Salam.
Sejahtera hendaknya.
Bahagia sentiasa.
Jika ada masalahpun bahagia juga.
Masih pagi lagi.
Sebelum keluar mencari rezeki disarankan agar mengerjakan solat Duha.
Antara jam 8 pagi hingga jam 11 pagi, waktu yang sesuai.
Sama ada kita di ofis, di tempat kerja, di sekolah, di kilang atau masih di rumah...
carilah ruang untuk mengerjakannya.
Sebentar je. Bukan lama pun.
Dua rakaat boleh.
Empat rakaat dua kali salam pun boleh.
Jika rajin, boleh buat enam, lapan atau sampai 10 rakaat.
Tak kisah banyak atau sedikit.
Lebih penting lagi ialah berterusan atau disebut juga istiqamah.
Ia pembuka pintu rezeki.
Rezeki menjadi mudah.
Rezeki menjadi banyak.
Rezeki menjadi melimpah ruah.
Rezeki datang dari sumber yang tidak disangka2.
Buat sedikit dapatnya banyak. berganda2.
Bacalah doanya selepas Solat Duha.
Begitu indah maknanya.
Begitu mendalam ertinya.
Begitu luas pemberianNya.
Begitu besar kurniaan dan anugerahNya.
Makna doanya...
"Ya Allah, bahawasanya waktu duhaMu,
kecantikan itu kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu,
perlindungan itu perlindunganMu.
Telah Kau sempurnakan nikmat dan kurniaanMu.
Dalam titipan kudrat kami mencari rezekuMu,
Andainya rezekiMu di langit Kau turunkanlah,
Andai rezekiMu di dalam bumi Kau keluarkanlah,
Andai rezekiMu di laut Kau timbulkanlah,
Andai rezekiMu jauh Kau dekatkanlah,
Andai rezekiMu dekat Kau sampaikanlah,
Andai rezeki itu sedikit Ku perbanyakkanlah,
Andainya rezeki itu sedikit sekalipun, Kau berkatilah ia.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha pemurah menyempurnakan anugerahMu kepada hambaMu yang soleh."
&&&&&&&&&&&&
Allah itu Maha Kaya.
Dia mampu memberi kekayaan kepada sesiapa saja.
Ia mampu mengkayakan sesiapa yang Dia mahu.
Dia memberikan kekayaan tanpa Dia berkurang apa2.
Mintalah kekayaan daripadaNya.
Mintalah rezeki dengan pemberi rezeki.
Mintalah kekayaan daripada yang Maha Kaya.
Mintalah dimurahkan rezeki daripada yang Maha Pemurah.
Mintalah perhatian daripada yang Maha Mendengar.
Mintalah kasih sayang daripada yang Maha Penyayang.
Mintalah perlindungan daripada yang Maha Gagah Perkasa.
Mintalah kemuliaan daripada yang Maha Mulia.
Mintalah ketinggian darjat daripada yang Maha Agung.
Jangan takut untuk meminta daripadaNya.
Dia memang nak beri pada kita.
Dia memang mahu kita Kaya.
Dia mahu mencurahkan kasih sayangnya.
Dia mahu kita menjadi hebat.
Kerana kita memang dicipta untuk kaya, untuk hebat dan untuk berjaya.
Insyaallah, marilah sama2 kita jadikan amalan
Solat Duha dan doa duha ini setiap hari sebelum kita keluar mencari rezeki.
Semoga hidup kita lebih diberkati.
Bahagia di sini dan di sana jua.
Kita mencari bekalan sebanyak2nya untuk
kekayaan di sini dan kekayaan di akhirat jua.
Kita melabur dalam saham di sini dan di akhirat sana.
Kita membina rumah besar di dunia untuk kehidupan kita dan
kita membina rumah yang lebih cantik untuk kehidupan selepas mati kita.
Salam kebahagiaan.
Berjumpa lagi. |
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.