Sunday, August 14, 2011

Tuah Hilang Lagi...

Tuah hilang lagi.
Selepas solat terawih malam tadi,
Aisyah bertanya...
"Abah, Tuah ada kat mana? Dalam sangkar ke?"
En suami menjawab " Ada kat bilik kak Aimi".
"Mana ada? Aisyah dah tengok tak ada pun". Jawab Aisyah lagi.
" Dalam sangkar kot".  kata Irah lak.
" Cuba tanya kak Hom". Kata aku.

"Tak tau" kata  Homsatun.
Dah pasti, Tuah hilang lagi.
"Mesti gi jumpa mak we ni, malam2 ni duduk je lah kat rumah,
buat terawih ke, tidur ke, mengaji ke, Tuah Tuah!!"
Rungut si Aisyah.
"Macamlah Tuah tu tahu sekarang bulan puasa, nak suruh mengaji pulak".
katanya Irah.

Kami terus turun mencari. Nina dan Homsatun ikut sekali.
Buka gate, bunyi2kan kunci gate, panggil2 namanya beberapa kali,
jengok sana jengok sini, intai bawah kereta jiran2, tengok dlm longkang
sebelah gate rumah tapi tak nampak si Tuah ni.

Selalunya sekejap je Tuah akan muncul.
Dia tahu tuannya sedang mencarinya.
malam tadi hampir 15 minit mencari dn memanggil Tuah, baru Tuah muncul.

"Huh! mana sayang pergi hah"? Kata Aisyah.
"Penat cari Tuah, jangan gi jauh2 tau,
nanti tak jumpa jalan pulang ke, nanti org ambikla,
nanti kita tak boleh jumpa lagi. Aisyah sayang Tuah tau, abang adib,
mama, abah kakakpun sayang Tuah."


meluru Tuah masuk ke dlam rumah, terus duduk berehat depan pintu masuk.
penat agaknya.
Irah dan Aisyah terus menerkamnya, menggosok badannya, membelai bulunya.
mereka selalu risau keselamatan Tuah.

"Jangan gi jauh2 tau Tuah, nanti hilang".
Kata Aisyah.
En suami turut berpesan...
"Jumpa girl friend siang hari je lah, malam tak yah keluar".
"duduk rumah lagi selamat".
Kata Dzul lagi.

Eh eh...aku heran tul la, bercakap dgn Tuah macamlah dia paham.
"Tuah paham ke tu"? tanya aku.
"tuah paham la mama, hari tu Aisyah suruh Tuah masuk sangkar, terus dia masuk".


"Syukur Tuah dah balik".
kata irah lak.

"Kenapa lama panggil baru pulang"?
"girl friend tak bagi pulang yek"?
he he he...lucunya aku tengok anak2 dsn suami melayan binatang si Tuah ni.

Tuah bukan kucing biasa, saiznya besar, bulunya cantik, beratnya lebih 8 kg.
tuah sangat pembersih.
dia tak berak atau kencing merata2 kecuali dalam pasir yg dikhaskan untuknya.

Sekarang tiap2 hari mesti keluar gate. Jumpa makwe lah tu.
Masih menjadi tanda tanya kepada kami, Tuah keluar ikut mana?
kami belum pernah melihat sendiri.

Cantik bulunya...berkilat.
Tuah menjadi kesayangan anak2 dan en suami.
Tak pernah jemu melayan Tuah.
Tak pernah bosan bermain dgn Tuah.
Tak pernah boring bercakap dgn Tuah.

Tuah pasti akan tetap menjadi penghibur kami sekeluarga.
Dia juga semakin sayang dgn anak2 aku.
Dia juga semakin faham karenah tuannya.
Dia pun faham, bahawa tuannya yg pn seri ni tak berapa suka dengannya,
geli kepadanya dan tak suka dia naik atau duduk di tempat yg tak disukai oleh pn seri.
hik hik hik...baguslah Tuah.

Salam, jumpa lagi untuk entry seterusnya.
nak bersiap ke WAB ni.
Anda yg mahu berseri2, jom ke sana sekali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.