Thursday, August 11, 2011

Menjadi Memori Indah



Salam.
Selamat berpuasa
Dah masuk11 hari kita berpuasa.
10 hari yg pertama dah selesai.
Penuh kerahmatan insyaallah.
kami sekeluarga baru selesai bersahur.
Aku menulis ni, sementara kami bersiap ke masjid untuk solat Subuh.
Masih ada 40 minit lagi sebelun azan berkumandang.

Entry kali ini...he he he
Mengimbau perjalanan  perniagaan ini ketika aku diraikan sebagai CDM.
Berkongsi je.

Keratan majalah yg diframekan.
lama dah ni...
Majalah Mingguan Wanita keluaran 27 April tahun 2007 yg lalu.
Kisah kejayaan aku bersama AT 181 menjadi bahan berita.
Interview dgn wartawan dibuat dii Beijing ketika trip ke sana pada januari 07
.Ketika itu aku kira trip kedua yg aku ke Beijing.
Kali pertama pada Januari 2005.
Kali ketiga lak pada Mac 2010 lalu.
Kiranya dah 3 kali aku layak ke sana secara percuma sejak join business ini. Best!!!
Banggalah gak tapi bukan riak dan takabbur.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada diri sendiri itu tak salahkan..
Moga menjadi inspirasi untuk org lain terutamanya
Warga AT 181.

Ambiklah yg baik sahaja.
Ambiklah yg bagus sahaja
Tirulah yg positif je.
Tirulah yg elok je.

Yg tak bagus, ketepikan.
Yg tak elok, jauhkan.
Yg tak baik, buang jauh2.

 Jika ada yg tak bagus, jangan hentam, jangan kutuk.
Apa lagi manis di depan menikam di belakang.
Ini akan merosakkan sesuatu organisasi.
Tegurlah, aku pun silap juga.
aku pun perlu bimbingan.Perlu dinasihati.
Walaupun anda masih muda dari aku.
Tak kisah. jangan takut lak ya...
Tak nak call, boleh emeil.


Sikap anda menentukan pencapaian anda.
ini pulak artikel dlm Futuristik.


Dah lama ni...tahun 2005 dulu.
kiranya aku ni CDM lapuk gak lah dlm Taipan ni.
umurpun dah 4series...huwaaaaaa
Naik CDM pun dah lama sangat.
Aku naik CDM dulu bulan Januari 2005.
Dinobat dan diraikan  pulak pada bulan Disember 2005.
memang dah lapuk lah tu.



Ini banner sempena majlis penganugerahan CDM, masuk paper u.
Budak kampung...masuk paper ooooo riuh seluruh Malaya. ha ha ha.
Punyalah bangga rasa hati.

Tengok gambar aku atas ni, masih muda kan.
Cantik tak? Eh eh eh..perasan la pulak pn seri ni....
Tapi sebenarnya aku ni fotogenik orgnya...
cau cin cuuu.
OOOO...soweelah ya.
Terlebih perasaan.
Ya lah masa tu aku pun baru umur 39 tahun.

Masa tu CDM yg diraikan tak ramai.
Masa aku naik stage terima anugerah CDM tu, hanya 9 org sahaja.
Bukan macam sekarang, sekali naik stage sampai beratus orang CDM yg diraikan.

Maklumlah, zaman tu menjual sistemnya. Sistem lama.
Tapi aku boleh gak naik CDM dlm tempoh setahun 2 bulan selepas join biz ni.
Dapat gak income masa naik CDM tu RM33 000.
Mak ooiii...banyakkknya.
Pada hal jual satu satu, masuk rumah keluar rumah, masuk
pejabat keluar pejabat, naik flat turun flat, masuk kampung keluar kampung....
Buat demolah, buat partilah, buat pemaikaian percumalah.


Buka booth sana buka booth sini.
sekejap ke Trengganu, sekejap ke Johor, sekejap gi Perlis, sekejap ke Perak
 lepas tu ke Sabah la, Sarawak la...semua tu gi menjual satu demi satu PB.
Bukan macam strategi yg kau org buat sekarang.


Kira ok gak lah ya...kira hebat gak lah aku ni.
he he he...
Maaf lah ya...masuk bakul angkat sendiri nampaknya pn seri ni.
Perasan hebat konon....
Habis yg kau tu, dah berapa lama masuk, tak naik2 gak CDM.
Bukannya sistem menjual macam aku dulu.

Eh janganlah kecik hati dik oooiii....
dah tu, cepat2lah buat, biar cepat2 naik CDM.
Kata nak naik CDM, tapi dok terkemut2.
Dok terhenjut2. Dok terkedek2.

Janganlah tiru kura2, apa lagi jauhilah macam siput babi.
 Meh kita tiru kuda yg sentiasa tangkas dan pantas.
Kuda sentiasa nak laju, makin laju dia berlari makin sihatlah dia.
Makin laju kuda berlari, makin kuatlah dia.
Makin pantas kuda berlari, makin  mahallah harganya.

Kenangan di atas menjadi memori indah dlm hidupku.
Anak2 memang bangga dgn aku sebagai mama mereka.
" I have  the best mom in the world,
she is my lovely mother CDM Faridah,
i love her so much".
kata Aisyah, si bongsu ku.

Dia selalu bercita2 nak menjadi seperti mamanya.
Mereka sering kagum dgn kerja kuat mama mereka.
Ya lah sekurang2nya aku dah tunjukkan contoh kepada anak2ku sendiri.
Perjalanan menuju puncak itu bermula dgn langkah yg pertama.
Aku mahu anak2 mengambil semangat ku, kemahuan ku,
sikap berani dan yakin kepada diri
sepanjang aku membina biz ini akan meresap dlm jiwa anak2ku.
jatuh bangun aku dlm biz ini selama hampir 9 tahun tetap memberi
warna2 hidup yg cukup indah buat bekalan anak2ku nanti.


Ok dik ya.
Nanti kita jumpa lagi.
Mr Suami dah panggil dah.
Nak ke mana pn seri? Masjidlah...solat solat solat.
Kau orang dah bangun tak?
Bangun bangun bangun.

Nak berjaya kena solat.
nak hidup senang kena solat.
nak hidup diberkati, kena solat.

Marilah mendirikan sembahyang
Marilah mendirikan sembahyang
Marilah menuju kejayaan
marilah menuju kejayaan.

Itu antara makna azan yg dilaungkan oleh bilal dan muadzzin setiap kali mereka azan.

Jumpa lagi.


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com
Blog...
CDM Faridah Akademi Taipan 181

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.