Thursday, October 13, 2011

Apakah PersediaanKu

Jenazah Nik Shamsul Nik Hussein.
Saudara Sepupu aku.
Masih muda, baru berusia 33 tahun.
Meninggalkan tiga org cahaya mata yg masih tak mengerti apa2.
Yg sulung baru 5 tahun, kedua 4 tahun dan yg bongsu 2 tahun.

Meninggal dunia semalam jam 2 petang.
Tak ada sakit, tak ada tanda.
Riang ria hingga menghembuskan nafas terakhir di rumahnya
di Country Home Rawang.
Meninggal di depan isterinya.

Aku bergegas ke rumah ayahnya
di Kampung Batu Muda, Batu Caves Selangor.
Ketika aku tiba, jenazahnya sdg dimandikan.
Dimandikan, dikapankan, dan disembahyangkan.
Sempat kami tunggu jenazah disempurnakan sehingga dibawa
ke kubur Taman Batu Muda.

Post mortem yg dibuat oleh pihak HKL menyatakan
punca kematian arwah Nik Shamsul kerana
jantungnya tiba2 berhenti berdenyut.
Masyaallah...datang tiba2.
Tanpa tanda.

Demikianlah perjalanan hidup kita.
Apakah persediaan yg telah kita buat utk menghadapi kematian yg akan tiba
pada bila2 masa?
Waktu melihat jenazah dikapankan, dicium oleh isteri, anak2, adik beradik dan ibu bapanya, tiba2 je aku rasa menyelinap darah ke seluruh tubuh.
Aku bayangkan yg terbujur kaku itu ialah jenazah ku.
Aku terbayang yg dikapankan itu ialah jenazahku.
Aku terbayang yg disembahyangkan
kan itu ialah jenazahku.
Aku terbayang yg mencium jenazahku itu ialah anak2ku, suami ku, adik beradik ku,
dan ibuku.

Apa bekalan yg ku bawa?
Apakah amalan dan kebaikan yg akan menemani rohku di alam kubur.
Bagaimana pula dgn solatku, amalan sedekah ku, amalan kebaikan dan
dosa2ku yg begitu banyak.
Di manakah doa anak2ku?
Adakah anak2 yg ku tinggalkan adalah anak2 yg soleh?
Di manakah sedekah jariahku.
Apakah ilmu yg baik yg telah aku kongsikan dgn org lain?
Mampukah aku menjawab soalan mungkar dan nangkir.
Subhanaallah.
Menakutkan.
Menginsafkan.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.