Thursday, August 11, 2011

I Can Do It



jika anda fikir boleh, pasti anda boleh.

jadi tak perlu tanya org lain tentang tindakan anda
kerana apa yg orang lain fikir tidak sama dgn apa yg kita fikir.

Selalunya org lain sentiasa fikir kita tak boleh,
tp kita yakin bahawa kita boleh.
Selalunya org lain negatif, kita yg positif.
Selalunya org lain tak yakin kepada kita,
tetapi  kita sendiri sgt yakin kepada diri sendiri.
Selalunya org lain tak percaya kepada kita,
hanya kita yg percaya kepada diri sendiri.
Selalunya potensi diri kita, hanya kita yg tahu sebaliknya
org lain tak tahu.
Selalunya org sekeliling tak suka melihat kejayaan org lain,
hanya diri kita yg mahu berjaya.
Selalunya org lain suka kita gagal, hanya diri sendiri sahaja yg mahu berjaya.
Selalunya org lain mahu kita sama dgn mereka dr segi pencapaian, hanya kita yg mahu
pencapaian kita berbeza dgn org lain.
Selalunya org lain mahu kita hidup seperti mereka,
dan mereka tidak mahu kita lebih daripada mereka.
Selalunya org lain bertepuk tangan melihat kita jatuh,
hanya kita yg tidak mahu jatuh.


Jelas sekali, org lain tidak akan memberikan sokongan kepada
apa sahaja hasrat kita untuk berjaya.
Malahan merekalah org yg selalunya mencuri impian kita.
Mereka selalunya membenamkan cita2 dan harapan kita.
Selalunya merekalah yg membantutkan hasrat kita.

Wajarkah kita bertanya kepada org lain?
Wajarkah kita mendapat nasihat  drpd org lain tentang cita2 dan impian kita.
Patutkah kita mendengar dan mengambil kira pandangan mereka.
Jangan sekali2 membiarkan sesiapapun mencuri impian anda.
ada waktunya, pencuri impian kita terdiri drpd org2 terdekat dgn kita.
Mungkin pasangan kita, atau ibu bapa kita,
mungkin adik beradik kita atau kawan rapat satu ofis dgn kita.


oleh itu, jika anda mahu berjaya, mahu mengubah kehidupan,
bertanyalah kepada org yg berjaya.
Berjumpalah dengan mentor kejayaan anda.

Katakan kepada diri kita


AKU BOLEH
AKU HEBAT
AKU PASTI BERJAYA


Jumpa lagi.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com
Blog...
CDM Faridah akademi Taipan 181



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.