Salam
Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat dan kurniaanNya yg tak terhingga
dan tak terhitung banyaknya.
Nampaknya ramai yg dah balik kg
'balik kampung...ho ho hoo balik kampung'...
nyanyian sudirman yg begitu popular
dikumandangkan kat mana2 pada musim perayaan ni.
Ada yg bertolak pulang semalm selepas kerja,
ada yg bertolak mlm tadi selepas berbuka,
ada gak yg nak bertolak pagi tadi selepas bersahur,
ada yg nak bertolak hari ni dan pagi esok.
tapi ada gak yg nak bertolak pagi raya untuk mengelakkan jem.
terpulang pada pilihan sendiri.
Aku masih di KL ketika ini.
Masih di rumahh.
plan nak bertolak malam ni,
tapi sayang pulak pada solat terawih,
tak mahu tercicir. Tambahan pulak dgrnya ramai gak yg nak bertolak
hari ni. Seboleh mungkin tak mau bersesak2, biarlah tenang2 dulu.
biar org lain dah sampai kat kampung, baru kita pulang.
Kataku pada en suami.
Mungkin pagi esok sesudah sahur.
Atau mungkin pagi Isnin.
Gamaknya waktu itu hampir kebanyakan warga kota dah berada
di kampung masing2.
Jalan pu dah lega.
tapi awas, berhati2 sepanjang perjalanan.
cermat, berhati2, jangan potong line, berhentilah jika penat,
jangan memaksa diri untuk terus memandu dlm keadaan mengantuk.
elakkan sikap pentingkan diri sendiri, nak cepat dan patuhilah
peraturan.
Ceee`wah...macam polislah pagi ni bagi nasihat kat pengguna semua.
Satu lagi...
awas dgn speed trap.
Banyak u...kat mana2 pun ada.
Abang2 polis kita beraya dgn kamera untuk ngap gambar kereta yg
melebihi had laju.
Nak dapat info terkini...
sila layari Speed Trap Location For Hari Raya blogspot.com.
Selamat pulang ke kampung masing2.
Selamat dlm perjalanan.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.