Friday, April 6, 2012

Bersangka Baik


Salam, jumpa lagi.
Rajin lak menulis entry kali ni.
Tapi apa hal lak tunjuk gambar nasi goreng kali ni?
Makan ni bukanlah perkara penting yg ada dlm benak fikiranku.
Aku tak ingat nak makan pun jika jadual penuh.
kadang2 tak makan pun tak apa, asalkan ada appointment.
Apa lagi kalau melibatkan rakan kongsi.
Tak makan pun boleh kerja.
Sekadar mengalas perut pun ok.
Ia bukan segala2nya.
Alhamdulillah, ada rezeki aku makan.
Malahan teringat juga pada sesama saudara yg tak berduit nak makan.


Aku kat Shah Alam menunggu prospek.
Janjinya kat Seksyen 9. Sejak jam 1.00 tghari kat sini.
Dari tak nak minum, order minum. Tunggu prospek laa ni.
Dah habis minum aku order lak nasi goreng  nak makan.
Dah habis makan nasi goreng, aku tambah kuih muih.
Kemudian tambah minum lagi.
Tapi prospek tak sampai2 lagi.
Bila aku call, katanya jap lagi, jap lagi.

Sementara menunggu, aku hapdet blog dan fb.
kebetulan aku bawa pc.
Lagi pun ada idea nak menulis.
Mencatat idea2 baru...buat tatapan anak cucu bila aku tak ada nanti.

Tapi sampai jam 3.15 pm, prospek tak sampai2 lagi.
Kali ni call dah tak berangkat.
SMS dah tak berjawab.

Jika sudi katakan sudi,
tidak aku ternanti2.
Jika mahu katakan mahu, tidak aku tertunggu2.

Baik aku bergerak ke surau, solat zohor belum lagi ni.
Tak ada rezekilah nampaknya.
Rezeki dia tak ada, rezeki akupun tak ada.
Mungkin ada ganjaran yg lebih menanti esok hari
daripada usahaku hari ini.

Apapun aku positif.
Mungkin Azah terlalu sibuk sampai tak ingat janjinya pada aku.
Atau mungkin dia dalam perjalanan ke tempatku, tetapi bertemu halanagan di jalanan.
Bersangka baik.


Hari ni tanam, mungkin belum tumbuh lagi.
Hari ni menabur benih, mungkin bulan depan baru bercambah benihnya.
Sabar....teruskan usaha gigih anda.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.