Wednesday, February 9, 2011

Banyak Nak Kena Jaga

Lidah...banyak nak kena jaga.


Berkatalah yang baik
Berkatalah yang benar
Kata-kata yang positif
Kata-kata nasihat
Kata-kata yang berfaedah
Memberikan ilmu yang boleh dimanfaatkan
Memberikan dorongan dan motivasi
Berkongsi pengalaman
Berjanji yang mesti ditunaikan
Kata yang mesti dikota
Cakap mesti serupa bikin
Kurangkan bercakap banyakkan mendengar
Kurangkan bercakap banyakkan bertindak
Jangan membebel
Jangan berleter
Jangan marah-marah
Jangan melebel
Jangan  menyalahkan orang lain
Mulut baik hati juga mesti baik
Nanti jadi mulut masin
Kata adalah doa
Sebut yang baik dapat yang baik
Sebut yang jahat dapatlah yang jahat
Sebut yang buruk  dapat yang buruk
Memburukkan orang sebenarnya kitalah yang buruk
Menjatuhkan orang sebenarnya kitalah yang jatuh
Menghina orang sebenarnya kitalah yang hina



Yang kotor jangan ditutur
Yang lucah jangan dicelah
Walaupun untuk menghiburkan hati
kerana is menyebabkan hati kita mati


Berbohong
Menfitnah
Mengadu domba
Menceritakan aib orang
Menyakiti hati orang lain
Janji palsu
Menokok tambah
Sejengkal menjadi lima depa
Menjadi batu api
Melaga-laga
Manis di depan menikam di belakang
Musang berbulu ayam
Cerita negatif
Cerita karut
cerita gossip
Yang kecil jangan dibesarkan
Yang besar kita tutup-tutupkan
Yang hebat kita war-warkan

Banyakkan cerita tentang berniaga
Banyakkan cerita tentang strategi plan
Banyakkan cerita tentang hebatnya produk
Banyakkan cerita tentang rakan kongsi
Banyakkan cerita tentang semangat
Banyakkan cerita tentang impian
Banyakkan cerita tentang wang
Banyakkan cerita tentang seronok
Banyakkan cerita tentang gembira
Banyakkan cerita tentang prospek
Banyakkan cerita tentang nak bawa orang
Banyakkan cerita tentang closing
Banyakkan cerita tentang demo demo demo
Banyakkan cerita tentang jutawan
Banyakkan cerita tentang kepimpinan
Banyakkan cerita tentang kejayaan
Banyakkan cerita tentang kehebatan
Banyakkan cerita tentang kegemilangan


Lidah bercabang
Lidah berlubang
Jauhilah jika mahu berjaya
Jauhilah jika mahu bahagia
Jauhilah jika mahu gembira
Jauhilah jika mahu sejahtera
Jauhilah supaya orang sukakan kita
Jauhilah jika mahu berniaga lama
Peringatan ini untuk diriku sendiri khususnya
Teknologi canggih...
Gunakan untuk kebaikan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.