Bersama suami yang begitu kuat mendorong hidup selama 21 tahun melayari kehidupan bersama. Cakapnya tidak banyak. Tetapi dialah pendengar setia. Setiap luahanku didengarnya penuh teliti. Segala masalah pasti diungkap dengan penuh hikmah agar langkahku tidak tersasar dari cahaya Ilahi.
Segala perit hidup kami rasai bersama. Walaupun dia jarang bergelanggang di pentas, tetapi sebagai isteri yang telah 21 tahun hidup bersama, dialah sebenarnya yang menjulang ku sehingga ke puncak menara jaya.
Terima kasih atas segala kasih sayangmu.
Terima kasih atas segala pengertianmu.
Terima kasih atas segala kesetiaanmu.
Terima kasih atas segala kejujuraanmu.
Terima kasih atas segala pengorbananmu.
Melangkah usia ke angka 45 tahun dan meninggalkan kenangan angka 44 tahun, umpama memetik sekuntum mawar.
Harus berhati2 agar kelopak2nya yang cantik tidak tertanggal dan jari2 halus tidak tercucuk dek duri yang tajam. Selama 45 tahun berlalu, kenangan hidup pasti menyimpan pelbagai memori kehidupan. Kerana itu, tidak akan ku cemari atau merosakkanya saat memulakan tirai usia baru yang lebih matang.
Sebagai seorang wanita yang bergelar hamba, isteri, ibu, anak, pemimpin dan ahli masyarakat....aku mahu semangat seusia lalu terus mekar dan berkembang serta berakar umbi di dalam jiwaku.
Semangat kental mesti terus menyala biarpun usiaku terus bertambah.
Pengalaman walau sepahit mana sekalipun, tidak sekali2 aku biarkan terus tenggelam dengan perasaan, kerana setiap yang buruk pasti ada kebaikannya.Rahmat Allah pasti akan kita perolehi melalui setiap kesilapan dan kesalahan.
Hari ini ketika berada di puncak jaya, aku bernekad untuk terus mencipta kejayaan2 baru yang lebih besar dan bermakna.
Setiap kehidupan ini tidak sekali2 akan disia2kan.
Allah mengajar kita, aku dan seluruh hambanya untuk mensyukuri sesuatu kejadian.
Kerana itu aku tidak sekali2 melihat setiap masalah dan cabaran itu dengan fikiran negatif. Sabar, reda dan berhikmahlah dalam meneliti hidup agar hidup kita lebih sejahtera dan bermakna.
|
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.