Saturday, October 1, 2011

9 Tahun Yang Lalu

1 Oktober 2002
Genap 9 tahun
Nor Amalin Aisyah dilahirkan.

Celebrate kat rumah je, bersama anak2.
Juga cik sah, Nina dan Qistina sepupu Aisyah.

selamat hari jadi
Selamat ulang tahun
Happy birthday to Aisyah
Semoga selamat dan semakin bijak meniti zaman kanak2.
Belajar mengenali hidup yg penuh warna warni
Tempuhilah dgn seronok zaman kanak2 mu.
mama sudah melaluinya.
Tak ada masalah waktu itu.
Tak ada cabaran ketika itu
Tak ada fikir susah ketika itu.
Yg ada hanyalah dunia yg serba seronok, serba indah dan serba ceria.

Hari ini mesti lebih baik dr semalam.
Selamat ulang tahun ke 9 utk Aisyah.

Aisyah anak yg bongsu dr 4 beradik.
Lahirnya di Putra Medical Centre Sg Buloh, waktu itu kami tinggal kat Rawang.
He he he...bongsu setakat ini laaaa...mana tau???
Sentiasa happy, ceria, dia banyak cakap, suka bercerita, suka hu ha hu ha.
Sgt berdikari, tegas tetapi sgt mendengar kata, hobinya membaca membaca dan membaca.


Awal2 lagi Aisyah dah pesan kat aku dan abahnya
"nak hadiah buku, nak hadiah buku tp Aisyah nak pilih sendiri.
Nanti bawa Aisyah gi MPH Alamanda".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.