Wednesday, August 31, 2011

Berkumpul Seisi Keluarga

Salam aidil fitri.
Salam lebaran.
Selamat hari raya puasa
Salam eidul fitri
Selamat hari raya fitrah

Alhamdulillah
berkumpul sanak audara
Bertemu ayah bonda dan seluruh sanak keluarga.

Kami beraya di Tanah Merah kali ini.
Penuh adik beradik anak saudara di rumah ma.
Selepas solat sunat aidil fitri, kami menikmati pelbagai juadah yg disediakan. Ada nasi dagang,
ada satay, ada lemang, ada rendang daging, rendang ayam, roti jala dan kuzi kambing.
Wow...semua sedap, air tangan ibulah katakan.



Bergambar ramai2.
ibu, anak2, cucu2 dan dua pembantu rumah.
anak2 lelaki ma, menantu lelaki dan cucu lelaki. Ramai lagi yg tak  bergambar ni.

"abah...selamat hari raya.
irah nak mohon ampun dgn abah, salah silap yg sedar ataupun tak sedar.
yg Irah sengaja ataupun tak sengaja telah menyusahkan abah,
atau irah buat sesuatu yg menyakitkan hati abah,
halalkan kasih sayang abah, makan minum yg abah sediakan utk Irah,
ilmu yg abah berikan pada Irah.
Maaf segala dosa Irah pada abah.
Maaf zahir batin ya bah".
Terharu mendengar rintihan kata Irah.
Menitis air mata ini.

Irsyad peluk papanya
" Selamat hari raya papa...
huwaaa...maafkan Irsyad papa, ampunkan Irsyad,
Irsyad banyak dosa pada papa".

abang sulong...Nik Azman dan keluarganya.
Tema tahun ni ikut suka hati.
Dah jemu sedondong...boleh gak tak sedondong pun tak apa.
abahnya kelabu, mama hitam, syafiaq hijau muda, Lina kelabu kelaban,
Faraah hitam dan Hazim hijau pucuk pisang.
Yg penting ....kerjasama.
Paling penting happy belaka.

Wah....taukeh bisness tanah ni dah kaya raya sekarang.
seronok bergambar dgn menantu baru.
Pengantin bari Arif dan nora sedondong kelabu.
uminya oren kali ini.
Ketawa memanjang...suka bergurau nak pecah perut ketawa tak berhenti kalau bersama
abang Yie.

Abang Lid dan keluarga tercinta
...dengarnya puluhan ribu berjaya dikumpulkan dari rezeki dtg sepanjang Ramadan
dari business makanan.
Catering, tempahan makanan, lauk pauk, kuih muih untuk pelbagai majlis berbuka sepanjang
Ramadan lalu. Tahniah dan syukurlah.
Rezeki berganda pahala berlipat ganda dr kesungguhan dan keikhlasan kita bekerja
mencari rezeki.
Keluarga yg tenang, bahagia dlm diam.
Baru kembali dari tanah suci.
Alhamdulillah rezeki mengerjakan umrah di bulan puasa memang dinanti
oleh semua umat Islam yg beriman.

heh heh heh..blues geng.
Biru tuskois menjadi pilihan tahun Alamak...ramai lak yg pilih
colour tu utk family mereka. Waktu gi masjid, ramailak aku nampak
jemaah pakai colour yg sama.
Waktu berkumjung ke rumah sanak saudara pun ramai yg pilih biru tuskois.



Bonda tercinta...Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Ibu yg gigih mendidik kami 11 org adik beradik.
Hidup ma memang senang dan bahagia, di kelilingi oleh anak2 yg sangat berjaya
dlm bidang masing2.
Dlm usianya 73 tahun, m masih sihat walafiat.
Ma bakal mendapat cicit pertama pada Mac 2012 nanti, insyaallah.
Cucu baru...Nik Danish Khalis
anak pertama adik bongsu ku,
Nik Norfaizah dan Arif Suffian.
Baru berusia 6 hari.
Selamat berpantang adikku.
Selamat bertungku
Selamat berpilis
Selamat overhall badan.
Habis pantang nanti jadi wanita anggun bergaya,jadi isteri dan ibu terhebat.
Business menjadi2 dan rezeki mencurah2 datang.


Hismul Azzam dan Nor Aisyah
bersama Adam Darwish.
Waaa biru turkois sama keluarga aku...he he he.
Kebetulan pulak.
Nik Noriah dan anaknya serta menantu baru.
Wah dah berkembang keluarga kak Nor.
Baguslah...makin meriah hidup kak nor.

Pengantin baru...Nora dan Arif.
Wangi pengantin baru masih hangat lagi.
Masih dlm era honeymoon.

Anak2 saudara yg ramai...meriah sungguh,
riuh rendah dgn suara budak2.
Ini pulak keluarga ayah Mat...bapa saudara en suami di Melor Kota Bharu.
Kami beraya pada sebelah petangnya di rumah keluarga en suami.

menjamu selera....tapi awas. Perut kita dah berehat sebulan
sepanjang Ramadan. Jgn lak berat badan turun 3 kg semasa Ramadan,
selepas Ramadan badan naik mendadak 4 kg.
jgn lupa ya minumlah Lacto-lite.

Hamizah, Hafis dan Anieq...selamat hari raya.
Tahun lepas beraya berdua, tahun ni dah bertiga.
Tahun depan berempat lak...Guna benteng kuat sikit Kak Ijah.
he he he...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.