Salam.
Selamat berpuasa.
Aku tak sihat hari ini.
Demam, batuk dan selsema.
Tak keluar berniaga.
berehat saja di rumah.
Cuma aku ke rumah adik dan menziarahinya serta mengucapkan selamat jalan
kerana berangkat menunaikan umrah tengah hari ini.
Mereka pergi sekeluarga.
Turut membawa anak bongsu yg baru berusia 2 tahun.
Selamat pergi dan selamat kembali adik ku.
Semoga menjadi tetamu Allah yg paling istimewa.
tambahan pula di bulan ramadan penuh barakah ini.
Dalam keadaan demam, aku berkejar pula ke Putrajaya.
menziarahi adik ku, Hasni yg tinggal di Precint 8, kerana rumahnya dimasuki perompak semalam.
Sedar2 sebaik pulang dri ofis untuk berbuka puasa, rumah sudah digeledah.
Hampir RM15 000 kerugian.
Sabarlah. Inilah ujian di awal Ramadan.
Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Jika dihitung, terlalu sedikit yg diambilNya berbanding dgn terlalu banyak yg telah dianugerahkanNya.
Apa2 hal kerana terima dan reda.
Ganjaran Allah yg lebih baik pasti datang andainya kita sabar dan reda.
Selepas berbuka, aku hanya bersolat Isyak dan terawih di rumah.
Tak kuat rasanya. Lenguh seluruh badan.
Selepas berterawih, aku gagahkan diri dan segera bertolak ke KLIA untuk menjemput anak bujangku
Mohd Adib yg baru tiba dari Cairo.
Syukur selamat tiba dari Muscat, Oman dgn Egipt Air setelah transit di sana selama 12 jam.
Lamanya transit...
Kepenatan betul Adib. Sianlah pulak. Balik berdua je dgn Zaifran kawan sekolahnya.
Katanya tiket yang direct ke Doha-KL kehabisan.
terpaksa ambik tiket yg transit di Muscat Oman.
Selepas mengambil Adib, baru aku singgah berjumpa doktor dan mengambil ubat.
BOP pun aku tak datang malam tadi.
Aku benar2 tak larat dan bertembung pula dgn jadual mengambil Adib di KLIA
Moga akan baiklah.
Harap masih panjang usia.
Apa pun aku sentiasa bersedia juga.
Manalah tahu, tiada jaminan atas usia kita.
Bila akan dijemput pergi, Allah saja yg maha mengetahuinya.
Ramadan baru masuk hari ke 3.
Moga masih berpeluang untuk meraih semua anugerah Allah sempena Ramadan kali ini.
Salam, insyaallah berjumpa lagi.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.