Sunday, April 8, 2012

Program Hari Sabtu

Salam....
Semalam pagi kami ke IISKD
di Sunway Damansara.
Ada Report Card Pick Up Day sampai jam 1 tengah hari.
Alhamdulillah, result Aisyah dan Irah sgt memberangkan.
Banyak dpt A, tapi ada gak yg dapat B dan C.
Kena usaha lagi.

Bagi Irah, subjek Physics, Chamestry dan Biology kena
banyak lagi usaha.
Boleh tingkatkan lagi.
Subject Islamic studies, Arabic, Tajweed, Mathematic, BI dan BM makin baik.

Nampaknya Irah lebih cemerlang berbanding Aisyah.
Mungkin kerana dia dah sekolah menengah, usia pun semakin matang.
TV, video pun tak tengok.
Internet pun aku control.
Boleh guna dua jam sahaja seminggu.
itu pun Ahad je.
Cita2nya nak jadi doktor bedah.
Dia semakin minat dgn subjek2 sains.
Semoga berjaya.
Selepas selesai di IISKD,
kami terus ke Kampung Alu Gajah, Paya Jaras Sungai Buloh
kerana menghadiri jemputan kenduri kahwin
Tn Haji Ir Ismail dan isteri.
Terkejut aku tengok mahligainya.
Mak ooi besarnya, luasnya halaman.
Siap ada swimming pool.

Semua kanopy kenduri yg memanjang dan melintang
dibina di halaman rumah sendiri.
itupun masih banyak tanah lapang di halamannya.

.
Tersegam indah mahligainya.
Jadi kecil pulak rasanya rumah sendiri.
Bestnya...jika punya rumah macam ni.
Tak perlu sewa dewan, atau buat atas jalanraya
atau sewa hotel.
Semuanya di halaman rumah sendiri.


Kanopy di ruang parking kereta.
Di sinipun dekat 20 meja boleh dimuatkan.
Betul2 lapang dan selesa.
Pertemuan sanak saudara di majlis kenduri kahwin anak sulung tuan rumah.
Buku menjadi salah satu dripada hantaran.
menarik juga ya. Ada ilmu menjalani hidup sebagai suami isteri.
Maalum, banyak cabaran menunggu di hadapan. Gelombang dan taufan sedia menanti, dgn sabar, bijaksana dan ilmu, diharap pengantin
akan berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Ini pembaharuan dlm masyarakat.
Patut digalakkan.
Selamat Pengantin Baru.

Kami bertolak pulang selepas pengantin tiba jam 2 petang.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.