Assalamualaikum kak Faridah. Ni ja dari Bacok Kelantan.
Kak Faridah tak kenal Ja
tp Ja ambik no ni dgn sorang cikgu kepada anak Ja.
Ja nak minta tolong.
Ja susah sangat sekarang ni.
Anak Ja ada 6 org, yg sulung baru darjah 3.
Yg kecik umur 8 bulan.
Suami Ja meninggal bulan3 hari tu, dia driver lori.
Accident.
Boleh tak Ja nak minta sedikit duit dgn Kak Faridah.
Untuk belanja makan, beli susu dan raya anak2 Ja.
Bukan pinjam sbb kalau pinjam Ja memang tak mampu nak bayar.
Rumah sewapun dah 6 bulan tak bayar.
Ja jual air tebu tepi jalan je.
Tp dah dua minggu tak berniaga sbb mesin tebu rosak.
Nak baikipun tak ada duit.Tak tahu nak minta tolong sapa.
Nak minta duit dengan kak faridah untuk Ja baiki mesin tebu juga.
Bolehlah Ja sambung jual air tebu
Ja dengar Kak Faridah org senang.
Ni no akaun Ja...
Subhanallah...
Inilah sms panjang lebar daripada Ja yg dihantar dlm 3 kali sms
yg ku terima pagi tadi.
Merayu mohon simpati.
Terlalu ramai yg susah seperti Ja.
Siapakah yg akan membantu mrka jika bukan kita?
Siapakah yg akan meringankan beban mereka jika bukan kita?
Siapakah yg akan membela nasib anak2 yatim itu jika bukan kita?
Siapakah yg akan bertanggungjawab terhadap
masa depan mereka jika bukan kita?
Mereka tak fikirpun tentang selendang baru, handbag, kereta baru
atau untuk cantik bergaya di hari raya nanti.
Yg mereka fikirkan ialah untuk mengisi perut makan
seharian dan susu anak sahaja.
Alhamdulillah, rezeki ku lebih.
Allah memilih aku lebih senang drpd org lain untuk ku bantu,
tolong dan infaqkan sedekah kepada yg memerlukan.
Begitu besar tanggungjawab kita kepada masyarakat
sekeliling yg senasib dgn Ja.
Aku terus mengangkat hp dan menelefon Ja.
lama juga aku bersembaang dgn Ja.Daripada perbualan dgnnya,
dpt aku rasakan tekanan hidupnya.
Merintih merayu, aku pasti Ja bukan org yg mahu mengambil kesempatan
atau tidak jujur pada aku.
Seikhlas hati, aku bertanyakan anak bongsunya.
Aku teringin membela anak angkat yatim piatu...
dah lama berusaha nak mendapatkannya tetapi bukan senang.
Aku faham, semua ibu menyayangi anaknya.
Dgn baik Ja menolak.
Apapun susahnya, biarlah anak2 di depan matanya.
Itu juga amanah aruah suami kepadanya.
Itu saja harta yg dia ada.
Perbualan dan sms Ja menginsafkan aku.
Betapa aku bertuah dan beruntung.
Betapa anak2ku bertuah.
Mereka hidup cukup senang.
Apa mahu semua dapat.
Aku berjanji untuk membantunya seberapa segera.
alhamdulillah Allah mengirimkan hamba Allah
utk ku bantu melalui insan yg tidak ku kenali.
Syukurlah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.