Thursday, August 25, 2011

Kelantan Oh Kelantan

Salam Ramadan.
Mood raya baru datang.
Kelantan oh kelantan.
Kelate oh kelate.

Negeri cek mek molek.
SKMKOK..selalu diberi jolokan oleh perantau yg datang ke negeri ini.
Haper benda dia tu?
SKMKOK?
Sampai Kelate Mesti Kawin Ore Kelate.
Meriyau darah ibu2, ayah2 dari negeri lain yg anaknya bertugas kat Kelate.
Sampaikan isteri2  ketakutan dan kerisauan yg amat apabila suami mereka ditukarkan ke kelantan.
He he he...jagalah ya.
Sebenarnya tak juga...janganlah takut.
Jodoh di tangan Tuhan.


Aku dan family dah berkira2 nak pulang beraya ke negeri Tanah Sekebun Bunga.
Tak hingat la pulak...kenapa asalnya dinamakan sedemikian.
Dikenali juga sebagai negeri Serambi Mekah.
kami plan nak bertolak  ikut PLUS terus ke Grik melalui lebuhraya timur barat untuk
mengelakkan jem.
Tp tak tahulah....mungkin plan akan berubah.
Ini fenomena biasa sepanjang Ramadan di negeri kebanggaanku.
Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mengimamkan solat terawih
bersama rakyat Kelantan.
Syukur...sultan menjadi payung negeri.
Bertambah aman makmur sejak baginda memerintah.


Yang aku dok membilang hari ni ialah
kerinduanku kepada makanan tradisional Kelate.
Walaupun menu ini boleh didapat di KL atau di mana saja, tetapi masih tak sama.
Senang cakap, tak berapa ummpph...
Lidah ku masih terasa berbezanya dgn resepi sebenar tradisi negeriku.
Rindunya nak makan ni semua.
Jom...layan.
Jangan sampai meleleh air liur ya..

Nasi kerabu hitam. kegemaran aku sejak dulu.
Cukup dgn tumisnya, keropoknya, ulamnya, telur masinnya,  bawang jeruknya,
solok ladanya. Lagi ummmph jika ada ayam perciknya.
Wowww....mak mertua lalupun tak sedar.
Jika aku jumpa nasi kerabu ni, dah tak ingat tentang diet.
dua pinggan pun aku gomo.
Jika anda bertandang ke sana, ada satu kedai di Jalan Lundang, dekat Balai Islam
sebelah kiri jalan, nama kedainya
"Nasi Kerabu Golok".
sekali kena mesti nak lagi dan lagi.


nasi dagang ikan tongkol...nyum nyum nyum.
Sedapnya...kurus puasa hari ni.
meleleh air liur...tak kena tak sah. mesti cari.
Tapi ma(ibu)  aku memang pakar nasi dagang.
Kakak ipar aku, Kak Za pun pakar nasi dagang.
So tak susahlah nak makan yg betul2 ada uummpph...

Si buah manis....Sapa yg suka makan buah ni, senyumannya lebih manis berbanding yg lain.
ya ke kak faridah ni? he he he
buah tanjung nama diberi tapi manisnya memang manis, sebab dimasak dgn air gula.
sedap yuuuu...aku rindukan buah tanjung.
Mesti cari yg betul2 sedap punya.
Ada banyak dijual di bazar Ramadan di serata negeri.

ayam percik resepi asli...dah banyak ayam percik aku makan di merata tempat
tapi tak sama.
Kuahnya cair je, ayamnya direbus..tak berapa sedap.
Tapi jika yg asli, kuahnya pekat, cukup ramuannya, ayamnya dipanggang bukan direbus.

Jika guna penyepit buloh untuk memanggang ayamnya, lagi best!!

Jala emas....aku selalu gak buat jala emas sebelum sibuk business ni.
Selalu gak kawan2 tempah, tapi itu dulu.
sekarang tak lagi. beli je...
Tapi tak ada yg ori di KL ni, jika ada kat mana ya?
Boleh bagi tau aku kat mana...nak gi cari.

Akok Kelate...sedapnya.
Tapi mak aku pun pakar kuih ni, dulu business akok secara besar2an semasa masih sihatnya.
sekarang dah diturunkan kepada menantunya.
Tapi aku tak pernah buat...kenapa?
Rumit u...kalau tak kena bancuhannya, akok tak berkedut berkerepot.
Yg cantiknya, mesti banyak kerepot dan kedutnya.
dibakar menggunakan api di atas dan dibawah menggunakan
acuan tembaga....berat mak oooiii. Sakit pinggang kalau ak pakai PB.
tapi rasanya sangat aku suka.
Sedap tersangatlah sedap. Yg betul2 sedap hanya di Kelantan,
yg di KL ni tak berapa cunnn dgn tekak aku.
Mungkin kerana nak untung lebih, telur dan santannya sikit, tepung je yg banyak.
maaplah ya sesiapa yg buat berniaga akok di sini.

he he he...sampai hati , tahi itik diberi nama pd kuih tradisi ni.
Aku pun tak berapa tahu sejarahnya kenapa nama najis diberi pada kuih ini,
tapi sedapnya... nyum nyum nyum.
sapa tak rasa tak tahu.
Dah rasa baru jatuh cinta.
Jadi cubalah.
sapa2 yg baru datang ke kelate, baru kawin dgn ore kelate, kenalah cuba ya.


uuuuu...tengokpun dah meleleh air liur.
Nekbat namanya.
Aku suka gak ni... kat sini tak adalah jumpa dijualkan.

Roti jala  jika dimakan dgn kuah kari tu biasa, di KL ni banyak
tapi di kelantan roti jala  dimakan dgn
kuah kuzi ayam, atau kuzi kambing atau kuzi daging.
itu yg berbezanya dgn roti jala  di sini.
Haaa ni dia....ayam masak kuzi, menggunakan rempah khas.
Hanya ada di kelantan sahaja rempahnya.
Jika nak masak di KL, kena belilah rempahnya.
Sedap sangat2...aku sekeluarga memang terlalu sukakan roti jala dimakan bersama
ayam atau daging masak kuzi.
tepung pelita...jgn bertukar dgn kuih tako.
kelantan punya resepi memang best...aroma daun pandan dan daun pisangnya
sebagai acuannya memang sedap.
Anak2 aku memang suka tapi jika dibeli di bazar ramadan di  sekitar KL,
tak berapa sedap. Mereka nak untung besar, so mereka hanya guna pewarna hijau,
air gulanya sikit.


he he he...tengok gambar mana terasa sedapnya.
kenalah rasa dgn lidah sendiri.
tak sabar nak balik Kelantan.
Kelantan Oh Kelantan.
Senyum sokmo.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.