Friday, January 7, 2011

Luar Biasa

Salam sejahtera,
Salam kebahagiaan
Salam luar biasa
Malam tadi kelas berjalan seperti biasa di TTC 2 dan TTC 3 di USJ 9
Alhamdulillah, di TTC 3 ramai orang baru, dalam 20 orang.
Banyak yang berjaya closing malam tadi.
Ramai CDM dan DDM yang turut berada di TTC 3 untuk memberikan sokongan kepada orang baru. Juga untuk mewujudkan suasana berniaga.
Terima kasih semua.
Suasana kembali hangat.
Suasana kembali meriah.
Harap lebih hangat dan meriah selepas ini.

Di TTC 2 pun ramai, sampai ke belakang walaupun tidak melimpah ruah macam dulu. Aku yang bagi slot pengukuhan kali ini. Bukan menunjukkan hebat, jauh sekali menunjuk pandai atau memandai2, tidak juga berniat untuk mengajar, hanya mahu berkongsi pengalaman sahaja.
Tahniah, mereka terus bertahan.
Tahniah kerana terus setia.
Selepas berjumpa rakan kongsi, aku terus pulang.
Jam 12.45 baru sampai rumah.
Selepas solat isyak, aku buka laptop  untuk update blog,  kemudian baru tidur.. Hari ini aku akan ke Alor Star.
Aku sudah berjanji dengan CDM Hasmidar dan CDM Mariam untuk menghadiri meeting di sana.
Tahniah kepada CDM2 Utara yang terus bekerja sebagai satu team untuk menghasilkan kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini.

Pagi ni macam biasa sebelum jam enam aku dah bangun. Sempat berjemaah solat subuh di masjid bandar Kinrara.
Balik, aku terus bersiap untuk ke utara.
Selepas bersarapan di rumah dengan anak2, kami menghantar anak dulu. Ini sudah menjadi rutin baru sejak sekolah dibuka.


Mereka belajar di IISKD...Integrated Islamic School Kota Damansara, jaraknya dari rumah 40KM.
Syahirah di tingkatan 1 dan Aisyah darjah tiga.
Dulu mereka belajar di At Tamimi Islamic International School di USJ 25.
Tahun ni Irah naik sekolah menengah. Aku meninjau banyak sekolah sebelum mengambil keputusan untuk ke IISKD.
Buat business ini untuk masa depan anak2.
Aku mahu anak2 mendapat pendidikan terbaik.
Itulah sekolah yg terbaik pada perkiraan aku suami isteri.

Tetapi tidak ada yang percuma.
Naik haji dengan pakej semahal RM120 ribu untuk yg terbaik. Ramai juga orang kita yang mengambilnya.
Sama juga, aku bayar cukup tinggi untuk dua orang anak yang belajar di IISKD. Hari pertama...aku habiskan jumlah yang besar untuk 2 orang anak....
1. Pendaftaran termasuk deposit, insuran dll....RM7190
2. Yuran bulan Januari(2 orang).... RM1825
3. Buku dan uniform(2 orang).... RM840
4. Transport untuk pulang saja... RM800
5. Total.... RM10 655.

Wah, nak masuk universiti pun tak habis sebanyak itu.
Aimi anak sulungku  yang kat UITM Melaka, nak masuk dulu habis tak sampaipun RM600.
Adib anak kedua pula,waktu  nak ke Egipt dulu pun kami habis sekitar RM7 ribu waktu pemergian pertama.

Tetapi aku rasa sangat berpuas hati dengan apa yang anak2
dapat sepanjang 3 tahun mereka di At Tamimi sebelum ini.
satu kelas hanya antara 7 hingga 15 orang sahaja.
Aircond sepenuhnya. Balik sekolah tak adalah bau hangit badan mereka.
Makannya tiga kali sehari. Tak payah bawa duit pun tak apa.

Solatnya tak perlu disuruh2. Bila aku ada di rumah, kami selalu diajak berjemaah. Anak yang ajak mama dan abah berjemaah. Jika subuh, mereka yang sering mengejutkan kami. Kan bagus tu!
Mengaji dan hafazannya mainan di bibir.
Minat terhadap Al Quran ditanam dengan mendalam.
Solat Duha dah menjadi amalan harian.
Puasa sunat digalakkan setiap Isnin dan khamis.
Aktiviti qiamullail diwajibkan sebulan sekali.
Bahasa Inggerisnya lancar dan makin mantap kerana sepenuhnya digunakan di sekolah.
Silibusnya dari Singapore. Jauh lebih advance.
Sekolah menengahnya pula menggunakan O Level.
Hingga tingkatan empat sahaja. Tiada PMR atau SPM.
Dari tingkatan satu terus diterapkan subjek Sains seperti biologi, fizik, kimia, matematik tambahan dan lain2.
Aktiviti kokurikulumnya ialah karate, memanah, berenang dan berkuda.
Setahun sekali ada kem ibadah dan kem bahasa Arab di Yaman. Itu pilihan bagi yang mahu.

Semuanya memerlukan wang untuk mendapatkan yang terbaik.
Maka kita juga mesti ber Wang.
Tak kan mungkin aku mampu memberikan pelaburan baik untuk pendidikan anak2 andainya aku sendiri secukup hidup.
Dari mana segala yang ku perolehi ini.
Tiada lain jawapannya. Inilah hasil selama lebih lapan tahun membina perniagaan ini bersama AT 181.

Aku tahu kehidupan biasa akan memberikan yang biasa2.
Tindakan biasa akan memberikan hasil yang biasa2 juga.
Kerja biasa akan memberi gaji yang biasa.
Kenapa pula kita nak pilih yang biasa andainya kita boleh mendapat yang luar biasa?
Kenapa kita nak pilih wang yang sedikit andainya kita boleh mendapat wang yang banyak?
Kenapa kita nak pilih kereta kecil yang serba tak selesa andainya kita boleh mendapat kereta yang jauh lebih selesa?
Kenapa kita mahu kekal di rumah biasa andainya kita boleh memilih berpindah ke rumah kediaman yang jauh lebih sempurna?
Kenapa kita mahu terus jadi katak bawah tempurung andainya kita diberi peluang untuk membuka mata berjalan seluruh dunia secara percuma?
Kenap kita mahu memilih untuk berjalan andainya kita boleh memilih untuk berlari?
Kenapa kita mahu memilih untuk menaiki bas ekspress yang sering terbalik andainya kita boleh memilih untuk menaiki pesawat laju?

Luar biasa!!!
Inilah nikmat  mendapat hasil yang luar biasa andainya anda sanggup dan bersedia untuk melakukan perkara yang sedikit luar biasa.
Bertindaklah secara luar biasa andainya anda mahu mendapat hasil yang luar biasa.

Wah! sedar tak sedar kereta kami sudah melepasi hentian rehat Sungai Perak. Luar biasa...pecutlah. Jangan terkedek2 jika mahu sampai cepat.
Inilah bezanya bila naik kereta yang luar biasa berbanding kereta kecil. Nak pecut pun tak boleh. Nanti bergegar segala2nya.
Dulu akupun berkereta kecil yang tak boleh pecut tu...Iswara. Tapi yang luar biasa aku perolehi bila aku sanggup buat yang luar biasa.

Aku mohon maaf. Tidak pula terniat nak memperlekehkan anda yang berkereta kancil atau iswara. Atau merendah2kan sekolah kebangsaan dan menengah biasa. Akupun belajar di sana. Akupun berjaya kerana bersekolah di sekolah itu.
Belajarlah untuk mengakui realiti kehidupan sebenar kita.Bahawa jika kita tidak ber wang, hidup kita bukan setakat biasa2, tetapi langsung kita tidak mampu untuk menikmati nikmat hidup yang sebenar.

Eh! dah sampai hentian rehat Bukit Gantang. Berhenti di sini dulu. Dzul nak minum dulu!!!! Lepas Jumaat kami ada demo di Kota Sarang Semut. Petang nak berjumpa beberapa orang rakan kongsi. Malam ni habis meeting, kami terus pulang ke KL. Mungkin subuh esok sampai di rumah. jam 9.30 pagi esok, kami ada Majlis Oreintasi Untuk Ibu Bapa di IISKD...wah! tengok ada orientasi lagi.
Nakkan anak cemerlang, ibu dan bapa kena cemerlang dulu.
Jumpa lagi.



.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.