Tuesday, August 16, 2011

Menunggu Azan Subuh

Salam.
Kami siap bersahur lebih awal pagi ni.
Tak boleh tidur, bersiap dulu untuk solat berjemaah.
Di rumah je kali ni.

Sementara menunggu azan subuh, sempat aku rakamkan foto anak bongsu,
Nor Amalin Aisyah membaca buku.
Inilah Aisyah, standard 3 di ISSKD.
Hobinya membaca, membaca dan membaca.
Satu hari sebuah buku mesti habis baca.
Ada kalanya dua tiga buah buku.
Jika tebal sikit, dua hari boleh habis.

Sementara menunggu azan dilaungkan muazzin di masjid,
baca buku dulu.
Buku2 inggeris dan bahasa Melayu semua dia suka.
Samaada buku cerita, buku fiksyen, kisah nabi2, buku agama, sains, kamus atau apa sahaja.
Dibaca dari depan sampai belakang.
paper pun baca.
AlQuran pun dia suka baca.
TV tak berapa suka. Astro pun tak ada di rumah kami.
TV ada, tapi berapa kali je dibuka dlm seminggu.
Anak2 tak suka menonton TV.
Aku control TV sejak mereka kecil.
Tapi membaca buku mesti hari2.
Tak makan pun tak apa, mesti baca.
Tak jalan pun tak apa, jika ada buku.

Jika nak beli hadiah, mesti beli buku je.
hadiah jam ke, hadiah baju ke, hadiah beg ke, itu semua nombor 10
No satu...mesti nak buku jugak.
Sebulan banyak ratus gak disediakan untuk buku2 Aisyah.
Hari2 ke kedai buku pun tak apa.
Hari2 gi Popular pun tak kisah.
Hari2 gi MPH lagi dia suka.

Selepas bersahur tadi, Aisyah bersiap awal2 untuk bersedia solat subuh.
terus diambik buku dan dibacanya.

Begitulah hari2.
Barangkali kerana En suami juga minat membaca.
Dipupuk, diasuh, ditekan, ditatap...
dah terbentuk.
sekarang tak perlu disuruh lagi.
Dia akan lakukan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.