Note RM50,
Duit raya utk ma dan mak mertua ku.
Juga utk nenek yg masih ada sebelah en suami.
Juga mak2 dan ayah2 saudara.
juga utk anak2 sedara yg dah besar panjang.
Yg dah sekolah menengah, yg dah masuk u dan kolej.
Anak2 sedara aku ramai, maklum 11 org adik beradik aku, semua dah kawin
dan tiada sorangpun yg tak ada anak. Cukup setahun kawin......huwaaaa lahir baby.
yg terbaru, adik bongsu ku Nor, dah selamat bersalin 4 hari lepas.
Bolehlah buat cukur jambul raya nanti.
Ada jg untuk sedekah sebelum raya tiba.
biasanya aku bagi sehari sebelum raya.
Pahala sedekah Ramadan yg paling besar berbanding bulan lain.
Sehari dua sebelum raya, edarkan pada org2 miskin.
Tahun lepas aku edarkan di rumah petempatan semula
setinggan di flat kat Puncak Jalil.
Ramai yg susah kat sana.
Tahun ni aku akan sampaikan pada org2 kampung en suami
di Melor Kota Bharu dan org2 miskin di Tanah Merah, kampung aku.
jadi sehari sebelum raya, make sure dah ada kat kampung.
Masih ramai yg susah dan miskin.
Hidup mereka masih lagi kais pagi makan pagi.
Bukan nak menunjuk. Segalanya kosong jika aku tak ikhlas.
malahan mendapat bala lagi jika aku riak dan takabur.
tetapi motivasi utk rakan2 blog, rakan2 business dan
rakan Taipan agar sama2
berusaha ke arah itu.
Syukurlah pada Allah yg memilih aku utk memberi.
Kena bekerja lebih kuat untuk bertambah kaya supaya
kita mampu memberi dgn lebih banyak kpd fakir dan miskin.
Bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi sepanjang masa.
Terlalu amat penting menjadi muslim yg kaya.
hidup bukan hanya utk kita.
Jika fikir utk diri aku je, memang dah lebih dr cukup.
Jgn fikir hidup kita hanya utk kita.
utk anak2 kita, utk pasangan kita shja.
kena fikir juga bahawa kita hidup mesti memberi manfaat kepd org lain.
Banyak membantu org lain.
Banyak memberi utk org lain.
Banyak memberi baru kita menerima.
Maknanya memang kita wajib berusaha utk menjadi kaya.
Kaya yg baik.
Kaya yg pemurah.
Kaya yg tak berkira.
kaya yg beriman.
Kaya yg suka bersedekah.
Kaya yg bertaqwa.
Jumpa lagi.
Yg balik kg hari ini, berhati2 selalu.
Semoga perjalanan anda selamat.
insyallah.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.