Friday, April 6, 2012

Mama Doakan Adib

Bersama Mohd Adib, anak bujangku yg sdg menuntut di Cairo Mesir.

Assalamualaikum mama,
Mama dan abah dan bangun solat subuh ke?
Adib rasa waktu ni lebih kurang jam 6.15 pagi waktu di Malaysia.

Mama dan abah sihat?
Kak Aimi dah habis UITM?
Seronoknya dengar kakak dah habis diplama dan akan sambung ijazah tak lama lagi.
Irah dan aisyah ok ke?

Adib nak minta mama dan abah doakan untuk Adib di sini.
Mulai isnin minggu depan, Adib akan menghadapi peperiksaan.
Mama doakan untuk Adib ya.
Semoga Adib sentiasa tenang dan boleh menjawab peepriksaan dgn baik.
Moga2 berkat doa mama, Adib akan lebih berjaya dan diberkati.
Pulang dgn kejayaan.

Salam rindu untuk mama dan abah.
Kirim salam kat abah, kak Aimi, Irah dan Aisyah ya.
Juga untuk kak hom.
Tuah ok ke?


Aku dapat pesanan dan mesej ringkas dlm inbox drpd
Adib di Cairo
pagi tadi.
Moga Adib akan berjaya.
Amin.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.