Monday, August 22, 2011

Binatang Peliharaan En Suami

Kolam ikan kat rumah kami.
En Suami minat dgn ikan.
sebelum keluar bercakap dgn ikan, balik rumah bercakap dgn ikan, sebelum berbuka
melayan ikan2 ni makan dan bercakap serta berbual mesra dgn ikan2 ni.
tapi rupa2nya memang dia dah kenal tuannya.

Masa mula2 buat kolam ni, ikan yg dibela kecik2 lagi. sebesar dua jari je.
Makannya dua kali sehari.
Dibersihkan sekali seminggu.
Diberikan ubat dan supliment sekali seminggu supaya tahan penyakit
serta membesar dgn kuat dan sihat.
nasib baik tak bagi milo....keh keh keh.

Tengok...dah besar panjang ikan2 ni semua.
Ada juga beberapa ekor yg cantik en suami bagi nama.
Ada nama kiki, ada nama  ciwo., winilaa...
maaplah ya jika ada yg sama dgn nama sesiapa yg baca blog ni.
Entah dari mana En suami ambik nama tu...
Yg aku heran bin ajaibnya, bila en suami datang kat tepi kolam tu...
kiki dan ciwo pun datang.
Kalau aku datang pulak...dia org buat tak tau je.

Aisyah kata...
"Abah, gorenglah ikan2 ni atau buat masak steam tentu sedap bah".
En suami jawab..."abah  rela makan nasi dgn garam jika ikan2 ni nak dibuat lauk".

Ada setengah ikan2 ni dah sebesar betis  Malek Noor.
Bukan betis aku tau.
Cukup besar.
Cukup penjagaan dan kasih sayang yg diberikan, sihatlah ikan2 ni.


Banyak gak yg dah jadi aruah.KepadaNya dia kembali.
Masa buat renovatio rumah ni tahun lepas, kat dgn 20 ekor sekali gus mati kerana dialihkan dlm
tangki sintetik.
Sedih gaklah, maklum 20 ahli keluarga ini sekali gus meninggal.
Dua tiga hari gaklaa en suami dok ulang2 sebut benda ni, bukan main sayang pada
binatang2 peliharaan en suami ni.

Cuti raya selalunya kami tak balik kampung terlalu lama.
Ni ingatkan si kecik kat rumah ni. Tuah lah,
ciwolah, kikilah, winilah.
Empat hari atau lima hari je, lepas tu mesti balik KL.

Seminggu lagi nak bercuti raya, en suami dah siap2 segala mak nenek keperluan
utk sepeninggalan kami tak ada.
Ubatlah, garam kolamlah, makanan lampunglah, kapur kolamlah.
Entah benda2 lagi...aku pun tak berapa paham.

Begitu gak dgn Tuah, dah siap gi booking hotel untuk Tuah sepanjang kami balik kampung.
ha ha ha...begitulah selalunya setiap kali nak bercuti lama.
Demi binatang peliharaan, en suami sanggup melakukan apa saja!.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.