Monday, August 22, 2011

Restoran Asam Pedas

Lewat booking...kami call Kelab Darul Ehsan Ampang jam 3 petang semalam untuk berbuka.
Tapi dah penuh. Katanya esok ada kosong.
Baru teringat, hari Ahad ramai org berbuka di luar.
Best berbuka di sana, setiap tahun pasti kami ke sana.
Boleh call KDE jika mahu...03 42572333.
harga berpatutan...dewasa RM50 dan kanak2 RM33.
Setahun sekali bawa anak2.

Pikir punya fikir, teringat lak dgn restoran Asam Pedas Bangi.
Ah bolehlah kata En suami.
Jam 5.30  petang kami dah keluar rumah.
Terus ke sana, booking meja dan order makanan dulu.

Nasib baik masih ada kosong.
Orang dah ramai, pada hal baru jam 6.15 ptg.
Order apa? Yg special tentulah asam pedas, macam2 pilihan ikan asam pedas.
Ikan kembung, ikan pari, ikan merah,
ikan tenggiri dan lain2.Kuih muih pun banyak gak.

Siap order lauk, en suami menghantar aku ke Ariani.
Mak oooiii....ramainya manusia.

Nak beli apa ke sana?
beli tudung la.Siap bawa baju sekali untuk matching dgn tudungnya.
Punyalah mahal, sampai harga seribupun ada, pada hal simple je
jahitan dan susunan batu swaroskinya.
Yg murah sikit RM600, RM480, RM280.
cekik darah tul...
pilih punya pilih...beli gak satu.

Dania dan Sofia pun ada.
Aisyah memang seronoklah ada kawan baiknya.
Riuh rendah gaklah bila ada yg kecik ni
tetapi seronoknya.
Makannya tak banyak, mulut je macam2 nak.
Bila berbuka, makan sikit pun dah kenyang.


Aisyah....buku buku buku
Sambil menunggu waktu berbuka, masih sempat membaca buku barunya.

En suami pun sama...buku buku buku.

Selepas selesai berbuka, kami ke masjid hijau Bangi. Solat kat sana.
Tidak pula kami menunggu waktu Isyak, terus pulang ke rumah.
Solat terawih di rumah.
Lepas berterawih dgn En suami dan Adib, kami terus lena.

Tak sedarpun  CDM Haryati dan
Jai datang ambik Sofia dan Dania.
Kami memang berniat untuk bangun awal untuk berqiamullail di Masjid Al Falah USJ 9.
Dalam jam 3 pagi terus ke sana.
Ramainya org. Moga2 bertemu LailatulQadar.
Matlamat untuk 10 malam terakhir Ramadan.
Seronoknya ramai2 berqiamullail.
jam 5.15 pagi kami sampai di rumah untuk bersahur.
Syukur alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.