku rakamkan kenangan
Setiap hari aku tuliskan...
he he he macam diary hidup ku.


Terima kasih semua yg sudi melayari blog ini.
Boleh bagi idea dan pandangan jika ada.
Aku suka je jika ada idea2 yg bagus untuk aku up grade blog ni agar
semakin mantap penngisiannya.
Aku tau ada gak yg tak suka.
Tak apalah, aku buat bukan utk org lain, untuk aku sendiri sebenarnya.
Sapa suka boleh singgah baca.
Jika tak suka pun tak apa, aku tak paksa.


Apapun terima kasih semua.
Maaf jua jika ada yg tak berkenan di hati anda.
Jika suka, boleh war2kan kepada rakan2 untuk jadi panduan seharian
terutama warga MLM.

Thursday, July 21, 2011

Jangan Tinggalkan I



Mana mungkin dinyatakan C_NTA,
jika u tinggalkan i?

Mana bisa disebut R_NDU,
jika u tidak bersama i?

Apalah ertinya H_DUP,
jika u tidak memilih i?


heh heh heh


So what?

*
*
*
*
*
*
*

U mesti sentiasa bersama i.
i sentiasa menyayangi u.
seperti u sentiasa merindui i.
*
*
*

Bukalah blog i setiap hari.
Untuk menjadi teman setia u.
*
*
*
*
*
HP 016 2212181
Emeil faridahmohd-ali@yahoo.com
Blog CDM Faridah Akademi Taipan 181