Thursday, August 18, 2011

Sujud Syukur

Syukur,
WST 181 kembali ke pangkuan.
Tak ada apa2 pun.
Tak ada dlm systempun konon akan di tu dan akan di nikan.
Rumous, macam2. tersebar SMS ke seluruh alam maya
oleh penyebar yg tidak bertanggungjawab.
terima kasih kepada kawan2 yg bagi pelbagai pandangan.
Kepada sahabat2 lain, berhati2lah.


Aku lebih kenal gelagat manusia.
Aku  dah rasa macam2 pengalaman hidup ini.
Rambut sama hitam hati lain2.
Niat dan tujuan org, kita tak tahu.
Alhamdulillah, semua menjadi pengalaman dlm hidup.
Jauhi sangka buruk dgn sesiapa jua.
Banyak berlapang dada.
Hadapi setiap ujian dgn tenang.
Hidup mesti bersangka baik, tetapi hidup juga perlu berhati2.
Supaya yg buruk boleh dielakkan.


Yg selalu aruah ayah aku ingatkan,
setiap yg kita lakukan akan kembali kepada diri kita sendiri.
Walaupun nampaknya kita buat pada org lain, hakikatnya kita berbuat untuk diri kita sendiri.
Jika kita buat baik pd org, kebaikan akan kembali kpd kita.
Jika kita berbuat jahat kepada org, kejahatan jg akan kembali kpd diri kita.
jika kita menyusahkan org, kita pasti akan lebih susah suatu hari nanti.
Allah hanya satu.
Tuhan aku dan tuhan engkau adalah Tuhan yg sama.
Terima kasih ayah.
Tat kala senang, aku sentiasa ingatkan aruah ayah.
Jika dilanda badai, aku juga ingat pesanan aruah ayah.
Waallahuaklam.


Dek demikian, aku keluar berdemo dgn teksi semalam,
Pergi bank naik teksi.
Jumpa org naik teksi.
Hantar barang pun naik teksi.
itupun pengalaman hidup.


Aku bersyukur kepada Allah, memberikan aku pelbagai warna untuk
aku kenal erti susah dan senang.
Bukan hanya warna putih sahaja.
Tidak juga warna hitam sahaja.
Tetapi pelbagai warna...warna biru, kuning, oren, merah, hijau, hitam, pink, purple
dan pelbagai warna lagi.


Aku bersujud syukur kepada Allah.
Atas segala hikmah yg datang.
Sabar dan reda adalah ubat paling mujarab untuk kita
mendepani hidup penuh liku.


Aku baru tiba di rumah, dari KL.
Pergi cikgu Rohana di VI.
Katanya nak hadir WAB Sabtu ini bersama beberapa org kawan.
Sebelum tu aku ke Western Digital.
Berjumpa prospek.
Harap positif.

Salam.
Jumpa lagi





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.