Salam, bertemu lagi. Pagi Isnin yang membahagiakan hendaknya. Tiga hari tidak menulis catatan baru di ruangan blog ini. Tidak berkesempatan. Jadual ku penuh.
Hari Jumaat hari tu aku ada banyak appoiment sampai malam.
Hari Sabtu pula, seawal jam empat pagi aku dah bertolak ke Gua Musang Kelantan, untuk membantu mengendalaikan Seminar Nur Wanita 'Wanita Cantik, Wanita Sihat'. Habis je seminar, aku terus bertolak pulang ke KL. Sampai di rumah jam 9 malam, ada tetamu pula sampai. Lepas itu terus pengsan. Kepenatan.
Semalam, Ahad pula, pagi2 aku bangun masak untuk keluarga. Maklum hari Ahad, semua ada di rumah. Aimi pun bercuti dari ITM. Selepas bersarapan, aku terus ke TTC 1 USJ 9 untuk kelas. Kelas mingguan untuk mereka yang mahu berjaya. Mahu mengubah kehidupan.
Selepas habis kelas di USJ itu, aku terus ke Melaka untuk memberikan sokongan kepada Taipan selatan. Sepanjang jalan ke Melaka hujan turun tidak berhenti. Tak ramai yang hadir di Melaka. Mungkin kerana kesejukan dan ramai yang selesa untuk berpeluk tubuh di rumah. CDM Syed Huzair pula terperangkap dalam banjir di Felda Pemanis Johor.
Yang hadir walaupun tidak ramai, tetap bersemangat. Turut bersama ialah CDM Kamaruddin, CDM Khazir, CDM Jalilah, CDM Aidil, CDM Hamaka, DDM Norkamisah, DDM Jef Rosli dan lain2. Inilah ruang untuk yang mahu berjaya. Tidak pernah memberikan alasan.
Perjalanan pulang dari Melaka, tak boleh laju. Hujan turun tidak berhenti. Jam 9.15 malam baru aku sampai. Duduk sekejap, CDM Kepten Jai dan CDM Haryati serta anak2 sampai ke rumah. Mereka menghantar Aisyah yang dibawa berjalan bersama2 Dania dan Sofia. Asalnya Aisyah nak ikut kami ke Melaka tapi ubah plan bila berjumpa Sofia dan Dania.
Rezeki, kami menjamu buah durian dan tea O panas. sedap...Syukurlah.
Keadaan dan suasana semasa di Mesir sedikit mengganggu ketenteraman ku. Hubungan dengan anak ku MOHD ADIB yang berada di Cairo langsung terputus. Selalunya aku sering berchit chat dengan Adib melalui FB dan emeil. Tetapi sejak Jumaat lagi, langsung tak dapat dihubungi. Hati keibuanku sangat bimbang. Menelefon ke sana sini untuk menyenangkan hati sendiri. Andainya ada cara, ingin segera dibawa pulang ke Malaysia. Yang paling merisaukan, tak tahu langsung perkembangan terkini. Dengarnya stok makanan langsung tak ada. Nak membeli pula tak ada duit kerana bank semua ditutup. Mengikut berita dari Wisma Putra, keadaan agak terkawal tetapi apa yang ku lihat di kaca TV, keadaan agak kitikal dan semakin cemas. Apa lagi yang mampu aku lakukan kecuali melakukan solat hajat dan berdoa untuk anakku dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Cairo terutamanya.
Apapun, hidup mesti diteruskan. Matlamat mesti dilaksanakan. Impian mesti dicapai. Azam mesti dibuktikan. Hari ini aku dah berjanji dengan DSM Ku Ani untuk membantunya. Ada dua temujanji dengannya dan satu lagi dengan kaki baru. Insyaallah harapan ku agar ada perkembangan yang positif.
Syukurlah, selepas seminar Fight To CDM Seminar baru2 ini, aku tak menang tangan membantu dan bergerak dengan rakan kongsi. Aku dengar pun, semua CDM penuh jadual. Baguslah. Ini suatu perkembangan yang sangat baik. Inilah yang kita mahu. Apapun seminar yang kita buat, mesti matlamatnya untuk naikkan berniaga. Kemahuan untuk berjaya mesti datang dari diri sendiri. Akademi Taipan 181 cuma membantu mewujudkan suasana berniaga, memberi bimbingan, ilmu dan sokongan sahaja. Selebihnya mesti datang dari diri sendiri.
Jadual ku sepanjang bulan Februari pun dah penuh sampai hujung bulan.
Malam ni ada kelas How To Start kepada SM SSM baru di TTC 1, USJ 9.
Khamis ni 3 Februari,aku ke Alor Star untuk membantu menegendalikan Seminar Nur Wanita.
Jumaat 4 Februari aku ke K Kinabalu Sabah untuk membuat slot pengukuhan di KK.
Sabtu 5 februari, dari KK aku bersama CDM Kuyah akan bertolak ke Sandakan seawal jam 7 pagi. Sebelah malamnya aku terus berangkat pulang ke KL dari Sandakan.
Jumaat 11 Februari, aku ke Tanah Merah untuk Seminar Nur Wanita dengan Taipan Kelantan.
Dari Tanah Merah, aku terus bertolak ke Penang untuk NDS yang akan diadakan pada Sabtu 12 februari di Safira Club Seberang Jaya.
Pada 13 Februari pula, aku akan ke Tanjung Karang sebelah pagi dan petangnya di Melaka untuk memberikan sokongan kepada Taipan selatan.
Pada 19 Februari, aku telah mendaftarkan diri untuk menghadiri Seminar Penulisan Kali Kedua. Ini impian aku dalam usaha untuk menjadi penulis. Banyak ilmu baru yang ku perolehi. Insyaallah aku telah bermula. Tiada yag terlewat.
26 februari pun dah ada jadual. Penuh.
Ya bekerjalah selagi kita berdaya dan sihat. Jangan pula lalai dan leka dengan kerja. Bersedialah juga untuk mengadap Ilahi pada bila2 masa. Setiap hari sebanyak 70 kali malaikat maut datang menjenguk. Alangkah takutnya untuk mengadap Ilahi tanpa bekalan ke sana. Kelas mengaji berjalan macam biasa. Banyakkan bersolat hajat dan duha. Semoga semua usaha kita menjadi amalan baik yang berpanjangan ganjaran kebaikannya.
Insyaallah, kita jumpa lagi. Salam kebahagiaan untuk anda juga.
tahniah mentorku..tiada jalan pintas untuk berjaya
ReplyDelete