Sunday, August 7, 2011

Bertadarus Al Quran

Salam pagi Ahad.
Hujung minggu.
Puasa ke 7 hari ini.


Kami terlewat bangun sahur pagi tadi. Jam 5.10 am baru tersedar.
Tapi masih ada rezeki bersahur.
Makan serba ringkas untuk mengalas perut dgn ikan terubuk masin,
daging goreng
dan sup sayur ikan siakap.
Alhamdulillah, melimpah ruah rezeki kurniaan Allah.

Lepas bersahur, terus bersedia untuk solat suboh berjemaah dgn anak2.
Kebetulan Aimi jg bercuti hujung minggu.
Saat palg dinanti.
Berbuka, bersahur dan berjemaah satu family.
kemudian bertadarus AlQuran bersama2 6 beranak.
Mr suami membaca surah2 yg telah ditetapkan. Kami bagikan surah2 tertentu
untuk setiap ahli supaya boleh khatam sebuah Al Quran.

Aku juga diberikan beberapa surah.
Tiap2 hari mesti buat terutama selepas terawih, selepas suboh dan selepas duha.
selalunya memeang setiap tahun kami buat begitu.
Jika tidak, tak sempat khatam nanti.
Adib ada ni, lain sikit.
Dia ambik lebih banyak surah berbanding yg lain.


Irah dan Aisyah yg belajar di Integrated Islamic Shcool Kota Damansara
(ISSKD) sebenarnya memang wajib khatam sebuah AlQuran di sekolahnya.
tetapi untuk di rumah, mereka pun dpt beberapa surah.
Selalunya lepas Suboh dan lepas terawih mereka kena  baca bersama2.

Tp si bongsu ni, bnyak alasan sikit.
Baca dua tiga muka dah ngantuklah, sakit perutla, penatla...
macam2. Apapun dia cuba gak aku tengok.
Maklum, di sekolah pun dah penuh dgn aktiviti
mengaji dan bertadarus.


Alhamdulillah, mereka terdidik dgn pendidikan Al Quran
di ISSKD.
Setiap hari mereka mengaji.
Tak perlu di suruh.
Paling aku suka, Al Quran mereka baca tanpa dipaksa.
Mereka suka Al Quran, mereka seronok membaca Al Quran.

Yg lebih bagus lagi, aku dan Dzul jugak menjadi terdorong untuk lebih rajin
mengaji kerana melihat anak2 yg sentiasa mengaji.
Apa lagi apabila Adib ada di rumah.
Dia berceramah, bercerita tentang agama, berkongsi kehebatan ilmu agama,
mengaji Al Quran,menjadi imam, membahagikan surah2 yg dibaca
dn macam3 lagi.
Syukurlah.


Tapi remaja tetap remaja.
Nak gak gi tengok wayang, tengok gak video drama Korea.
hafal gak lagu2 korea dan entah benda2 kegilaan budak2 muda sekarang.
Aku pun tak berapa paham.
Waallahuaalam.

Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.