Bersama2 pemimpin hebat di Sabah sewaktu program pengukuhan di KK.
Salam bahagia.
Salam MaulidurRasul
Salam untuk seluruh warga Akademi Taipan 181.
Semoga kita terus bersemangat.
Semoga kita terus excited
Semoga kita terus berusaha.
Aku nak kongsikan beberapa perkara yang menjadikan tarikannya kepada falsafah dan kemurnian perniagaan yg aku bina ini.
Dah lebih 8 tahun bersama perniagaan ini. Aku begitu kagum dengan konsepnya.
Sungguh murni. Ia juga menjadi tuntutan agama kita.
Di dalam perniagaan network ini, fahamilah beberapa perkara penting yang menjadi tunjang kepada kepada kejayaan kita.
* Menjayakan orang lain sebelum kita berjaya
*Untuk menjadi hebat, jadikan rakan kongsi kita orang yang hebat.
*Dalam business ini, kita bukan nak tonjolkan kehebatan kita.
Lebih utama ialah menonjolkan kehebatan rakan kongsi kita.
*Banyakkan memberi sebelum kita fikirkan untuk menerima.
Menjayakan rakan kongsi tanpa berkira soal wang, tenaga, masa dan kepenatan.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas, jujur dan bersungguh2. Kejayaan akan datang dengan sendirinya apabila semuanya kita lakukan dengan betul.
*Untuk mendapat pendapatan yang besar, maka semua rakan kongsi di dalam network kita mesti mendapat pendapatan yang besar juga. Kita tidak mungkin mendapat pendapatan yang besar jika rakan kongsi kita mendapat pendapatan yang ciput.
*Kejayaan kita adalah kejayaan sebagai satu pasukan dan bukan kejayaan
secara individu.
*Kejayaan yang lebih bermakna akan datang apabila kita buat kerja yang betul sejak dari mula. Permulaan yang baik akan memberikan hasil yang baik.
Alhamdulillah, aku berbangga sekali melihat kejayaan seluruh warga AT 181.
Berbangga melihat seorang demi seorang naik sebagai CDM.
Aku merasa kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat seorang demi seorang berjaya mengubah kehidupan mereka.
Melihat rakan kongsi mendapat pendapatan belasan ribu atau puluhan ribu adalah suatu kepuasan yang tidak terucap dengan kata2.
Begitu ramai pula yang mampu memiliki kereta mewah yang serba selesa.
Tidak kurang yang berjaya membeli rumah yang lebih sempurna hasil kejayaan dalam perniagaan ini.
Aku juga bergembira apabila melihat begitu ramai yang mampu melayakkan diri melancong secara percuma, menunaikan umrah, menghantar ibu bapa ke Mekah.
Hebat sekali melihat rakan kongsi yang hanya orang biasa mampu mnjadi manusia luar biasa selepas bersama kumpulan ini.
Jangan ada di kalangan kita sebagai upline atau downline atau sideline yang merasa sakit hati, benci, menyampah dan geram dengan kejayaan orang lain di dalam akademi ini.
Jangan ada di kalangan kita yang sakit hati kepada rakan kongsi sendiri.
Tak cerita habis marketing plan.
Tak bagi tahu cara nak fight ke CDM.
Tak bagi ilmu habis cara nak melancong.
Tak bagi tahu cara nak fight tabung kereta.
Tak bagi tahu tentang maintain dan beza antara 200BV atau 1000BV.
Sekat downline tak bagi naik CDM takut dah tak dapat over riding.
Takut dia tak ada pendapatan besar lagi.
Tak bagi downline nampak hebat, takut tenggelam hebat dia.
Menyebarkan cerita2 tak betul konon downline dia penipu supaya nampak buruk kepada CDM lain.
Ambil downline rakan kongsi letak bawah dia direct line.
Rupanya ada agenda tersembunyi.
Sebab itu aku selalu kata....
Nak berjaya dalam apa bidang pun, nombor satu ialah jujur kepada diri sendiri.
Itu tak ikhlas namanya.
Itu ada agenda peribadi kisahnya.
Itu pentingkan diri sendiri ceritanya.
Itu mahu dia je yang berjaya lagaknya.
Itu mahu dia je yang hebat gamaknya.
Dia je yang mahu hidup senang.
Dia je yang mahu memandu kereta mewah.
Dia je yang mahu dipuji.
Dia je mahu mahu kaya.
Dia je yang mahu berjaya.
Dia je yang mahu hebat.
Jika macam tu...
Hati tak ikhlas.
Hati tak balance senang cakap.
Hati busuk pedas sikit.
Tetapi itulah realitinya.
Jangan macam tu kawan2.
Kita mahu semua jadi CDM.
Kita mahu semua dapat pendapatan besar.
Kita mahu semua hebat.
Kita mahu semua orang berjaya.
Kita mahu semua boleh mengubah kehidupan.
Kita mahu semua boleh memiliki rumah besar.
Kita mahu semua menikmati kebebasan luar biasa.
Kita mahu semua menjadi pemimpin hebat.
Aku mahu supaya semua orang berjaya.
Ada komen atau nak beri ulasan?
Atau respond. Atau nak mengadu?
Saya bukanlah betul semua. Bukan juga elok semua.
Betulkan saya jika ada kesilapan saya demi
Akademi Taipan 181.
Bolehlah bagi respond atau komen anda.
Saya amat mengalu2alukannya.
Sekian terima kasih. Kita jumpa hari khamis nanti ya. |
|
Ya... walaupun saya baru setahun jagung di Akademi Taipan ini... tapi itulah realitinya.. Untuk berniaga kita perlu perbetulkan niat kita.. jujur itu tunggak utama... tak perlu busuk hati... dengki..iri hati.. tipu sana sini.. setiap antara kita tak kira laa downline..upline..sideline... setiap orang ada rezeki masing-masing... saya yakin Allah tidak pernah menzalimi hambanya...
ReplyDeleteYa Linda. memang benar, harapan orang untuk berjaya terlalu tinggi. Jujurlah dengan mereka semua.
ReplyDelete