Adakah hidup kita begini?
Di manakah rasa bahagia dan sejahtera andainya hidup kita begini?
Harga barang naik? Dan terus naik?
Ansuran kereta tertunggak 4 bulan? Nak kena tarik?
Hutang rumah 6 bulan?
Hutang kad kredit berbulan2?
Bil semua nak kena potong?
Apakah kita mampu menikmati kebahagiaan andainya begini keadaan hidup kita ketika ini?
Apakah kita masih sejahtera andainya sebegini situasi kita hari ini?
Apakah kita masih merasa bahagia bersama isteri dan anak2 sekiranya ini ujian yang sedang kita hadapi?
Tentunya tidak kan.
Kita akan stress.
Kita merasa tertekan.
Hidup tak keruan.
Mungkin juga hidup kita menjadi lintang pukang.
Kita tidak mungkin merasa damai, harmoni dan bahagia.
Tak kena cara kita mungkin akan bertindak di luar batas fikiran.
Tetapi sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang.
Dia maha bijaksana.
Dia maha pemurah.
Dia maha kaya.
Dia maha pemberi.
Mintalah bantuan Allah di saat sukar dengan mendirikan solat dan bersabar.
Inilah saranan Allah kepada semua hambanya.
Bersolatlah.
Jangan sekali2 ditinggalkan bagaimana getirpun keadaan kita.
Jika kita tetap mengingatiNya ketika kita senang, pasti Allah akan mengingati kita ketika kita susah.
Buatlah solat sunat Dhuha. Buatlah solat sunat hajat. Buatlah solat sunat tahajjud andainya mampu.
Dan mohonlah bantuannya dengan berdoa dan bersabar.
Doa membolehkan kita memohon agar Allah mengawal sesuatu yang di luar kemampuan kita untuk mengawalnya.
Selain berdoa dan bertawakkal, maka kita tiada pilihan lain,
kita mesti terus berusaha.
Rahsia untuk berjaya ialah berusaha, berusaha dan berusaha.
Kita sudah mempunyai platform untuk berjaya.
Maka berusahalah dengan bersungguh2.
Berusahalah dengan tekun.
Berusahalah tanpa mengenal erti jemu.
Berusahalah dengan sepenuh daya dan tenaga.
Berusahalah dengan jujur.
Sambil terus bersolat dan berdoa dengan sabar.
Untuk segala masalah di atas, kita kena bijak menguruskan hidup.
Berbelanja di luar kemampuan adalah sesuatu yang tidak patuh dijadikan amalan.
Utamakanlah yang lebih penting daripada segala yang penting.
Di sinilah beruntungnya orang yang sentiasa beringat, cermat dan menabung.
Sikit2 lama jadi bukit.
Didiklah anak2 kita supaya menghargai wang.
Tanamkan bahawa bukan mudah mencari wang.
Simpanlah sebahagian pendapatan kita sebelum berbelanja.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Semuanya menjadi titik tolak untuk kita terus berusaha.
Segala pengalaman hidup, pahit manis kehidupan menjadikan kita semakin kuat dan tabah untuk mendepani cabaran dan dugaan Allah SWT.
Malahan ada waktu dengan kesempitan dan kesusahan hiduplah, kita mampu mencapai kejayaan yang lebih besar di dalam hidup.
Mohonlah permintaan daripada Allah dengan tetap
mendirikan solat dan bersabar.
Mudah2an hidup kita diberkatiNya. |
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.