Saturday, January 15, 2011

Berkongsi Rasa Meluah Bicara

      Assalamualikum wrbt,
Semoga kita terus diberi semangat dan kekuatan untuk menempuh kehidupan yang penuh warna warni ini.
Bersyukurlah kerana kita masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada Allah SWT.

Sudah lebih lapan tahun aku terlibat dalam perniagaan ini.
Alhamdulillah, syukurlah kerana terlalu besar perubahan hidup yang aku dan keluarga alami.
Bukan hanya dari segi pendapatan, kewangan, simpanan, corak gaya kehidupan, bertukar kerjaya, kediaman dan kenderaan, menikmati percutian keseluruh dunia, menikmati kepuasan daripada berusaha dan
kebebasan masa.
Kepuasan paling besar ialah apabila melihat rakan kongsi dan rakan2 warga AT 181 berjaya mengubah
kehidupan mereka.

Tetapi lebih daripada itu, aku merasai nikmat menjadi hamba yang mampu menghulurkan manfaat dan kebaikan kepada orang lain melalui anugerah pemberian Allah kepada ku selama ini.

Seingat aku, sejak mula aku terlibat dengan perniagaan ini, aku perlu bercakap setiap hari dengan orang lain.
Berkongsi peluang terbaik ini kepada sesiapa sahaja.
Dari sana aku mengasah potensi diri yang sekian lama terpendam sahaja. Meskipun kerjaya ku sebagai seorang pendidik sebelum itu juga memerlukan kepada bercakap dan membimbing, tetapi ruang lingkupnya sangat terbatas.

Tetapi bersama AT 181, potensi sebenar pada diri mampu aku gerakkan untuk memajukan diri sendiri dan kemudiannya mampu pula aku kongsikan, berikan, hulurkan dan manfaatkan kepada orang lain untuk sama2 memajukan diri mereka pula.

Sebaik2 manusia ialah yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain.

Apa lagi perniagaan ini memerlukan semangat dan momentum yang berterusan. Dengan konsep perniagaan yang mudah dan simple, semua orang boleh berjaya jika mereka tidak berhenti berusaha dan membina perniagaan ini. Sungguhpun business ini  mudah, tetapi tanpa semangat dan motivasi diri yang tinggi, ramai pula yang buat separuh jalan dan gagal bertahan dalam perniagaan ini.

Maka di sinilah, potensi diri kurniaan Allah dapat aku kongsikan dengan orang lain pula.
Tak lain dari menggunakan kepetahan berbicara, bercakap, memberikan semangat, memberikan motivasi, mengetengahkan idea dan pandangan, menghulurkan kreativiti, menjadikan diriku inspirasi supaya orang lain juga mampu mengikut jejak yang baik ini.
Setiap hari aku ulangi.
Ulang dan terus ulang melakukannya.

Dengan menggunakan ayat2 bermadah, kata2 puitis,
bunga2 bahasa, madah pujangga, pantun dan seloka, bidalan orang2 tua, contoh dan perumpamaan
yang diselang selikan dengan ilmu serta pengalaman sendiri membina perniagaan ini, maka aku ungkapkan ayat demi ayat, baris demi baris sehingga dua tiga jam bercakap pun, aku tidak sedar.

Jangan meminta untuk dipuja atau dipuji.
Mahukan nama atau pun glamour, maka leikhlasanlah yang mesti menjadi sandaranku ketika memberikan ucapan dan ceramah kepada warga Akademi Taipan seluruh Malaysia.
Jauhkan hati daripada merasa hebat atau pandai daripada orang lain.
Ataupun menunjuk pandai atau memandai2.
Jauh sekali dari berniat untuk mengajar orang lain.
Niatku hanya sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman.
Apabila segalanya diberi secara ikhlas, maka kejayaan yang dicari itu datang dengan nilai yang penuh makna.

Di mana2 saja aku hadir program bersama AT 181,
pasti aku akan diminta untuk menyampaikan ucapan.
Lagipun itu sahaja yang aku mampu berikan.
Kemahiran dan kepandaian lain aku tak ada.

Sebenarnya nampak mudah.
Semua orang boleh bercakap, boleh bersuara dan berkata2.
Tetapi untuk bercakap sejam dua jam supaya audiens
di hadapan,  faham dan mahu bertindak,
mendapat semangat dan momentum tidaklah semudah yang disangka.
Apalagi  apabila mahukan ucapan atau slot itu
akhirnya akan menyentuh hati dan sanubari,
sehingga menangis dan menitiskan air mata akibat  gegaran kepada emosi pendengar,
sesungguhnya ia bukanlah suatu hal yang mudah.
Tetapi syukurlah, skils itu hadir dan datang sedikit demi sedikit apabila aku melakukannya setiap hari.

Maka di sini aku paparkan beberapa keping gambar untuk dikongsikan dengan anda.
Bukan itu sahaja, malahan aku juga mahu berkongsi,
apakah sebenarnya yang berlaku sebelum aku bercakap dan selepas sesuatu slot aku sampaikan.

Di atas pentas, kesilapan mesti dikurangkan.
Keyakinan diri ketika memagang microfon sangatlah penting. Selalunya audiens dengan cepat boleh membaca keyakinan diri kita sebagai penceramah.
Audiens juga dengan cepat boleh mengetahui sama ada
kita bersedia ataupun tidak untuk menyampaikan ucapan.
Ayat yang pertama keluar daripada bibir akan memberikan kesan pertama kepadaku yang berdiri di pentas.

Gugup dan gagap mesti dielakkan.
Untuk menarik minat audies, nada dan intonasiku mestilah mampu menarik minat pendengar.
Jauhi daripada nada yang sama.
Suara yang lantang, jelas dan tinggi rendahnya mampu
memberikan kesan yang berbeza kepada ucapan yang disampaikan.

Untuk mengelakkan audiens merasa mengantuk, tertidur, bosan, kaku atau keluh kesah,
maka aku mesti bijak dan berusaha mewujudkan unsur humor  tetapi realistik ketika beraksi di pentas.
Berdiri di pentas, tidak boleh setempat.
Sebaik2nya berjalan dan bergerak supaya mata penonton akan mengekori kita.

Persediaan sebelum menyampaikan ucapan atau slot ceramah di dalam majlis rasmi seperti seminar atau bengkel adalah berbeza jika dibandingkan dalam majlis tidak rasmi seperti business talk dan meeting biasa.
Alat bantu seperti tayangan video, slaid, gambar
atau kertas kerja juga membantu sesuatu ceramah.

Dan selalunya aku sendiri mampu menilai sama ada ucapanku 'sedap atau tidak sedap' selepas aku berucap biarpun bukan aku yang mendengar.
Kepuasan berucap sangat penting kepada penceramah sendiri. Aku dapat merasakan tahap kepuasan yang berbeza setiap kali aku selesai menyampaikan ucapan.
              
Persediaan tajuk, isi dan sasaran sangat penting untuk mendapatkan
hasil ceramah yang berkesan.
Kepuasan dan matlamat kepada pendengar mestilah diutamakan. Adakalanya dua minggu sebelum seminar,
aku dah berfikir tentang isi dan persediaannya.
Aku juga mesti rajin mencari bahan2 baru, gambar2 yang boleh dikaitkan dengan tajuk, fakta2 yang tepat atau dapatan2 terkini untuk disampaikan supaya isi dan penyampaiannya tidak berulang kepada
perkara yang sama.

Oleh itu aku sendiri mesti rajin membaca,
melayari internet dan merujuk majalah.
Jika aku tak rajin membaca dan menelaah,
aku agak kaku dalam ucapanku.
Bukan senang!!!
Aku tahu, audiens mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Maka memenuhi harapan dan hasrat audiens adalah perkara yang paling utama yang mesti aku fikirkan setiap kali menyampaikan ucapanku.
Nampak senang tetapi bukan semudah menyebut 1, 2 dan 3.

Walaupun setiap hari melakukan perkara yang sama...bercakap dan berucap saban waktu tetapi aku juga manusia biasa.
Ada waktunya berdebar2 juga.
Ada kalanya berpeluh sampai ke kaki.
Ada masanya sejuk dingin hingga ke tulang hitam.
Malahan ada juga terketar2 hingga menggigit jari.
Tetapi hanya aku yang tahu perasaan ketika itu.
Orang lain nampak aku cool aje.
"CDM Faridah, hari ini saya bawa dua orang prospek baru.
CDM bercakap tak nanti? Tolonglah CDM, buat closing bagi ucapan kaw kaw atas pentas nanti supaya prospek saya terpaku dan mereka akan teruja untuk bersama dan join perniagaan ini. Boleh ya CDM!"

Itu antara dialog yang selalu aku dengar daripada warga AT 181.
Aku faham tentang harapan mereka.
Aku juga sangat faham, bahawa bukan senang nak membawa prospek menghadiri meeting.
Aku juga mengerti begitu besar sekali harapan rakan kongsi
di AT 181 terhadap aku.
Paling penting ialah pendengar mesti mendapat ilmu,
semangat dan motivasi untuk memajukan diri mereka
selepas mendengar slot ucapanku.
Tak guna aku bercakap kalau business tak naik.
Tak guna aku berceramah jika mereka tidak mendapat ilmu.
Seminar NDS di Ridel Hotel Kota Bharu pada
24 Disember 2010 yang baru lalu.
Selalunya di dalam seminar atau bengkel bersama AT 181, slot untuk ku adalah slot yang terakhir sekali.
Mereka mahu supaya terbakar rentung dengan
kata semangat yang berapi2.
Sekali lagi...nampak senang tetapi bagi aku yang bercakap...
ia bukan sesenang yang disangka.
Selalunya dalam seminar besar, jika slot aku akan berlangsung keesokan harinya, maka aku tak tidur pada malam. Dzul pun terlibat sama.
Pada malam sebelumnya, aku mesti memastikan....
Slaid berjalan sempurna.
Tayangan video mesti lancar.
Gambar dan imej yang bersesuaian dengan tajuk.
Lagu iringan yang sesuai  dengan tajuk dan topik.
Contoh dan unsur humor yang sepadan dengan sasaran audiens.

Dan malam itu jugalah aku mesti membuat persediaan akhir
untuk memastikan supaya,,,,
Aku tidak batuk atau sakit tekak.
Aku tidak serak atau hilang suara.
Aku tidak demam atau kepenatan.
Aku tetap bertenaga bertahan di pentas untuk satu atau dua jam.
Tema baju pula mestilah yang sesuai dengan majlis atau
program yang dianjurkan.

Pernah juga aku seperti hilang fokus ketika di depan peserta seminar.
Terkadang kerana hal yang tiba2 datang mengganggu di saat sebelum naik ke pentas. Contohnya panggilan menyatakan anak sakit di rumah.
Bagaimanapun pengalaman membolehkan aku mengawal diri
dan kembali mendapat rentak.
Audiens ku datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya tetapi matlamat mereka sama sahaja iaitu
untuk berjaya dalam perniagaan ini
bersama AT 181.
Oleh itu slot ucapan, isi dan pengisian serta contohnya mesti aku pelbagaikan supaya sesuai dengan peserta.
Pada usia 45 tahun kini...Syukurlah.

Selama 15 tahun bercakap di hadapan anak2 didik ketika aku
bertugas sebagai pendidik.
Matlamat bercakap ketika itu ialah...." jadilah pelajar yang baik, anak yang baik, hormatilah ibu bapa dan orang tua kita, belajarlah bersungguh2 supaya berjaya dalam pelajaran, masuk universiti dan berbaktilah kepada keluarga dan negara".

Selama lebih lapan tahun bersama perniagaan ini, aku masih meneruskan tugaskan berdasarkan kurniaan Allah kepadaku. Sekarang audiens ku ialah orang dewasa yang mahu mengubah hidup dan berjaya dalam perniagaan global network ini.

Matlamat bercakap ketika ini ialah..."jadilah indipendent distributor, jadilah usahawan yang hebat, pemimpin yang cemerlang, nekadlah untuk mengubah kehidupan, mesti menjadi Crown Diamond Manager dan  binalah empayar perniagaan anda sendiri".

"Beranilah untuk bertindak, berjuanglah menempuh ujian dan cabaran, jangan takut kepada kegagalan, bangkitlah menempa kejayaan dan kehebatan untuk diri anda sendiri."

" Jujurlah kepada rakan kongsi kita, ikhlas membantu mereka, carilah kesenangan di dunia dan jangan sekali2 lupa bahagian kita di akhirat sana."

Pengalaman menjadi ahli panel jemputan dalam
satu seminar bertemakan
Wanita,,,Kecantikan, Kerjaya Dan Personaliti
di Kota Bharu Kelantan tidak lama dulu.
Satu pengalaman baru yang aku kongsikan dengan masyarakat di luar daripada AT 181. Aku bercita2 untuk berkongsi ilmu dan pengalaman ini dengan masyarakat yang lebih luas.
Bukan hanya terhad hanya dengan warga AT 181.
Beberapa kali pernah berlaku...aku demam selsema, demam panas, batuk yang teruk pada masa dua atau tiga jam sebelum
sampai giliran aku bercakap.
Mungkin kerana tak cukup rehat.
Tiada pilihan...jika program berlangsung di KL,
aku sempat berjumpa
Doktor Pakar, Dr Ting untuk mendapat rawatan terbaik supaya
aku segera pulih supaya aku dapat menyampaikan
ceramahku seperti biasa. Alhamdulillah, selalunya berjalan dengan baik selepas mendapat rawatan segera yang terbaik.

Ketika berpangkat SM lebih lapan tahun dahulu, aku sudah mula bercakap di hadapan audiens.Mulanya berpeluh juga, tetapi aku tidak mahu tewas dengan perasaan gemuruh, gementar dan gugup.
Aku mesti lawan semua perasaan itu.
Setiap hari aku berlatih di hadapan cermin.

Mula dijemput menjadi speaker pada Majlis Anugerah SM SSM anjuran syarikat ketika aku berpangkat DSM pada awal 2004.
Dan beberapa kali menjadi speaker pada Majlis Makan Malam dan Anugerah pada tahun 2005, 2006 dan 2007 ketika menjadi CDM.
Semuanya menjadi pengalaman yang cukup baik untuk diriku.
Bukan hanya sebelum bercakap, selepas aku selesai
menyampaikan slot ucapan ku dalam seminar atau bengkel,
juga ada perkara yang boleh aku kongsikan.

Jika  matlamat tercapai, peserta excited dan terbakar serta bersemangat yang membara dan menyala selepas ceramahku,
selalunya aku sendiri akan termotivasi.
Apa yang berlaku...aku sendiri tak boleh tidur sehari atau
dua hari selepas itu.

Sebaliknya, jika aku merasakan slot yang aku sampaikan gagal mencapai matlamat dan sasarannya,
apa yang berlaku....aku juga tak lena tidur, sedikit kecewa
dan terasa sangat keletihan.
Perasaan tidak puas hati menyelinap dalam diri untuk
dua tiga hari selepas itu apa lagi jika pesertanya ramai
hingga mencecah lima ratus orang.

Dan selalunya...aku akan membuat 'post mortem' dan menganalisis dengan suami kenapa berlaku demikian.
Pengalaman lebih lapan tahun berceramah, bercakap dan berucap
di hadapan audiens memberikan pengalaman menarik
yang mewarnai liku2 perjuangan dalam aku membina
kejayaan dalam perniagaan ini.

Aku gembira dan seronok dengan apa yang mampu aku berikan.
Aku juga sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik
selagi diperlukan oleh warga AT 181.
Tetapi aku akan segera berhenti berucap di khalayak ramai sebaik sahaja aku mendapat singnal
bahawa kata2 dan ucapanku tidak lagi diperlukan.
Kemampuan untuk mewujudkan unsur humor ketik berucap
sangat penting untuk mengelakkan kebosanan audiens.
Tetapi ia bukan mudah.
Biasanya secara spontan sahaja.
Selalunya pengalaman sendiri, cerita2 sebenar dan
titipan2 peribadi yang aku selitkan.
Aku juga mencampurkannya dengan cerita2 pendek yang aku dapati daripada pembacaanku.
Sebab itu, aku mesti banyak membaca dan menelaah.
Serius, santai, humor dan bersemangat selalunya aku
campur gaulkan di dalam setiap slot ceramah ku selama
satu atau dua jam.
Pernah juga bercakap tak berhenti selama empat jam.
Semasa bercakap, memang tak terasa penatnya.
Mungkin kerana sedang bersemangat.
Tetapi selepas bercakap, aku terasa cukup lesu.
Rehat yang secukupnya mesti aku dapatkan untuk mendapat tenaga semula kerana ucapan yang lain pula sedia menanti
pada hari2 berikutnya.
Kebolehan bercakap, kemampuan berpidato dan kepetahan berbicara bukanlah bakat yang terjadi sendiri.
Ia adalah bakat terpendam yang mesti dikeluarkan dan dicungkil untuk diasah, digilap dan dibimbing supaya bersinar.
Seawal usia dua tahun kita telah belajar bercakap.
Tetapi ramai yang tidak menyedari potensi mereka sebenar kerana perasaan malu dan tidak yakin kepada diri sendiri.

Gunakanlah anugerah itu untuk mengeluarkan potensi diri anda yang sebenar. Kita akan menjadi jauh lebih hebat apabila kita mampu menggunakan potensi ini.
Belajarlah.
Tiada yang mustahil.


Harimau mati meninggalkan belang.
Negarawan mati meninggalkan jasa.
Manusia mati meninggalkan nama.

Pada ku, biarlah selepas aku mati nanti, ia mampu meninggalkan kekentalan semangat, kekuatan jiwa dan kemantapan diri sebagai bekal untuk mereka menempuh kehidupan yang lebih baik.
Aku juga berharap agar ia mampu menjadi benteng ketahanan mental dan fizikal untuk mereka berhadapan dengan segala
ujian dan cabaran getir yang sedia menanti mereka dalam
liku2 perjalanan menuju ke mercu jaya bersama
Akademi Taipan 181.

Salam perjuangan.
Salam kejayaan.
Salam kemenangan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.