Friday, August 26, 2011

Kelab Darul Ehsan...KDE

Aku mulai kenal KDE sejak tahun 1998 ketika bergiat cergas
dalam Amway.
Banyak seminar, bengkel dan meeting yg diadakan di KDE.

Dan sejak itulah aku jatuh cinta dgn restoran Duyong di KDE,
terutama buffet Ramadannya.
memang best.
Banyak menunya, paling penting service dan sedapnya.
harganya berpatutan. nak parking senang, suraunya selesa.
Untuk dewasa RM50 jika berkupon. Jika tak beli kupon RM55 utk dewasa dan RM33 untuk kanak2.
maka setiap tahunlah kami sekeluarga akan mengambil peluang
berbuka di sana sekurang2 sekali utk sepanjang Ramadan itu.

Petang semalam aku ke sana lagi bersama anak2.
Tradisi dgn citarasa desa.
Ada lebih kurang 120 jenis menu makanan.
Macam2 menu dgn hidangan yg sangat menyelerakan.
Sedap dan puas hati.
Kambing bakar pun ada.
Kiosk2 makanan dgn pelbagai menu di susun sepanjang ruang.
Nak kena booking sehari lebih awal, kalau tidak melepas.
Apa lagi kalau hujung minggu.

Dari pandangan parking kereta.
ku lihat tambahan ruang makan, canopy yg dibina bersebelahan
swimming pool untuk menampung permintaan yg terlalu hangat
untuk buffet Ramadan KDE.
tahun lepas tak ada canopy ni.

Kami singgah bersolat asar di masjid kuning Kota Damansara
utk mengambil Irah.
Prgram iktikafnya tamat Sabtu ni,
tetapi dah merengek2 minta balik. huwaaa..."nak balik dah mama, datanglah ambik Irah".
"Manjanya mengada2 lebih"....kata Adib
lepas tu  kami terus ke Ampang untuk berbuka di KDE.
Kami tiba masih awal untuk mengelakkan jem.
Jam 6.20 ptg dah sampai.
Org masih tak ramai
Tetapi sambutannya cukup terasa, terlalu besar ruang makan
sedang menanti pengunjung tiba.
Ini ruang makan asal.
Semua bersedia menanti ketibaan pengunjung yg mahu berbuka di sini.
Kami di ruang kedua, luas dan besar. selesa.

Anak2ku memang takkan melepaskan peluang...mesti minta nak datang
berbuka kat KDE. pandailah kau orang ni memujuk rayu mama dan abah.
Ttpi memang ya, sekali datang pasti jatuh cinta.
Itulah yg kami rasa dgn KDE.
Tak ralat datang.

Ada 120 menu.
Tak larat nak makan.
Jika nak rasa semua, pantangnya jgn minum dulu.
makan je, last sekali baru ambik teh panasnya, syrapnya, jus, ABC,
air cendol, aiskrim dan lain2.
Besarnya ruang tambahan...bersebelahan swimming pool.
Ramai org datang, kebanyakan bekeluarga.
Ada juga syarikat2 yang bawa stafnya berbuka di sini.
semalam pun ada beberapa group dr beberapa company berbuka.

ku nampak beberapa artis ada bersama, tapi segan pulak nak snap gambar.
He he he...mahu tapi malu. Ada Linda Jasmin dan suaminya Que Haidar,
Wardina serta anak2nya dan ND Lala dan keluarganya.

Ini pula ruang yg dipasang canopy, juga bersebelahan swimming pool.
Aku tengok makin ramai pengunjung yg datang berbuka
di KDE berbanding tahun
lalu. sampai tak cukup ruang.
En suami...sentiasa berselera.
Apa lagi menu kegemarannya...ada
kambing panggang yg dingap dulu.
lepas tu tambah lagi dan lagi.
Sampai puas, tengok tu....tak hangkkat muka mengadap kambing panggang.
Berenti solat jap, lepas tu sambung lagi.
Nasi jgn ambik banyak...kalau tidak perut cepat sendat.
berpada2 walaupun banyak menu.
tetapi macam2 pilihan lauk dan kuih muihnya.
Soto nasi impit, soto meehoon, ayam, lontong, mee rebus,
mee kari, mee goreng mamak, meehoon, kuey teow,
satay daging dan ayam, nasi himpit, martabak, roti canai,
segala jenis kerabu, segala jenis rojak...rojak buah, rojak mee, pesembur,
tahu sumbat, goreng pisang, goreng ubi, goreng cempedak,
kambing panggang, itik bakar, ikan bakar, sotong bakar, steamboat,
segala jenis bubur dan pengat, segala jenis manisan dan puding,
1001 macam buah, biskut raya, kek dan pai, 1001 macam kuih muih asli, dodol
dan macam2 lahi.
hai datanglah sendiri.....aku pun dok ingat banyak sangat.

Pengunjung dibenarkan makan sampai jam 9.30 malam.
Tp Adib ajak balik awal, so jam 8.50 dah bergerak pulang.
takut terlepas terawih kalau makan banyak sangat.
Nanti penat.
Jam 9.40 kami dah tiba di rumah,
"jangan tidur dulu...Meh terawih terawih terawih".
Bising adib memanggil adik2nya.

Alhamdulillah, lepas terawihmengaji sekejap, kemudian rehat sekejap
huupdet blog dan fb, terus lena.
Plannya nak bangun bersama anak2 untuk berqiam ke masjid.
Dlm jam 3.20 aku terjaga.
Malam tadi kami ke masjid bandar kinrara je.
Moga diberi rezeki bertemu lailatulqadar yg dicari2.
Org tak berapa ramai macm masjid AlFalah.
Jam 5.10 kami pulang utk bersahur.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.