Salam...
Selagi kita buat business network seperti ini, maka kita tak boleh berhenti untuk sponsor rakan kongsi baru.
"Don't stop sponsor" Kata CDM Ah Hock.
Jangan jemu berjumpa orang.
Jangan jemu berkongsi dengan orang.
Jangan jemu bercerita kepada orang.
Di mana2 pun ramai orang.
Di mana2 pun boleh jumpa orang.
Di mana2 pun mesti ada orang.
Di restoran penuh orang.
Di stesen LRT melimpah orang.
Di LCCT, KLIA, KL Sentral berduyun2 orang.
Di klinik, hospital dan masjid pun penuh dengan orang.
Hantar anak sekolah pun ramai orang.
Orang ialah sumber yang tidak akan habis.
Setiap hari orang mati tetapi setiap hari orang lahir.
Setiap tahun graduan keluar u tetapi setiap tahun orang masuk u.
Setiap hari ramai yang pencen tetapi setiap hari ramai pula yang mula masuk dalam sektor pekerjaan.
Alhamdulillah, pengalaman aku sendiri tak pernah berhabisan strangers dan prospek yang aku temui.
Semalam aku ada satu appoiment di PKNS Shah Alam.
Sepatutnya jumpa kat kedai makan, tapi ubah tempat ke surau.
Alhamdulillah, prospek bernama Reen berminat dengan produk dan nak tambah pendapatan. Dia minta aku datang ke rumahnya malam tadi untuk terangkan pasal strategi menjana income dan juga AT 181. Rumahnya di Klang. Katanya suaminya memang mencari peluang kerana dah jemu bekerja makan gaji.
Ternyata tak rugikan.
Ramai lagi orang tak tahu tentang hebatnya business kita.
Selepas itu aku solat Zohor sekejap. Reen terus masuk pejabat semula pada jam 2 petang. Selepas solat, seorang wanita (adik rasanya dengan aku) ada di sebelah sama2 bercermin membetulkan tudung. Aku senyum padanya dan menegurnya...
"Kerja kat sini ke dik"?
Dia membalas senyumanku dan berkata "Taklah, saya tinggal kat Semenyih, hari ni cuti lagi, kebetulan temankan mak ni nak cari barang2 kelengkapan nak gi umrah. Saya ikutlah sekali".
"Akak buat apa kak? saya tengok akak duk cerita tadi pada kawan. Buat business ke? Saya minat juga nak cari duit lebih tapi tak tahu apa nak buat. Hari tu pernah hadir seminar Dr Azizan Osman, tapi dia bagi motivasi je".
Wah..bagai orang mengantuk disorongkan bantal...
"Adik kerja di mana? Dah kahwin ke?
"Belum kak, tapi duit selalu tak cukup. Saya polis kak".
"Akak buat business apa kak"
Aku terus menghulurkan name card AT 181.
Dia menambahkan persoalan..."Akademi apa ni kak?"
"Akademi yang ditubuhkan untuk membimbing sesiapa je yang nak mengubah kehidupan melalui keusahawanan". Jawab ku lagi.
"Bila Liza free? Nanti akak datang cerita boleh?"
"Boleh kak, mesti syok kan".
Liza terus memberikan nombor hpnya. Berbunga hati mendapat prospek.
Jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya?
Jika tak ditegur manakan dapat prospeknya?
Jika tak dibuka mulut, manakan masuk rezekinya?
Selepas demo di PKNS,aku terus ke suatu tempat lagi di Shah Alam.
Ada satu lagi appoiment. Kali ni di cafenya. Berjumpa sorang lagi prospek. Namanya Aisyah. tetapi apa yang aku kongsikan dengannya gagal menarik perhatiannya. Dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 19 hb Februari ini. Langsung tiada minatnya, baik pada duit, pada AT 181 atau pada produk hebat yang aku tunjukkan. Tak apalah. Biarlah dia kahwin dulu. Fikir ku.
Tetapi di sekeliling ku, penuh dengan orang sedang makan. Ada juga yang sedang membaca surat khabar, ada yang minum2, ada yang bersembang, ada yang sedang discuss dan ada yang sedang buka laptop.
Nah!!!... sekali lagi kena buka mulut. Aku sedang memerhatikan sorang wanita yang menjadi cashier di kaunter bayaran. Ini taukeh cafe rasanya.
Sewaktu aku nak membuat bayaran, aku senyum padanya.
Dia pula dengan ramah menegur ku...
"Cantiknya kulit, pakai produk apa?"
"Bolehlah sama2 kita cantik, memang saya pakai produk Bio Ever. Produk baru untuk menggantikan botox. Murah, selamat dan berkesan".
Aku terus mengeluarkan business card kepunyaan ku.
Dan dia bertanya lebih lanjut...
"Buat apa ni? Akademi Taipan? Jual apa?"
Jawab ku lagi, "Sebuah akademi yang ditubuhkan untuk membimbing sesiapa saja untuk menceburi bidang perniagaan".
"Eh eh, bagusnya. Awak ke taukehnya? Macam mana kalau nak join?"
"Saya ni dah jemu meniaga kantin, dah tak larat dah".
"Saya nak cuba lah masuk business adik ni, tapi kalau direct selling sorry, saya tak akan buat".
Dia memberikan ku nombor handphonenya bila diminta. Tak minat direct selling?
Aku pun tak minat dengan direct selling.
MLM pun aku dah jemu. yang aku minat ialah duit banyak,
tabung keretanya, bonus rumah dan pencennya.
Tak apa, mungkin dia mendapat gambaran yang silap tentang direct selling.
Atau mungkin dia tidak mendapat bimbingan yang betul tentang direct selling.
Tugas ku berkongsi sahaja. Mahu atau tidak, bukan aku punya kuasa.
Jika ada rezeki dia, aku juga yang untung.
Jika dia tak mahu dan menolak,aku juga tidak rugi apa2.
"Datanglah esok, tak sabar nak tahu apa bendanya, saya memang ada di sini setiap hari". Katanya lagi.
Alhamdulillah, senyum, tegur, buka mulut, ramah...pasti akan dapat prospek baru.
Siapa kata dah habis orang?
Kebanyakan dari kita tak mahu berusaha.
Nak tegur orang malu.
Nak senyum kat orang malu.
Nak buka mulut tapi segan.
Nak telefon tetapi bertangguh.
Busines tak berkembang.
Bila tak ada income, asyik menyalahkan upline.
Asyik menyalahkan orang.
Asyik menyalahkan group.
Asyik menyalahkan CDM.
Jadi mulai hari ini, senyum, tegur, buka mulut dan ramahlah dengan sesiapa saja.
Selamat maju jaya.
Kejayaan anda adalah komitmen kami di Akademi Taipan 181. |
|
|
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.