Saturday, February 12, 2011

Bergabung

                                                              
Salam, Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat hendaknya. Hampir dua hari tak menulis catatan di ruangan blog ini. Khamis pagi2 terus menghala ke Kelantan. Singgah di Bentong berdemo. Lepas tu singgah ke Lipis dan Gua Musang berjumpa prospek. Petang jam 8 malam baru sampai ke Tanah Merah, terus ke Kota Bharu untuk pengukuhan. Bercakap lebih 3 jam sampai 12.30 baru pagi baru  habis.  Mereka mahu dengar walaupun lama. mereka tidak mahu berganjak walaupun aku pun penat.

Pagi2 jumaat bersama yang lain dengan Seminar Nur Wanita di Mawar Chalet Tanah Merah. Wah! adalah dalam 65 orang yang hadir. Banyak yang close dengarnya. Tahniah. Jam 5 petang baru bertolak ke Kulim rumah adik. Bermalam di sana. Pagi ni ke Safira Club untuk NDS Utara. Aku ambil slot pertama, lepas tu terus nak bertolak pulang. Ni terus pulang ke KL untuk menyambut Adib dr Jeddah yang dijadualkan tiba di KLIA petang ini.

Jadual ku padat. Penuh dengan demo, jumpa prospek, pengukuhan, meeting, seminar, bengkel dan segala2nya bersama AT 181. Esok pula di USJ 9 dan petang ke Melaka. Meeting lagi.

Alhamdulillah, beginilah jadual ku setiap minggu. Penuh dan padat. Apa lagi sejak Bio Zone Food Purifier keluar, syoklah berdemo dengan produk2 baru ni. Teruja juga Bio Ever, La Praise serta Lactolite. Semua produk hebat itu untuk ku gunakan bagi memancing appoiment dengan prospek.
Bab cantik, bab kurus dan awet muda semua orang perempuan mahu. Semua perempuan suka. Gunakan untuk close appoiment dulu. Bila dapat jumpa, jangan cerita yang kecil2 tu. Tunjukkan Bio Zone Food yang berupaya mengeluarkan segala kotoran dalam bahan makanan segar. Bila dah close pakej, baru tunjukkan Bio Ever.

Bersama AT 181, nak berjaya tak boleh sorang2.
Kena berggabung baru kita kuat. Baru kita cepat.
Bergabung lagi cepat sampai ke destinasi yang kita nak tuju. Dengan bergabung kita wujudkan suasana berniaga yang meriah.
Dengan bergabung kita tunjukkan bukti betapa ramainya orang yang buat perniagaan ini.
Dengan bergabung juga kita tunjukkan bahawa ramai yang boleh berjaya.
Dengan bergabung ramai yang pakai kereta mewah.
Dengan bergabung kita boleh tunjukkan betapa ramai yang hebat dalam kepimpinan, bagi ceramah, bagi motivasi dan ilmu.
Dengan bergabung kita boleh menumpang hebat orang lain. Kita tak pandai tak apa, tetapi apabila kita bergabung kita boleh menumpang kehebatan AT 181. Senangnya nak berjaya. Jadi bergabung jelah.
Memang kita tak disuruh buat sorang2pun.


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.
Bergabung lebih cepat nak berjaya.
Setiap orang yang menjadi warga AT 181 bersama2 bersatu hati untuk terus melakarkan kejayaan bersama akademi ini. Setiap orang bersama2 bertanggungjawab untuk memberi sumbangan, idea, tenaga dan buah fikiran serta kepandaian untuk sama2 membina kejayaan yang lebih besar mengiku.

Segala yang susah menjadi mudah jika kita bersama.
Segala yang berat menjadi ringan jika kita bergabung.

Sebagai warga AT 181,  untuk melengkapkan kejayaan kita, hanya 20 peratus sahaja tugas lain yang perli kita laksanakan. Sebanyak 80 peratus lagi, telah dilaksanakan dalam penggabungan warga AT 181.
Buat seminar, mana mungkin jadi jika sorang.
Nak handle meeting meeting, takkan mungkin meriah jika kita sorang2.
Nak buat bengkel, takkan nampak suasana jika kita bercakap sorang2.

Semua orang ada peranan. Ada yang boleh bercakap, ada yang hebat jadi mc, ada yang jadi tukang baca doa, ada yang pandai promote, ada yang bijak komputer, ada yang hebat mengarah di belakang tabir, ada yang suka membaca buku untuk dicurahkan kepada yang lain, ada yang bagi idea, ada yang boleh jadi bendahari...masing2 ada peranan besar. Jika tak pandai semua tu, jadi tukang tepuk dan tukang sorak pun cukuplah untuk sama2 memeriahkan meeting.
Atau tukang bagi nampak ramai meeting pun tak apa.
Senangnya...Setiapnya akan dikira jika kita ikhlas.

Jadi bergabunglah jika nak lebih cepat.
Akademi Taipan 181 sudah menjadi pohon besar yang sangat rendang, kukuh dan mantap untuk semua orang berpaut dan berteduh. Ia dah menjadi tempat orang meletakkan harapan dan menyandarkan impian.
Ia sudah menjadi sebuah akademi untuk orang mencari ilmu untuk berjaya dan mengubah kehidupan.
Ia sudah menjadi tempat ramai orang mencari rezeki dan kaya raya.
Ia sudah menjadi satu akademi yang diterima untuk menjadi orang luar biasa.
Ia sudah menjadi satu akademi untuk orang mencipta kejayaan dan melakarkan kemenangan serta kehebatan.
Ini semua berlaku bukan dengan kerja sorang2.
Ini semua terjadi hasil daripada kesepakatan dan penggabung jalinan antara seluruh pemimpin dan seluruh warganya.

Alangkah ruginya mereka yang mengambil tindakan berhenti daripada
akademi ini.
Lebih rugi apabila ada yang keluar konon mahu menubuhkan group sendiri dengan strategi dan cara mereka sendiri.
Tindakan mereka ibarat mahu menanam pokok baru.
Berapa tahunkah mereka harus menunggu untuk melihat pokok itu besar, kukuh dan merimbun seperti pokok AT 181 yang sedia ada?

Tapi tak apalah jika itu kemahuan sendiri. Akademi Taipan 181 tidak pernah menghalang sesiapa jika ada yang berhasrat sedemikian. Akademi ini juga tidak merasa kerugian atau kehilangan ke atas mereka yang pergi.
Tugas dan tanggungjawab kepada yang mahu berjaya terlalu besar.
AT 181 tidak mempunyai masa dan ruang untuk bercakap dan memikirkan perkara yang remeh temeh seperti itu. Cuma kita doakan selamat maju jaya dan semoga terus  membuktikan kejayaan anda walaupun sudah bergelanggang di luar AT 181.

Insyaallah, aku dah tiba di Sg Perak. Cepatnya tak sedar catatan pun dah tiba ke penghujung. Wah seronok dan gembiranya. Petang ni insyaallah, aku boleh menatap dan melepaskan rindu kepada anak lelaki tunggal ku Mohd Adib yang akan tiba dari Mesir setelah transit di Hujjatul Hujjaj Jeddah selama 10 hari.

Salam untuk anda semua. Insyaallah kita berjumpa lagi.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.