Salam, MaulidurRasul
Hari ni pagi2 kami ke Kajang berhampiran Hentian Rehat Dukong. Bersarapan dengan anak2. CDM Kartini dan CDM Kamaruddin pun ada. Macam2 menu ada, nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan kuih muih pelbagai warna. Jika anda nak cari kedai makan di Kajang, bolehlah datang.
Selepas sarapan kami ke Alamanda. biasalah Syahirah dan Aisyah sangat minat membaca. Kalau boleh setiap hari nak beli buku. Hari ni mereka ajak kami ke MPH Book Store tapi tutuplah pulak sehingga 26 Februari baru buka. Lalu kami ke IOI Mall, kedai buku POPULAR.
Anda di mana hari ini?
Di Putrajaya ada program sambutan MaulidurRasul.
Ada yang menghadiri program ceramah di masjid dan surau berhampiran kediaman masing2.
Ada juga yang mengadakan majlis kenduri dan doa selamat hari ni sempena bulan kebesaran kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Tapi bagi kita yang berniaga, orang bercuti kita terus bekerja.
Ada juga yang sedang berdemo.
Ada yang berjumpa prospek.
Semalam, aku jumpa sorang prospek di Seremban.
Selepas tunjukkan marketing plan...
Katanya"saya nak tanya isteri saya dulu. Rasanya kawan saya ada juga cerita pasal syarikat ni. Boleh juga tanyakan dia nanti. Apa2 hal saya maklumkan pada Kak Lela ya". Dia menunjukkan kepada rakan kongsi kami, Kak Lela.
Sebenarnya jarang sekali, kawan2 akan bersetuju atau menyokong kita apabila kita bertanya tentang perancangan dan usaha untuk kejayaan kita dalam apa bidang sekali pun.
Malahan kebanyakan mereka akan membantah cita2 kita, mentertawakan impian kita atau prejudis dengan kemampuan kita.
Yang selalu terjadi ialah...
Situasi pertama....Ketika mula2 nak join
"Kau nak join AT 181? Eh dah ramai sangat yang gagal tau tak. Kau jangan terpedayalah, nanti kau akan lingkup sekali dengan mereka. Tak payah lah kau bermimpi nak kaya konon, duduk je lah kat ofis tu. Muka kau tu memang muka kerani pencen".
Situasi kedua....
Ketika kita memulakan langkah untuk dan mula berusaha...
"Tengoklah nanti. Aku dah lama kenal kau ni. Muka kau ni macam tahi ayam. Hangat2 tahi ayam. Aku nak tengok berapa lama kau boleh bertahan. Kalau kau tak berjaya, aku orang pertama akan bertepuk tangan".
Situasai ketiga...
Ketika kita sudah berjaya dan mengalami perubahan hidup...
"Kan aku dah kata, kau memang hebat. Mana orang boleh tiru cara kau. Dalam sejuta orang, sorang je yang macam kau ni. Itu pun kira nasib baik je. Tahniahlah kawan. Tapi aku nak tanya jugak, kau pakai bomoh kat mana ya?"
Situasi keempat...
Selepas kita berjaya dan terus mendaki tangga kejayaan...
"Aku nak tengok berapa lama kau boleh bertahan, berapa lama kau boleh pakai Mercedes ni, tak lama lagi kena tariklah. Dah ramai orang yang lingkup. Sekejap je kaya."
Demikianlah selalunya.
Masayarakat kita tidak memberikan sokongan ke arah kejayaan bangsa.
Malahan masih begitu kuat perasaan hasad dengki di kalangan orang kita.
Mereka penuh berprasangka buruk kepada kejayaan.
Mereka juga melihat kejayaan sebagai sesuatu yang mustahil. Apabila melihat kejayaan orang lain, mereka melihatnya dengan penuh iri hati.
Kita tak mampu nak buat keputusan sendiri tentang masa depan hidup kita.
Inilah yang menyebabkan perasaan takut dan tidak yakin kepada diri sendiri begitu kuat melingkari pemikiran kita.
Kita takut untuk berdikari.
Kita takut keputusan kita silap.
Kita mahu melihat respond orang dulu.
Kita mahu melihat kejayaan orang lain dulu.
Kita takut untuk memulakan sesuatu yang baru.
Kita tidak berani untuk mencuba.
Senang cerita kita takut.
Kita belum cubapun, tapi ketakutan kita melebihi kemahuan untuk mencuba.
Banyak ketakutan yang tidak wujudpun muncul dalam kepala kita.Sebenarnya memang tak ada pun ketakutan yang kita fikirkan itu.
Cuma kita je yang terbayang sendirian.
Kita takut kawan2 pulaukan kita.
Kita takut ditertawakan.
Kita takut untuk berimpian.
Kita takut untuk berjaya.
Kita takut orang tak mahu.
Kita takut orang dah habis.
Kita takut orang tak mahu berkawan dengan kita.
Kita takut tak boleh jual.
Kita takut barang berlonggok.
Kita takut Bos tahu.
Kita takut suami marah.
Kita takut barang tak laku.
Kita takut syarikat tutup.
Kita takut rugi.
Kita takut kena ke hulu ke hilir.
Kita takut rumahtangga terabai.
Kita takut anak2 terbiar.
Kita takut jiran tak mahu senyum pada kita lagi.
Kita takut tak boleh bagi komitmen.
Kita takut kena balik lewat malam.
Kita takut kejayaan akan menyusahkan kita.
Kita takut kena cukai banyak jika dah kaya.
Kita takut rumah kena rompak kalau dah duit banyak.
HANYA ORANG YG BERANI SAHAJA YANG AKAN BERJAYA.
KAWAN2 HANYA BOLEH BAGI PENDAPAT TETAPI MEREKA TIDAK BOLEH MEMBERIKAN KITA PENDAPATAN.
Jadi tak payahlah tanya kawan.
Tak perlulah dengar nasihat kawan.
Salam Selamat Maju Jaya Untuk Yang Mahu Berjaya.
15 Februari 2011
MaulidurRasul. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.