Salam kawan2 semua.
Aku baru tiba di rumah.
Jam 10 pagi tadi ke Cyberjaya.
Gi tolong DSM Ku Ani fitting PB pada kawan dia.
Wahida mmg nak pakai.
Shima lak nak kawin hujung bulan ni.
Memang dia nak cantikla atas pelamin nanti.
Alhamdulillah, close utk Wahida.
terus nak submit dokumen utk pengurusan dana.
Semua Ku Ani yg buatkan.
Aku lega, boleh bantu Ku Ani buat sales.
Utk Wahida, welcome to our team.
Habis di Cyberjaya, aku singgah kat Equinine Park jap.
Berjumpa Lisa, ejen perumahan yg menguruskan jual beli hartanah
aku di Bandar Kinrara.
Hantar CF kat Lisa utk permohonan buat tadika.
Sekarang dlm proses, aku bagi sewa. RM3700 sewanya.
Ikut perjanjian, dia akan sewa utk setahun dulu, lepas tu nak beli terus.
Alhamdulillah, aku bayar kat bank hanya RM3200,
ada balance lagi RM500.
Pasif income la tu.
Kalau ada banyak rumah sewa, lot kedai, apartmen yg diberi sewa sampai 10 unit kan best. Semua pasif income.
Nampak gaya kena kerja lebih kuat lagi.
nak beli rumah banyak2 bagi sewa atau jual dan beli.
Selepas solat zohor, aku ke Selayang.
Ada cikgu nak pakai PB. Dia call aku melalui FB.
Wah berbunga hati aku.
Dalam jam 3.15 aku sampai sana.
Berjumpa cikgu Hayati.
Lepas cuba, nak beli tapi takut suami marah la pulak.
Alahai dik, badan kita, body kita, kesihatan kita, duit kita, maka
kitalah yg jaga.
Buat apa nak tanya suami lak?
Aku menghasut Hayati....bukan hasut tapi minta dia fikirlah
apa yg patut.
Dgn pelbagai kata2 motivasi, pujian melambung tinggi, keyakinan
tentang kehebatan produk, cikgu Hayati berkata...
" tak pa kak, nanti saya fikir dulu. Saya akan beli gak, dah lama teringin nak pakai PB. Sehari dua lagi saya call akak semula ya".
Daalam jam lima, aku singgah di Taman Melati berjumpa
Pn Arfah. Kawan lama masa aku kecik2 dulu zaman kanak2.
Aku berjumpanya di alam cyber...fblaa.Berpuluh tahun tak berjumpa, di FB gak kita bersua.
Pn Arfah seorang pegawai Kemas, tapi tak sempat bersembang lama
sebab dia nak balik cepat, nak kena ke KLIA ambik suaminya
yg akan sampai dr Sarawak.
Tak sempatlah nak berkongsi ttg produk PB dan business
yg aku buat.
Lain kali jumpa lagi sekali.
Lepas tu aku terus pulang ke Bdr Kinrara.
Insyaallah jika jadi, malam ni ada satu lagi appointment dgn Fadli
di USJ 5. Prospek en suami.
Harap tak cancel.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.