Wednesday, February 2, 2011

Persoalan2 Yang Sama

Salam.
Apa khabar hari ini? Mudah2an sihat hendaknya.

Hanya dengan satu sms tentang Bio Ever, aku bertemu sahabat lama.
Dulu kamisama2 mengajar di Sek Men Seri Indah termasuk
bersama Cikgu Kartini Mat Yaakob.
Rasanya hampir 9 tahun aku tak berjumpa Dr Fadzillah Abd Rahmah, sekarang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan UPM.
Aku terputus hubungan dengannya sejak tahun 2002 apabila beliau menyambung pengajian PhD di UK.
Sejak itu aku langsung tidak mengetahui perkembangannya sehinggalah aku bertemu suaminya Hj Rosli pada bulan Ramadan yang baru lalu. tetapi aku tidak juga berusaha untuk menghubunginya. Cuma minggu lalu terdetik untuk menghantar sms tentang keajaiban produk Bio Ever. Dia membalas sms itu dan aku segera menghubunginya.

Dua hari kemudian aku berjumpa dengannya di UPM. Terharu dan gembira.
Aku kagum dengan semangatnya sehingga mendapat PhD.
Dr Fadzillah meminta aku datang berkongsi dengan suaminya di rumahnya.
Aku terpaksa ponteng meeting malam tadi di TTC 1 kerana temu janji dengan
Dr Fadzillah.

Dan malam tadi aku berkunjung ke banglonya yang tersergam indah
di Sungai Ramal Dalam Bangi.
Terpegun aku melihat keindahan banglonya yang berharga lebih RM450 000 yang siap dibina 3 tahun lalu di atas tanah lot. Dengan konsep hiasan dalaman Inggeris yang juga menjadi minatku, aku rasa bagai ingin memilikinya juga.
Wah! hari ini aku bangun pagi dengan satu impian baru untuk memiliki banglo di atas tanah lot seperti DR Fadzillah.
Semuanya bermula dengan impian.

Macam biasa. Aku menarik perhatian prospek dengan keajaiban
produk Bio Ever dan Bio Zone Food.
Ya, mereka terkesima melihat buih2 kotoran yang keluar dari ayam yang diozonkan.
Memang menggelikan. Jijik melihatnya.
Betapa produk ini menyebabkan mereka suami isteri terus tertarik dan mula bertanya soalan demi soalan.

Aku meneruskan langkah membentangkan strategi plan dan memperkenalkan Akademi Taipan yang ditubuhkan untuk membimbing sesiapa sahaja yang mahu berjaya. Mereka faham dan sangat jelas tentang cara mahu menjana pendapatan yang disediakan. Memang kata Dr Fadzillah bahawa suaminya juga sedang mencari peluang, andainya mempunyai peluang yang bagus suami bercadang untuk berhenti kerja.
Nah! kami datang tepat pada masanya.
Ramainya orang seperti ini. Sedang mencari peluang tetapi tidak mengetahui peluang apa yang ada untuk diceburi. Keinginan untuk berjaya adalah kemahuan bagi setiap orang normal. Maka kita berkongsilah dengan sesiapa sahaja.

Setelah membentangkan strategi plan dan bercerita tentang hebatnya AT 181, beberapa soalan biasa ditimbulkan kepadaku. Biasalah, walaupun mereka golongan profesional, tetapi mereka juga terperangkap dengan persoalan2 biasa yang melingkari kebanyakan pemikiran orang Melayu kita.

Antara yang ditimbulkan ialah...
* Mana yang lebih ramai antara yang berjaya dengan yang gagal dalam AT 181?
* Selalunya faktor2 kegagalan itu berpunca daripada apa?
*Bimbingan percuma? Apa maksudnya?
* Bekerja sebagai suatu team? Bagaimana yang dikatakan team itu?
* Mungkinkah akan tepu perniagaan ini?
* Berapa lama syarikat boleh bertahan?
*Berapa jam diperlukan dalam sehari untuk berjaya?
* Nak berjaya mestilah ada pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana yang dimaksudkan?
* Perlukan mereka keluar malam2 seperti yang dilihatnya untuk berjaya?
* Baginya busines ini besar modalnya, peluang untuk berjaya itu berapa banyak?
* Bagaimana dengan produk? Tidakkah nanti semua orang sudah membelinya jika setiap orang membeli dalam stok yang lebih dari yang diperlukan?
* Adakah 'janji cucuk orang' itu benar2 berlaku?

Banyak lagi persoalan yang ditimbulkan. Boleh tulis sebuah buku ni...
Tetapi alhamdulillah, kematangan, kebijaksanaan dan pengalamanlah yang membolehkan aku menjawab segala persoalan yang ditimbulkan sehingga mereka suami isteri benar2 berpuas hati dan memberikan keputusan untuk
bersama AT 181 mencuba perniagaan ini.
Tahniah...close, terus isi borang ahli suami isteri,
terus mengambil Bio Ever. Dana mereka akan urus sendiri dan akan menghadiri business talk selepas Tahun Baru Cina nanti.

Tak cuba belum tahu. Dah cuba bermakna peluang untuk berjaya sudah berada dalam genggaman. Tinggal lagi untuk melangkah dan bertindak mengikut bimbingan yang ditunjukkan oleh Akademi Taipan 181.

Bersedialah dengan pelbagai jawapan andainya ditimbulkan persoalan oleh prospek. Matang dan bijak serta berhemah akan menentukan hasil selanjutnya.
Aku hanya berkongsi peluang.
Memaksa dan mendesak tidak akan aku lakukan.
Tetapi memahamkan mereka sehingga prospek benar2 terang, faham dan jelas tentang halatuju
perniagaan ini melalui AT 181 adalah tanggungjawab kita.
Maka tindakan seterusnya ialah berusaha untuk membawa mereka ke Business Talk AT 181. Aku tahu tidak mudah untuk membawa orang baru.
Maka di sana pula wujudnya istilah follow up.

Hari ini aku ada nak berjumpa seorang prospek di Klang. Selepas itu aku nak siapkan slide untuk Seminar Nur Wanita Alor Star.
Petang ni bercadang terus nak bertolak ke Alor Star bersama anak2.
Kebetulan mereka bercuti.
Esok seharian di sana.Habis program di alor star, aku akan terus pulang ke KL.
Hari Jumaat aku akan berangkat ke KK dengan penerbangan firefly untuk membantu group Sabah.
Pada pagi2 hari Sabtu 5 Februari, aku bersama CDM Kuyah dan
CDM Siti Rahmah akan ke Sandakan untuk slot pengukuhan di sana.
Kali pertama nak ke Sandakan. Sebelah malamnya terus berangkat pulang ke KL.

Inilah rutin hidupku sejak bersama AT 181.
Setiap hari berdemo, berjumpa prospek, menegur strangers, buat table talk, service rakan kongsi, pergi meeting, menghadiri seminar, menghantar produk, menguruskan dana bagi yang join, pergi ke stokis untuk punch barang, menghantar barang, berjumpa upline, pergi meeting, berkongsi ilmu, bercakap, berceramah di sana sini seluruh negara dan seumpamanya.

Jika free, aku membaca buku, melihat level sales, mencari strangers, menghubungi rakan lama, mengesani downline lama, menulis blog, melayari internet dan sebagainya.
Sekali seminggu aku ke kelas tafsir Al Quran dan mengadap kitab dengan seorang ustaz di Sri Petaling.


Buat apapun, tujuannya nak kaya.
Lebih2 lagi nak  berjaya di dunia dan di akhirat sana.
Nak kaya di dunia dan di akhirat juga.
Nak hebat di sini dan di sana jua.
Memberikan ilmu secara percuma adalah suatu amalan jariah yang sangat dituntut. Memberi kebaikan dan manfaat kepada orang lain adalah sangat digalakkan. Syukurlah, bersama AT 181, aku mendapat semuanya.

Salam, insyaallah kita berjumpa lagi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.