Assalamualaikum Wrbt, semoga mama, abah, Kak Aimi, Irah, Aisyah, Kak Hom berada di dalam rahmat Allah SWT.
Adib di Cairo macam biasa. Baik dan sejahtera.
Mama yang disayangi, Selamat menyambut Hari Lahir yang ke 45.
Adib rasa nak peluk mama. Alangkah bahagiannya jika mama berada di sisi Adib ketika ini. Terima kasih kerana mama telah mengandung dan melahirkan Adib. Terima kasih juga kerana telah mendidik Adib menjadi anak yang baik. Mama seorang ibu yang baik. Alangkah remuk hati seorang anak yang dibuang merata2 oleh ibunya sendiri. Dibuang bagai sampah yg tidak berguna di dalam tong sampah, di tepi masjid, di dalam tandas, di dalam sungai, di bawah pokok seperti yang banyak berlaku hati ini.Sedihkan.
Sebenarnya itulah antara tanda2 dunia akhir zaman, mama.
|
Alangkah bertuah dan beruntungnya Adib, Kak Aimi, Irah dan Aisyah kerana mempunyai ibu seperti mama. Sentiasa mengambil berat, mencurah kasih sayang tanpa henti, memberikan perhatian tanpa memilih kasih dan sanggup berkorban segala demi kebahagiaan dan kejayaan anak2nya.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Doa ibu membawa bahagia yang tiada bandingan dengan kata2.
Hati seorang anak sentiasa merindui mamanya. Walaupun kita sering berchit chat melalui ruang maya fb, Adib tetap menantikan peluk cium mama. Hangatnya pelukan mama sentiasa terimbau dalam fikiran Adib.
Adib tengok gambar meraikan birthday mama di rumah dalam fb mama. Alangkah seronoknya jika Adib ada bersama.
Abah ada bagi mama hadiah tak?
Selalunya abah dan Kak Aimi berpakat memberikan hadiah kan!
Jika abah tak bagi pun tak apa mama, jangan kecewa ya.
Sebenarnya kasih sayang dan kesetiaan abah pada mama adalah hadiah yang lebih berharga daripada segala2nya.
Yang penting mama dan abah sentiasa bahagia.
Dan itu jugalah yang menyebabkan anak2 mama turut merai kebahagiaannya. Bersyukurlah mama.
Sebab Adib pun ada kawan kat sini yang mak dan ayahnya sudah berpisah. Dia cemburu melihat kebahagiaan keluarga Adib. Dia teringin sekali merasai mak dan ayahnya gembira dan kembali hidup bersama seperti dulu.
Tetapi tak mungkin, katanya. Segalanya sudah musnah.
Dua kakak dan abangnya tinggal bersama ayahnya di Johor sementara dua adiknya menetap bersama ibu di KL. Dia selalu meluahkan perasaan dan bercerita tentang keluarganya kepada Adib.
Adib selalu berasa sangat bersyukur dengan kebahagiaan keluarga kita.
Adib tahu mama dan abah terlalu banyak berkorban untuk memastikan kebahagiaan keluarga kita berpanjangan.
Mama, pengajian Adib di sini berjalan seperti biasa. Sekarang masih lagi musim sejuk. Jika mama nak datang melawat Adib, bulan tiga nanti baru sesuai. Sekarang musim sejuk tak sesuai.
Ustaz Firdaus tidak lagi menjadi warden asrama kerana dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Jadi ada warden asrama yang baru. Adib sudah menghafaz sebanyak 13 juzuk. Sejak datang selepas bercuti baru2 ini, Adib sudah tambah dua juzuk lagi.
Mama doakan Adib supaya cepat habis menghafaz semua juzuk ya.
Mama, macam mana dengan business mama? Dah ok ke? Adib gembira bila mama bagi tahu, dah semakin baik business mama.
Mama cubalah bangun solat tahajjud jika mama tak penat.
Allah akan turun pada waktu satu pertiga malam dan akan datang kepada hambanya yang mengerjakan solat tahajjud.
Ketika itulah mama banyak2 berdoa kepada Allah SWT.
Pasti Dia maha mendengar rintihan dan rayuan hamba2Nya yang memohon dan meminta.
Bagus juga mama amalkan membaca doa Al Maathurat selepas solat Subuh dan Asar. Mama juga sentiasa amalkan membaca Surah Al Mulk ayat 526 supaya kita terlepas dari seksaan kubur. Dan Adib juga nak ingatkan satu benda....mama sentiasalah ingatkan mati kerana ia boleh mendekatkan kita kepada Allah SWT. Mama anggaplah solat yang akan mama lakukan itu sebagai solat yang terakhir sebelum kematian. Mama ajaklah abah dan adik2 sekali.
Moga2 kita benar2 menjadi hambaNya yang terpilih untuk menduduki syurga yang disediakan oleh Allah SWT.
Baiklah mama. Salam untuk abah ya. Adib akan emeil lagi kepada mama. Mama tak balas pun tak apa, cukuplah jika mama sentiasa mendoakan Adib di sini. Doakan juga untuk Kak Aimi, Irah dan Aisyah.
&&&&&&&&&&
Apa lagi yang mampu aku ungkapkan di sini...Menitis dan berderaian air mataku menatap setiap baris ucapan, pesanan dan doa anakku
Mohd Adib melewati emeil yang dihantarnya sempena
ucap selamat hari lahirku dua hari yang lalu.
Kerinduan makin terasa. Hajat dihati ingin segera menjenguk dan memeluknya di Cairo. Ya usianya baru 16 tahun. Aku tahu dia masih keanakan yang merindui peluk cium ibu.
Sabarlah Adib, mama akan pasti datang ke Cairo nanti. Mama juga sangat merindui Adib. Abah juga begitu.
Terima kasih atas doa, ucapan dan pesanan Adib untuk mama.
Terima kasih anakku.
Terima kasih Adib.
Kita jumpa lagi, insyaallah.
Salam kasih sayang dan peluk cium dari mama.
|
sedih pulak hanim baca email adib ni....kata2nya amat tersusun....indah bahasanya...
ReplyDelete