| Lama tak menulis tentang Tuah yang menjadi kesayangan keluarga. Tuah memang bertuah terus mendapat perhatian dan kasih sayang kami sekeluarga. Lihatlah gambar2 Tuah di bawah. |
| Pandai Tuah, dia menunggu sehingga aku klik camera ku baru dia mengalih pandangannya ke tempat lain. |
| Pagi dukong Tuah, petang dukong Tuah, malam pun dukong Tuah |
| Hari2 Irah dan Aisyah bergurau dengan Tuah. Tuah melayannya sampai mereka puas. |
| Kami sampai dari Melaka malam tadi hampir jam 9.45 malam. Lepas tukar baju, Dzul melayan Tuah lagi. Rasa bahagia katanya.... |
| Tuah membersihkan badannya. |
![]() |
| Aisyah berpesan sesuatu kepada Tuah sebelum keluar ke mana2. Macam la Tuah tu faham apa yang dipesannya... |
| Tuah sedang mendengar cakap Dzul. Khusyuk macam faham je... |
| Bila orang dah keluar dan tak ada yang melayannya lagi, Tuah akan termenung panjang. Sedih agaknya kerana tak ada teman bicara... |
| Tidurnya penuh aksi dan penuh seksi...he he he. |
| Aisyah melayan Tuah minum sampai Tuah berhenti. |


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.