TPS Resources...membangunkan Ramal.
Terletak di sebelah Shell Sungai ramal, dlm 200 meter.
Jika nak ke Bangi, boleh nampak di sebelah kiri jalan.
Aku tengok bunner ni waktu gi berbuka kat KDE Ampang Khamis lalu.
Semi D,2 setengah tingkat.
built up 3850 sqft.
Besar dan luasnya bersaiz 38' X 110'.
Hanya terdapat 26 unit
Kira ekslusif gaklah.
Tentulah kita mahu rumah yg seperti ini.
Luas, lapang, selesa, banyak ruang, dgn 5 bilik,
ada dapur kering dan dapur basah.
Bilik airpun banyak, tak payah berebut2 di waktu pagi.
Berhampiran dgn Kajang, Serdang, Bangi, Putrajaya.
Semua kemudahan ada.
Berdekatan pula dgn highway dari semua arah.
nak ke KLIA pun tak jauh sangat.
Tetapi tengokkan juga harganya.
Mak ooiiii....RM938 000.
Hampir satu juta.
Boleh aje beli jika mampu.
Aku bertanya pada En Zam....jika nak beli rumah macam ni punya rega,
berapa pendapatannya?
Kata En Zam ejennya
"antara RM15 000 hingga RM20 000, lepaslah loannya puan".
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.