Sunday, April 29, 2012

Aku Tak Mahu Jadi Bangau

Aku Tak Mahu Jadi Bangau!
Asyik menyalahkan orang!



Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul?
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang?
Lembu tak makan aku.

Lembu oh lembu
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan?
Perut aku sakit.

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit?
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah?
Kayu api basah.

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah?
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan.
Kenapa engkau timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa?
Katak panggil aku.

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil?
Ular nak makan aku.

Ular oh ular.
Kenapa kau nak makan katak?
Macam mana aku tak makan?
Memang makanan aku.
Memang makanan aku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.