Thursday, February 3, 2011

Assalamualaikum Mama...

Salam, jam 9.39 malam tadi ketika kami dalam perjalanan ke Alor Star, Adib menjawab mesej melalui fbnya.
Dia menulis...

"Salam rindu
Assalamualaikum mama, abah serta kesemua keluarga yang dirindui...Maafkan Adib kerana membuatkan mama risau tak henti...
Adib di sini mengalami banyak masalah di Mesir.
Bekalan makanan terhad, barang naik mendadak, duit habis dan nyawa tergugat...tapi alhamdulillah Adib selamat bersama kawan2 serta ustaz dan rakyat Malaysia.
Sebelum ni Adib tak balas mesej sebab facebook dan telefon disekat perkhidmatan selama 4 hari.
Adib harap bila mama dapat mesej daripada Adib ni, janganlah mama susah hati lagi dan khabarkan berita gembira ini kepada keluarga kita.
Syukran Lillahi Ta'ala..."

Apa lagi...tiada kata2 yang mampu aku ungkapkan kecuali mengucap syukur kepada Yang Maha berkuasa. Air mata dengan rela keluar tanpa dipaksa.

Aku segera menyambut mesejnya tetapi tiada balasan.
Aku terus menanti....



Adib yg paling kanan sekali, paling tinggi. Bersama kanak2 seawal 8 atau 9 tahun yg sama2 belajar di Al Furqan Mesir. Gambar dirakamkan di lapangan terbang Cairo sewaktu mengiringi kami pulang ke Malaysia bulan Mac 2010 yg lalu.
Adib dipilih menjadi AJK Persatuan Pelajar2 Al Furqan di Mesir.
Ada ciri kepimpinan yang tinggi rupanya anak lelaki ku ini.
Biarlah dia menimba pengalaman sebanyak mungkin sewaktu mudanya.
Ia akan menguji kekuatan, ketahanan mental dan fizikalnya.
Semuanya menjadikan dia lebih bijak dan matang untuk menjalani hidup yang lebih mencabar.

Alhamdulillah, hati ku sedikit lega. Walaupun demikian talian telefon belum berfungsi. Aku masih berharap dapat bercakap dengannya.

Berita jam 8 malam tadi melaporkan Misi Penyelamat Piramid akan mula membawa keluar rakyat Malaysia seramai 14 000 orang yang berada di Mesir.
Seramai 2000 orang akan dibawa keluar setiap hari dan ia akan mengambil masa selama 7 hari. Mereka akan dibawa ke Jeddah terlebih dahulu sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah. Aku menanti Adib tiba dengan penuh sabar.
Doakanlah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.