Friday, August 5, 2011

Terlalu Pantas Masa Beredar

Salam,
aku dlm kereta ni, depan masjid menunggu MR Suami solat Jumaat.
Kalau menunggu macam ni aku pasti melayari blog.
apa yg boleh aku share dgn pembaca sekelian??

Aku tengok folders yg ada.
Ternampak lah gambar ni.
Satu persatu aku perhatikan.
Dengan tekun dan teliti.
aku memang suka ambik gambar.
Apa lagi sejak aku beli Nikon D90 ni.
macam2 yg aku snap.
apa2 je yg aku rasa suka

Sedikit sayu, bila aku lihat gambar2 ini.
terdetik di hati kecil ku...terlalu pantas masa beredar, begitu cepat waktu berlalu.

Cuba lihat...


Ketika anak 3 orang. 1998 difotokan.
Ketika aku berusia 32 tahun. Muda lagi.
Mr Suami lak 34 tahun.
Anak2 masih kecil.
Masa ni memang hidup susah. Mr Suami sedang menyambung pengajiannya di UPM.
Dia tak ada gaji. Aku sorang yg bekerja.
Peritnya hidup, Ujian datang dlm bentuk kesusahan wang ringgit, walaupun org nampak senang.
Maklum, guru berijazah, tinggal rumah dua tingkat, ada kereta, ada motorsikal.
Hakikat sebenar, Allah saja yg tahu.

Ketika anak2 masih kecil. Begitu pantas waktu berlalu.
Rasanya masih segar dlm ingatan,
mendokong, mendodoi dan membelai mereka ketika kaki mereka
sebesar dua jari tangan ku.

aku masih kuat waktu itu. Superwomen.
Semua kerja aku buat.
Dari pintu depan sampai pintu belakang.
isteri, ibu, cikgu, buat macam2 part time cari duit, buat piza hantar ke kilang2, buat MLM,
jual kasut dan handbag untuk menampung hidup.
Tak ada pembantu rumah.
malam selalu tak cukup tidur kerana manguruskan baby
yg kerap bangun malam.


Tetapi hidup mesti ada impian. sambil bertugas sebagai guru, membesarkan anak2,
aku sentiasa mengintai peluang2 yg ada untuk berniaga.
Apa lagi nak buat?
Semua MLM dah join.
berniaga macam2 tetapi duitnya bersepah2.
Dgn org la, kat barang la, org tak bayar hutang la, org pinjam la.
memang aku fening waktu tu.

Anak2 aku...Aimi, Adib, Irah dan aisyah makin membesar.
keperluan hidup semakin banyak.Segala benda nak pakai wang.
Hidup ni jika tak berwang, pergi ke mana diri terbuang.

ketika inilah aku sambung master kat UPM, mana tahu boleh jadi pensyarah.
Naiklah gaji sikit. Peluang pun ada...fikir aku ketika itu.

Ohhh...aku terus jadi IRON LADY, IRON MOTHER sebaik aku sambung belajar.
bayang je lah...part time aku macam2 selain yg tetap
sebagai cikgu, isteri, ibu tanpa pembantu rumah.
Hidup makin keruan, tak cukup wang sebab kos belajar master aku tanggung sendiri.






Gambar ni tahun 2002.
Aku cun lagi waktu ni.
masih muda baru 37 tahun.
Anak masuk 4 orang.

Tak ada duit tetapi nak jadi rezeki, aku dapat beli rumah pertama di Rawang Selangor.
Syukurlah. Aku pindah ke sana tahun 2000.
tetapi mak ooii, tak ada senang datang dgn senang.
Aku dan Mr Suami tak dapat tukar, kami berulang sejauh 75 KM  sehala dari
Bandar Sg Buaya ke Seri Serdang waktu itu.Dua hala berapa? Kiralah sendiri.
jam berapa lak aku bangun nak gi kerja?
Perit hidup makin terasa apabila si bongsu ku, Nor Amalin Aisyah
lahir tahun 2002.

Macam2 susah hidup ini.
namun kebahagiaan rumahtangga dan anak2 tetap nombor satu dlm fikiran aku.
Demi mereka, segalanya aku sanggup berkorban.
Apa aku tak buat untuk cari duit??

Jual baju?
Jual tudung? Jual telekung?
Jual barang emas permata dari Kelantan?
Jual kuih muih, buat piza?
Buat tiusyen?
buat Amway? Zullian? Tupperware?
Susu kambing? Elken? Belina, Fortune?
segala mak nenek aku buat demi untuk menampung lubang dan lombong yg ada.



Ini tahun 2004, foto raya.
Aisyah berumur dua tahun lebih. Raya Aidil Fitri ni.
Ketika ini aku senang sikit sebab dah buat bisness ni, follow CDM Kartini.
masa tu aku merasa pendapatan dlm belasan ribu.
Tetapi matlamat ku settlekan egala hutang piutang dulu....
Maka langsailah credit card, personal loan, yuran belajar kat UM, hutang berenti kerja
kena bayar sbb bg notis 24 jam, hutang perabot kat courts maut pun ada, hutang koperasi dan macam2lah.
Huh...Syukur pada Allah. Permintaan dan rayuanku supaya hidupku berubah dimakbulkanNya.
Banyak hutang aku boleh settle.

Dah tak ada hutang, baru aku tukar kereta baru Toyota Camry tahun 2004.
kemudian beli lagi kereta jenama ikan...cau cin cuuu...
KELISA kat Mr Suami. so Keris dia jual.
Motorsikal Keris u.

namun aku masih ingat, anak2 selalu aku tinggalkan pada Mr Suami.
Aimi selalu aku minta pengorbanannya untuk menjaga dan menguruskan adik2 yg masih kecil,
pada hal Aimi sendiri juga tidaklah terlalu besar. Dia sendiri masih budak2.
Dia dalam tingkatan satu waktu itu.
Aku banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan kasih sayang meninggalkan anak2
demi membina perniagaan ini.
Aku bergerak ke seluruh Malaysia menjual baju dalam PB.
Pengorbanan Dzul dan anak2 memang sangat2 besar waktu itu.

Tetapi mereka sgt kuat memberikan sokongan untuk ku.
terima kasih untuk mereka. Tabik spring aku boleh berikan.

selepas susah pasti ada senangnya.
Selepas mendung pasti ada sinarnya.
Selepas kelam pasti ada terangnya.
selepas hujan pasti ada pelanginya.

Anak2 ku, penguat semangat untuk aku terus gigih dan tabah meneruskan
perjuangan hidup dlm business ini.
Aimi, Adib, Irah dan Aisyah semakin dewasa.
Kesusahan masa lalu juga telah berakhir.
Segala perit dan suramnya hidup telah berlalu pergi.
mereka boleh bergembira hari ini.
mereka boleh  tersenyum hari ini.
Dan aku berdoa agar senyuman itu terus terukir.

Mereka paling memahami susah dan perit hidup sebelum kami join perniagaan ini.
Mereka juga yg paling mengerti akan jatuh bangun ketika aku menapak membina perniagaan ini.
Sehingga kini, mereka amat mengerti.
kerana mereka hidup dan membesar bersama2 kesusahan yg mereka sendiri melaluinya.

Tahun 2005, aku berpindah ke Bandar Kinrara.
Rumah ini hasil keringat dan penatnya membina business ini.
Aku beli tahun 2004. Aku berpindah januari 2005.
Ketika itu sudah senang, tetapi bukan terlalu mewah.
masih berdikit2 meengumpul kesenangan.
Gambar di atas disnap di Tokyo Foto kat Kajang....(bukan Tokyo Jepun ya)
pada raya tahun 2007.
Lega..kami berubah lebih 360 darjah.

Aku mulai membeli sedikit aset berupa rumah, tanah dan saham.
beringat ketika senang.
Ketiak itu, 2007 pendapatan aku pun besar gak. Syukurlah.

berjimat, berhemat...walaupun aku dah banyak senang, tapi aku tak ajar anak2 hidup
mewah senang sesenangnya.
Biarlah mereka belajar mencari kesenangan sendiri.
Tidak semudah itu aku mencurahkan kemewahan tanpa had kepada anak2.
tetapi aku tidak  berkira dalam soal pendidikan.
Tiusyen terbaik, sekolah terbaik, kelas2 tutorial terbaik, guru2 terbaik yg
datang ke rumah aku sediakan untuk mereka.
Juga pelbagai program pembinaan diri, semuanya aku sediakan.
MAP, ESQ teens dan ESQ Siswa, Program SAC dan macam lagi la.


Alhamdulillah.
Aimi dah 20 tahun.
Adib 17 tahun
Irah 13 tahun. dan Aisyah 9 tahun.
mereka meningkat dewasa.

Mencari emas, pasti akan berjumpa lumpurnya terlebih dahulu.
mereka berempat memahaminya terutamanya Aimi dan Adib.
mereka terlalu banyak berkorban berbanding Irah dan Aisyah.
Raya Aidil Fitri tahun 2009.
memang setiap tahun kami snap gambar di Tokyo Foto.
Gambar ni terpampang kat dgn 3 bulan depan kedai
Tokyo tu. Jadi iklan mereka lak. Malunya aku bila ada kawan bagi tau.
Cepat2 aku ke kedai gambar tu minta turunkan bunnernya.

Raya tahun lalu 2010.
Dgn tema sedondon krim pekat.
Pilihan anak2 aku.
Tahun ni pun mereka yg pilih temanya. Biru turkuaz....he he he.
Adib nak pilih kuning...BERSIH katanya  tapi 3 anak perempuan tak mau.

Inilah keluarga tersayang yg banyak berkorban untuk kejayaan kami bersama.
Aku dah semakin menginjak usia.
Mr Suami dah 47 tahun, aku dah 45 tahun...tak dop rahsia heh.
Itu angka je.Yg penting sihat.
Nak tahu rahsianya, tengok entry aku semalam.
Begitu pantas waktu beredar.

Mr Suami memang tak banyak cakap.,tetapi dia banyak mendengar.
Bukan senang nak menjadi pendengar yg setia.
Yg bukan sekadar menadah telinga mendengar tetapi memberikan sepenuh keprihatinannya terhadap
keluhanku, rungutanku, letihku,
penatku, risauku, stress ku, gembiraku, seronok ku dan pelbagai lagi pahit manisnya
sepanjang meniti hidup  bersama sejak 22 tahun yg lalu.
Nak mendengar lebih susah daripada nak bercakap.
Kena banyak2 sabar.
Kena cukup2 sabar.

Alhamdulillah, kami happy sokmo, ceria sentiasa walaupun hidup terus
didatangi cabaran silih berganti.
Ujian datang ketika aku susah dan ketika senang juga.
Tidak terhenti selagi nafas masih berdenyut di urat nadi.

Di usia sebegini, aku belum merasa tua.Badan pun masih kuat dan sihat hasil
pemakanan dan penjagaan seharian.
Tetapi syukur juga, aku sentiasa ingat persediaan selepas tiada.
Aku berdoa agar aku tidak lupa dgn segala kesenangan sementara.
Tempat azali jg aku akan kembali.

Seluruh dunia aku dah pergi makan hangin.
Umrah. ziarah ke Mekah pun dah sampai. haji menjadi tetamu wajib  juga sudah ditunaikan.
Seindah2 dunia ini, ke mana pun aku pergi...Tokyo, Paris, Swiss, Amsterdam, Korea, Gold Coast,,,,
namun tiada yg seindah rinduku
untuk kembali ke tanah suci.
Aku sentiasa merinduimu. Angkatlah aku lagi menjadi tetamuMU yg paling istimewa
samaada umrah mahupun haji.



Maaf pada anda semua, andai entry ini atau mana2 catatan ku ada yg tidak disenangi.
Aku sedar sebaik manapun, sebagus manapun, sejujur manapun,
pasti ada yg suka dan tak suka kan.
Itulah resam dunia fana ini.
Waallahuaalam.

Jumpa lagi.
tuing tuing tuing.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.