Masing2 mempunyai peranan.
Jari kelingking adalah jari yang paling kecil.
Jari manis untuk disarungkan cincin.
Jari tengah adalah yang paling panjang dan paling tinggi.
Jari telunjuk untuk menunjukkan arah.
Ibu jari untuk cop ibu jari sebagai pengenalan dan identiti diri.
Masing2 mempunyai peranan penting.
Jika satu tiada, tangan kita tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.Apa lagi kalau tiada dua jari. Atau yang ada hanya ibu jari sahaja.
Nak makan susah.
Nak pegang pen susah.
Nak menulis susah.
Nak berus gigi susah.
Nak mngangkat barang susah.
Macam2 susah lagi.
Malahan kita menjadi cacat.
Tidak ada satu jaripun yang boleh mendakwa bahawa dialah yang paling hebat berbanding jari yang lain.
Atau menyatakan dialah yang paling penting berbanding jari yang lain. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.