Sunday, February 13, 2011

Semua! Semua! Semua!

Salam sejahtera. Alhamdulillah dah sampai di Melaka. Sementara menunggu orang sampai, aku buka laptop jap. Update blog ku. Terus berusaha untuk menjayakan lebih ramai rakan kongsi bagi semua warga Taipan yang mahu berjaya. Syukur semalam di Penang untuk NDS.

Syukur juga kerana Mohd Adib selamat pulang dari Cairo melalui Jeddah. Dah macam orang Arab Mesir anak lelaki ku itu. Badannya tegap, besar. Wajahnya dah berjambang. Misai janggut tumbuh lebat walaupun baru nak masuk 17 tahun usianya. Malam tadi dia menjadi imam solat Maghrib dan Isyak di rumah, sejuk rasa hati, sejuk perut ku mengandung dan melahirkannya. Syahdu sekali aku menghayati ayat2 yang dibacanya. Macam solat kat Masjidilharam Mekah rasanya. Syukurlah kepada Allah SWT.

Dengan rezeki berniaga inilah aku mampu menghantarnya ke Cairo dengan perbelanjaan sendiri sepenuhnya. Walaupun kosnya tidaklah semahal di UK atau Australia, tetapi jika dengan gaji sebagai pemakan gaji memang aku tak mampu nak menghantarnya ke sana.

Semua! Semua! Semua!
Apa yang semua? Apa semua tu? Apa maksudnya?

Inilah yang nak aku kongsikan dengan anda semua.
Syarikat menawarkan 5 jenis keuntungan. 5 jenis pendapatan.
1. Bonus prestasi 41%
2. SMD Bonus 15%
3. Car fund bonus 3%
4. Wawasan bonus/Elaun rumah 5%
5. Pencen atau CDM overiding 3%
Profit sharing banyak kita yang dapat iaitu 67%.

Banyaknya. kenapa kita pilih untuk dapat dua jenis untung saja? Ambiklah semua.
Bonus tabung kereta ramai lagi yang belum layak, elaun rumah ramai lagi yang tak fight, pencen lagi lah ramai yang belum lepas. Pencen bukan dapat satu, berapa pun boleh jika kita mahu.  Kautlah  semua sekali. Kita boleh dapat percuma je jika kita sanggup berusaha.

Jika syarikat menawarkan kepada kita yang banyak, kenapa kita pilih yang sedikit.
Jika syarikat menawarkan percuma, kenapa kita nak lepaskan?
Jika kita boleh berlari kenapa kita nak merangkak?

Ambillah semua. Kautlah semua.
Tapi janganlah duduk berpeluk tubuh di rumah.
Bekerjalah dengan upline anda.
Berusahalah membina network anda.
Fokuslah kepada strategi yang diajar kepada anda.
Rajinlah berdemo dan buka mulut.
Datanglah meeting dan bawalah prospek anda.

Kaut kaut kaut semua wang yang begitu banyak di dalam syarikat ini.
Syarikat memang nak bagi kat kita.
Ambil semua.
Kita sudah berada dalam lubuk wang.
Kita sudah berada di atas gunung wang.
Kita sudah berada di dalam kawah wang.
Kita sudah masuk di dalam karung guni wang.

Alhamdulillah, aku rasa 4 sifat wang di dalam syarikat ini.
4 sifat wang?

Apa tu sifat wang?
1. Makin diambil makin banyak, makin besar.
2. Makin diguna makin bertimbun.
3. Wang datang tak berhenti2.
4. Wang datang dari segenap penjuru.

Bagi anda yang sudah berada di dalam Akademi Taipan 181, maka inilah peluang untuk anda mengaut semua kekayaan ini.
Kita perlu keluar daripada zon terseksa yang selama ini melingkari kehidupan kita.
Kita perlu membebaskan diri daripada lingkaran kesusahan yang sekian lama membelit kita.
Kita perlu keluar dari zon hutang yang berada di sekeliling kita.

Sudah lama kita susah. Sudah lama keluarga kita susah. sudah lama ibu bapa mengharapkan bantuan dan sumbangan kita sebagai anak.
Ramai lagi ibu bapa yang belum mengerjakan haji.
Kita sendiri juga masih belum pernah menunaikan haji.
Umrah pun belum sampai.
Ramai lagi di kalangan kita yang masih menyewa,
belum mempunyai rumah sendiri.
Ramai lagi yang tiada simpanan.
Ramai lagi yang terbelit dengan hutang yang tak habis.
Ramai lagi yang hidup segan, mati tak mahu.
Sudah sekian lama kita terpenjara di bawah tempurung kelapa.
Bukalah mata. Bukalah minda. Bukalah hati. Bukalah ruang untuk diri kita.

Jom bekerja kuat dan smart.
Kaut semua. Ambil semua. Rebut semua.
Semua! Semua! Semua!






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.