Bekerjasama
Teamwork
Satu pasukan
Bekerja bersama2 untuk kejayaan bersama.
Bertindak bersama2 untuk keberhasilan yg dinikmati bersama.
Bukan itu sahaja...
Kita juga gembira dgn kejayaan rakan dlm kumpulan kita.
Kita sangat berbangga dgn usaha dan kejayaan mereka.
Kita tidak iri hati dgn kecemerlangan mereka.
Kita tidak cemburu dgn kelebihan dan kesenangan mereka.
Kita sebut nama mereka dlm doa kita selepas solat.
Kita juga berdoa untuk kejayaan semua sahabat yg ada dalam kumpulan kita.
Kita juga membantu orang lain bergembira dgn kita.
Kita juga berbesar hati berkongsi ilmu dgn
semua yg ada dlm kumpulan kita.
Kita ringan tulang untuk meringankan bebanan mereka sekadar yg kita mampu.
Kita tidak berkira dgn mereka.
Kita sedih jika mereka sedih.
Kita turut merasa susah jika mereka susah.
Kita berduka cita jika mereka berduka cita.
Hati kita rapat dgn hati mereka.
Kita rasa akrab dalam bersilaturrahim dgn mereka.
Kita ikhlas bersahabat dgn mereka.
Kita bersedia memohon maaf dan mereka juga bersedia memaafkan kesalahan antara kita.
Kita tidak akan menyimpan dendam sesama sendiri.
Kita tidak akan melakukan perkara2 yg boleh merosakkan perhubungan dgn mereka.
Kita tidak akan memburukkan atau mengeji sesama sendiri.
Kita juga tidak akan "manis di depan menikam di belakang"
Apa sahaja yg kita buat akan mengambil kira kepentingan bersama.
Itulah antara ciri2 teamwork..
Jika kesemuanya mampu kita terapkan dlm kumpulan kita, oohhh alangkah
indahnya.
Allah pasti memberikan kejayaan yg lebih besar maknanya untuk kumpulan kita.
Kerana Allah tidak akan pandang dan tidak akan bantu
kumpulan yg tidak bersatu hati.
Allah tidak akan menolong kumpulan yg berpecah belah.
Semoga Allah memberikan yg terbaik untuk kumpalan ini.
Semoga Allah mengikat kita dgn ikatan yg suci dan ikhlas
dalam bersilaturrahim kepadaMU semata2.
Amin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.