Tuesday, February 1, 2011

Menanti Khabar Dari Cairo!!!

Makan malam bersama Mohd Adib sehari sebelum berangkat ke Egipt
pada bulan Oktober yang baru lalu.

Wajah Adib mirip sekali dengan Tuan Zamri Mohamad,
penulis muda yang sangat berpotensi besar.
Saiz badan pun lebih kurang sama. Saling tak tumpah. Inilah agaknya
'pelanduk dua serupa'.

Adib, anak lelaki tunggal dari empat orang adik beradik.
Adib anak kedua dalam keluarga. Usianya baru 16 tahun.
Tetapi minatnya kepada pengajian agama dan Al Quran mendorongnya belajar hingga ke Egipt ketika usia mudanya belum mencecah 15 tahun melalui Pusat pendidikan Al Furqan. Tanpa disangka. Rupanya Adib mampu melakukan lebih dari apa yang aku sangkakan.

Suasana rusuhan dan kekacauan politik di Mesir ketika ini amat merisaukan.
Keadaan kacau bilau. Banduan banyak yang terlepas. Pasukan polis hampir lumpuh.
Pihak tentera yang berkawal hanya melihat rakyat merusuh sahaja demi mengelakkan lebih banyak berlaku pertumpahan darah. Semua talian internet dan telefon telah dihentikan.
Presiden Hosni Mubarak pula belum menampakkan tanda2 ingin meletakkan jawatan. Dan rakyat akan terus merusuh.
Semua pejabat dan bank ditutup. Kedai2 juga ditutup. Tiada bekalan makanan. Harga makanan melambung tinggi.

Rakyat Amerika Syarikat, Turki, Britain dan Singapore telah bertindak pantas membawa keluar rakyat mereka dari negara itu.

Kali terakhir aku berhubungan dengan Mohd Adib ialah pada hari Rabu yang lalu. Kawasan rusuhan benar2 berlaku di kawasan penempatannya.
Dari rumahnya di tingkat empat, keadaan rusuhan jelas kelihatan.
Kereta2 kebal, tentera dan serang menyerang dapat dilihat dengan jelas. Tumpahan darah berlaku di sana sini.
Bunyi tembakan kedenganran berdentam dentum. Suasana sangat menakutkan.



Selepas itu aku tak dapat menghubunginya lagi. Hp tak kedengaran. FBnya tidak dibuka. Emeil yang ku hantar tidak dijawab. Internet telah disekat. Aku cuba menghubungi ustaz Zahir yang menjadi warden di asramanya, tetapi gagal. Beberapa panggilan telefon ibu bapa yang mempunyai anak di Al Furqan juga mengkhabarkan perkara yang sama. Mereka semua keluh kesah menanti khabar tentang anak masing2.
Aku menghubungi Ustaz Yusof di Pengkalan Chepa, yang memang mengendalikan kemasukan pelajar2 AL Furqan ke Mesir. Alhamdulillah dapat bercakap dengannya. Katanya keadaan terkawal cuma pelajar2 ketiadaan bekalan makanan.
Pagi semalam aku cuba menghubungi pejabat Wisma Putra berdasarkan nombor yang diberikan tetapi line terlalu sibuk. Sampai petang tak dapat jawapan.

Ku menanti berita2 semasa di TV. Ya keaadaan memang kacau bilau. Suasana memang sangat tidak selamat. Keadaan yang lebih bahaya kepada pelajar perempuan kerana rompakan dan pecah rumah berlaku di sana sini kerana semua banduan telah terlepas. Pihak polis kehilangan kuasa.

Kebimbangan, kerisauan menguasai fikiran ku. Dzul nampaklebih tenang. Tak nampak langsung dia risau keselamatan anak lelaki tunggal kami. Mungkin dia berdoa dalam tenang...
Aku menghubungi beberapa orang kawan, kenalan dan saudara mara yang mempunyai anak yang belajar di sana. Jawapan mereka sama. semuanya terputus hubungan dengan anak masing2.
Dr Nor Zahira, pensyarah UKM Bangi sempat membawa balik anaknya Safwan yang belajar bersama Adib, sehari sebelum rusuhan. Katanya mereka memang merancang lebih awal untuk membawa balik Safwan untuk dibawa bercuti bersama keluarga ke Switzerland.

Berita lewat malam tadi memaklumkan, kemungkinan rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan dibawa pulang jika keadaan terus kacau bilau.Aahh! melegakan.
Semoga  Adib segera tiba ke pangkuan keluarga.
Pagi ni aku mendapat sms daripada Ustaz Yusof untuk menyediakan wang sejumlah RM3 Ribu sebagai persediaan membawanya pulang ke Malaysia. Katanya usaha2 sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk membawa keluar pelajar Al Furqan seberapa segera keluar dari Kaherah dan terus dibawa pulang ke KL.
Suatu perkembangan yang positif.
Hingga saat aku menulis ini, aku masih menanti berita2 selanjutnya sama ada daripada kawan2, saudara mara, ibu bapa yang lain,
pihak pengurusan Al Furqan atau Wisma Putra.
Aku benar2 faham kini, setiap saat dan detik bagaikan harga segunung emas.
Setiap deringan telefon bagaikan suatu bunyi yang begitu menggoncangkan jiwa keibuan ku.
Semoga semuanya akan selamat. Tak putus aku berdoa untuk anak kesayangan ku MOHD ADIB semoga dia selamat kembali ke pangkuanku. Terima kasih juga kepada semua yang turut mendoakan anakku dan seluruh rakyat Malaysia di sana.

Salam,berjumpa lagi.

2 comments:

  1. semoga cdm faridah terus tabah menanti berita dan kepulangan anak lelaki tunggal dengan selamat ke tanah air.. amin. bersabar ya kak Dah..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Aida atas sokongan yg berterusan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.