Friday, August 26, 2011

S Wan Jewels

Selepas berbuka, dua malam sudah aku dan anak2 ke Alamanda.
terus ke Kedai S.Wan Jewels.
Ramainya org.
Tuannya Wan...org Kelantan, masih muda.
Sekarang dah kaya. seorang usahawan berjaya.
Berniaga secara kecil2an waktu mula2 berhijrah ke KL 12 tahun lalu.
Lahir dlm keluarga yg berniaga emas di Kota Bharu.
Rangkaian kedainya di Kelantan memang banyak terutama di Kota Bharu.
Di sinipun ada dua buah kedai.
Bangi dan  Alamanda dan yg terbaru akan dibuka di Cyberjaya.

Aku dah lama menjadi pelanggan S Wan Jewels.
Pekerjanya ramah, tuannyapun baik.
Jika balik kelantan, sering juga aku membeli di kedai ibunya berhadapan
Pasar Buloh Kubu.
Harga emas dua hari lepas.
RM200 segram tetapi dijual dgn harga diskaun RM185 untuk emas 916 bg satu gram
Lebih murah berbanding Habib Jewels, atau Wah Chan, Tomei
yg selalu dijual dgn harga semasa.
Boleh datang kat sini jika nak beli barang kemas.


Rambang mata...semua nak.
itulah org perempuan...baju, barang hiasan diri, kecantikan, melawa,
hiasan rumah, mesti tewas punya.
Akulah tu...nafsu besar.
Sowee bang, bukan nafsu besar...tetapi impian besar.
he he he.
Itulah yg selalu membuat aku bekerja kuat dlm business.
Kalau masih makan gaji, makan hatilah melihat ni semua.
meleleh je air liur.
Rambang mata...semua cantik.
Semua nak.
Buatannya halus, patern terkini, kualiti standardnya tinggi.
Harga upah pun berpatutan.
Heh heh heh....cantiknya.
Banyak patern baru.
sebelum ke Hong Kong hari tu, dah beli satu.
Tapi nak lagi bila tengok macam2 patern baru yg menggoda iman.
Sebenarnya aku datang nak beli rantai tangan untuk
Irah dan Aisyah.
Bukan untuk aku.....tapi taulah, aku kata nafsu besr punya.
Penjual menggoda dan memujuk.
pembeli menimbang dan memilih.
berdasarkan kemampuan dan kemahuan serta citarasa.
Jika nak berjaya dlm business, belajarlah.
cari ilmu...dlm business, pelanggan adalah raja.
mereka adalah segala2nya bagi kita.
mereka mesti diutamakan, service mesti tip top, mulut kena ramah, senyum kena lebih,
mesti pandai memuji, janji mesti ditepati, hati kena baik, jujur adalah segala2nya.
Business MLM pun sama, rakan kongsi adalah rakan niaga kita.
customer mesti dipujuk agar menjadi rakan kongsi
pula lepas menggunakan produk.
oooiiiiiii....jadi mami jarumlah gamaknya.
besarnya...tak cun dgn tangan aku yg kecik ni.
kalau tangan jenis bulat berisi, tentu cantik pakai yg ni.
yg ni beratnya hampir 60 gram.
harganya dah reiki2 lebih RM16 000.
Mak oooi...boleh bayar 3 bulan WST 181.

"yg ni memang sesuai dgn kak faridah, cun sangat, patern baru ni.
Org lain belum ada yg pakai patern ni.
Panas2 ni kak, ambiklah".
Kata Ayu...pandainya menggodek hati berahi aku.

Kemudian datanglak Wan taukehnya...
"assalamualaikum boss, lama tak nampak,
wah!! kena tu memang cantik sgt untuk raya ni".
Kita boleh bagi kurang sikit utk special customer".
"Jika nak beli, baik beli sekarang, lepas raya harga dijgka naik lagi".
Kata Wan...tuan punya S Wan Jewels.
Orgnya sgt baik dan peramah.

"yg ni baru jugak, murah sikit".
"berapa? Cuba kira".
"Tak mahal, hanya RM 9 685 je"
Cantik, semua cantik, semua suka...detik hati aku.
tengok yg lain lak.

Pilih dulu untuk anak2 pompuan kami.
dapat sorang satu, Irah tak ikut masih beriktikaf di masjid Kota Damansara.
So Aisyah lak yg lebih2 memilih utk kakaknya.
Pandai gak seleranya, nak yg besar dan cantik.

termakan gak pujukan Ayu...pandang en suami dia senyum je.
Katanya "ambiklah kalau suka".
wow sukanya hati, rezeki jgn ditolak.
inilah yg aku pilih, dua utas gelang tangan sebab rantai tangan dah banyak.
taklah mahal sangat, dlm RM7000 lebih.
Mampu milik kerana buat business ni.

la la la la la....dapat gelang baru, sukalah hati.
"TQ mama, TQ abah".
kata Aisyah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.