"Dia kena masuk wad, telinganya dijangkiti bakteria." Ha? Terlopong mulut Aisyah dan Irah termasuk aku sekali apabila Dr Chin memaklumkan Tuah kena masuk hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.Menurut pakar haiwan dari Pet Medical Centre itu, jika tidak dirawat, telinganya akan terus sakit akibat serangan bakteria, bulunya akan luruh dan merbahaya kepada manusia yang mendekatinya. Tuah mesti dibius terlebih dahulu sebelum dirawat. Suntikan vaksin akan diberikan selepas Tuah dibius. Pada hari kedua, ubat yang lebih kuat akan diberikan dan ini memerlukan Tuah dirawat dengan rapi. Keadaan ini memungkinkan Tuah dirawat di hospital dalam masa dua atau tiga hari sebelum dibenarkan pulang. Alamak...kesian pada Tuah. Kena masuk wad la pulak. Tak dapatlah nak bermain dengan Tuah dua tiga hari ini. Aisyah dan Irah begitu bimbang sekali takut Tuah mati. Tetapi mereka dipujuk oleh DR Chin yang merawat Tuah. Baru lega sedikit perasaan mereka. |
Monday, January 10, 2011
Tuah Masuk Hospital
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.